Sepatah 2 Kata

213 24 15
                                    

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca2 MWB di Wattpad yang miss sayangi semua 😘

Pertama sekali miss nak ucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga atas sokongan semua buat MWB. Setiap komen2 yg korang tinggalkan selalu menghiburkan miss dan jadi peniup semangat utk miss terus menulis 🥰

Kisah MWB telah tamat malam ini, 19 Jun 2022 tepat pada pukul 10.10pm. Kisah ini telah berakhir dengan sedikitttt gambaran nasib Syed Al-Fahd, keadaan rumahtangga Rizman & Kesuma dan juga tanda-tanda penyesalan Dhafi, serta beberapa gambaran lain terhadap Ashraf, Lara dan keluarga masing2.

MWB sepatutnya mempunyai sambungan iaitu MWB2 namun untuk pengetahuan semua, pihak NovelPlus telah 'melamar' MWB2 untuk dijadikan sebagai novel eksklusif di applikasi NovelPlus. Jadi sambungan MWB2 tidak dapat miss siarkan di platform Wattpad lagi ☹️

Selain drpd itu, MWB yang telah tamat ini juga bakal dibukukan oleh pihak NovelPlus dan kalau ia terbit nanti, miss akan maklumkan pada semua sekiranya korang berminat utk membeli novel hardcopy MWB 😊

Buat yang ingin mengikuti lanjutan kisah Ashraf dan Lara di MWB2, miss dengan rendah hati menjemput korang men-download applikasi NovelPlus dan insya-Allah kita akan jumpa di sana 😊

MWB2 akan diterbitkan sekitar bulan October sebab miss akan cuti menulis selama sebulan dan selepas itu akan mula menggarap plot cerita MWB2.

Sekali lagi miss ucapkan terima kasih atas sokongan semua dan maaf jika MWB2 tak dapat di publish di Wattpad 🙏 Tapi Cerpen Raya MWB (CRMWB) akan diteruskan pada hari raya SETIAP TAHUN. Kepada yang tak pernah baca CRMWB, bolehlah cari di akaun Wattpad miss nie yea 🥰 Dan kalau rindu Ash & Lara, bolehlah 'jumpa' diorang pada setiap hari raya.

Sebelum berakhir, miss nak buat share satu pengumuman: bab bonus MWB akan menyusul minggu depan!😉😍

TERIMA KASIH SEMUA DAN SEMOGA KORANG TERHIBUR DENGAN KISAH ASHRAF DAN LARA!💗

LOVE YOU ALL & TAKE CARE!😘

- MissTery💋

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now