Sesampai di sekolah mereka turun dari kereta BMW Series. Tengku Nazman sudah mempunyai lesen kereta begitu juga dengan Tengku Ashari.
"Naz.." Panggil seseorang. Mereka bertiga berpaling. Tengku Nazman senyum apabila melihat Zati. Zati berjalan ke arah mereka bertiga. "Hai Az..As." Sapa Zati. Tengku Azira hanya mengangguk seraya tersenyum.
"Hai Zati.. bukan hari tu korang ber 'sayang' ke?" Tanya Tengku Ashari. 'Haritu bukan main lagi bersayang-sayang.' Bisiknya dalam hati. "Eh itu kitorang tengah act kan Zati?" Kata Tengku Nazman.
"Act? Korang tengah buat drama ke kat kantin haritu?" Tengku Ashari seperti tidak memahami. "Apa pulak buat drama.. haritu kat kantin ada Si Yana.. selalu tergedik-gedik kat aku.. geli la dengan perangai gedik dia tu.." Maklum Tengku Nazman.
"Lepas ni Zati tak payah nak act lagi.. sebab kita dah ada pengganti.. heheh." Usik Tengku Ashari lalu memandang Tengku Azira. Zati dan Tengku Nazman juga ikut memandang.
"Apa?" Tanya Tengku Azira apabila mereka semua melihat kearahnya. "Az? Kau dengan Naz ada apa-apa ke?" Tanya Zati. "Kitorang tak ada..." Tengku Nazman memotong kata-kata Tengku Azira. "Oh.. ya aku lupa nak cakap kat kau yang Az.. ni dah jadi gf aku." Tengku Nazman mengaku.
"Hah betul ke? Sepadanlah korang berdua macam pinang dibelah dua." Ucap Zati. Tengku Nazman mengangguk. 'Kurang asam jawa betullah mamat ni.' Bisiknya dalam hati.
****
Tengku Azira berjalan masuk ke kelas dia melihat ada Nur Izwani dan kawannya yang lain masih belum kelihatan. Tengku Azira menarik nafas panjang dia berharap agar dia dapat menahan sabarnya.
"Senangnya kau kena tipu oleh Si Syam kan?" Tengku Azira hanya mendiamkan diri tidak memperdulikan kata-kata Nur Izwani. "Lepastu cepat pulak kau dapat pengganti Syam eh? Tengku Nazman? Not bad." Kata Nur Izwani menyindir.
"Oh ye ke? Baguslah aku dapat Nazman yang tak pernah couple.. daripada kau bekas aku pun kau nak." Sindir Tengku Azira. Nur Izwani mendengus geram dan berlalu dari kelas. Semasa Keluar dari kelas Nur Izwani terlanggar Sara. Zuyyin dan Ain berada di belakang Sara.
"Kenapa dengan Wani tu?" Tanya Zuyyin kepada apabila mereka masuk kedalam kelas. Tengku Azira hanya menjongketkan bahunya.
YOU ARE READING
Jodoh Pilihan Keluarga(in progress)
Romans"What? Married? No!! Mama Az tak nak kahwin lagi-lagi dengan dia. Lagipun umur Az baru 16 tahun mama. Tak mungkin! ~Tengku Nur Azira. Tengku Nur Azira seorang anak ternama di Malaysia. Seorang gadis yang ceria, polos, manja, baik pada orang yang bai...