Amani pulang ke rumah lalu tertidur sebentar di atas katilnya.Aini memanggil Amani.
“ Amani dah solat belum?Kalau sudah sinilah jom makqn.Aku masak nasi goreng petai ni.Makanan fav kau.Sedapnye.” usik Aini.
“ Amani?Senyap je?Budak ni buat apa? ” Aini membuka pintu bilik Amani.
“ Ya Allah budak ni.Oi bangunlah,dah senja ni.Kau tidur pula senja-senja ni.” tegur Aini.
Amani yang masih berbaring itu menggarukan kepalanya.
“ Bangun Amani.” panggil Aini.
Amani mengusai matanya lalu dia menguap.
Tak kawal ayu betul minah ni.Selamba badak dia je.Gumam Aini.
“ Jam pukul berapa? ” tanya Amani.
“ Dah senja dah Amani.Tak baik anak dara tidur senja. ” bebel Aini.
Amani sudah kenal akan perangai Aini kalau dapat membebel macam makcik.Kalah makcik bawang.
Apa lagi Amani bangun dan terus mengambil tuala masuk ke bilik air untuk mandi.Aini masih lagi membebel.Dia tidak sedar temannya sudah masuk bilik air.
“ Kau ni tak baik tau tidur senja.Kau tu perempuan.Anak dara pula tu.Faham? ” ucap Aini.
Krik!Krik!
Aik?Dia tak dengar ke?Aini menoleh ke belakang.
Dia mendengar air pancuran di bilik air.
Oh mandi rupanya.Baguslah.Tahu pun nak mandi.Nak juga dengar aku membebel macam makcik baru dia nak mandi.Bebel Aini lagi.
Amani sudah selesai mandi.Dia mengambil wuduk dan menjalankan ibadah sebagai seorang umat Islam.Selesai solat maghrib,dia pergi ke dapur.
“ Sedapnya bau. ” ucap Amani.
“ Sedap?Jom makan.Aku tunggu kau nak makan sekali ni. ” Aini menghidangkan nasi goreng petai kepada Amani.
Selesai makan mereka berehat sambil menonton tv.Aini macam biasa.Kalau tak menyumbat telinga dia dengan air pod tak sah hidup dia.Aini mendekati Amani.
“ Weh,amacam tadi?Okay tak? ” soal Aini.
“ Apa?Tak faham? ” Amani buat-buat tak faham.
“ Pasal kau dengan boslah.Apa lagi.Kenapa dia panggil nama kau tadi?Aku terkejut tau tak?Kau faham-fahamlah Encik Amirul tu kalau menjerit boleh roboh bangunan.” ujar Aini.
“ Oh tadi.Aku letak garam dalam air dia. ” ucap Amani dengan selamba badak berendamnya.
“ Apa?Tak dengarlah? ” soal Aini.Amani mengerutkan dahinya.
“ Kau ni.Memanglah tak dengar.Yang kau pergi sumbat telinga kau tu dengan air pod asal? ” tegur Amani.
“...Oh.Lupa.Sambung-sambung. ” sengih Aini.
“ Aku masukkan garam dalam air dia.” kata Amani.
“ Kenapa kau masukkan garam dalam air dia?” soal Aini lagi.
“ Aku geram tau tak dengan dia.Dia duk sindir-sindir aku memang aku letaklah garam.Padan muka dia.Tahulah dia bos tapi bos kenalah rasional.Dia nak kita rasional tapi dia tak rasional pula masa kerja. ” jelas Amani.
“ Encik Amirul tu memang perangai macam tu.Aku dah kenal dia lama dah. ”
“ Aku tak kisahlah dah kenal lama ke baru ke?Kenalah rasional dengan staf.Ni ikut suka hati dia nak sindir,nak buli.Dia ingat kita apa?Bibik dia?Memang kena dengan aku tadi.Puas hati aku. ” wajah Amani sangat tenang.
YOU ARE READING
MR JEBON I MISS YOU | C
RomanceKARYA PERTAMA BY ME (EINA ABDULLAH) Amirul Ezani seorang yang cerewet,ego,sombong.Amirul juga merupakan CEO kepada syarikat AE Holding Enterprise. Arisya Amani seorang yang ceria dan baik hati.Amani ialah gadis kampung yang malang telah berhijrah ke...