Pengalaman yang menjadi pengajaran

4 2 0
                                    

Kisah pada kali ini adalah pengalamanku sendiri bersama 3 orang sahabatku yang bernama Apek, Zuhri dan Rafiq pada suatu malam ketika kami berkhemah di sebuah kawasan air terjun di utara tanah air. Kawasan perkhemahan kami itu boleh dikatakan agak terkenal dan selalunya akan penuh apabila tiba musim cuti sekolah. Pada hari pertama kami berkhemah di situ, segala yang kami rancangkan pada awalnya berjalan dengan lancar termasuk aktiviti mandi air terjun, bbq dan juga memancing. Namun segala kebosanan mula dirasai apabila malam menjelma tatkala kami semua kehabisan idea bagi mengisi aktiviti pada malam tersebut. Jadi bagi menghilangkan bosan Zuhri mencadangkan pada kami untuk melakukan aktiviti eksplorasi hutan di sekitar kawasan perkhemahan kami tersebut.

Aktiviti eksplorasi hutan kami pon dimulakan dengan eksplorasi kami di kawasan air terjun tersebut yang dikelilingi oleh hutan dan dusun buah-buahan milik penduduk kampung di kawasan tersebut. Pada malam itu, kami mulakan perjalanan ketika jam hampir menginjak waktu 12 malam dan kami mula dengan menyelusuri kawasan denai hutan yang menghala ke kawasan dusun. Perjalanan kami diketuai oleh Zuhri yang paling tinggi dan tegap diekori oleh aku, Apek dan diakhiri oleh Rafiq di dalam satu barisan kerana denai yang dilalui adalah kecil dan kami tidak mahu terkeluar daripada kawasan denai kerana dikhuatiri akan bertembung dengan ular atau makhluk hutan yang berbisa.

Sepanjang perjalanan kami pada malam itu, suasana yang dirasai adalah amat sunyi dan sejuk. Ketika perjalanan itu dapat kami lihat di kawasan kiri dan kanan kami tersergam pepohon hutan dan juga pohon buah-buahan yang menjulang tinggi dengan bunyian geseran dedaun yang ditiup angin menambah lagi rasa seram di dalam diri kami berempat. Setelah hampir 30minit berjalan kami kemudiannya tiba di kawasan kaki bukit yang berbatuan dan landai. Kami mengambil keputusan untuk berehat di kawasan itu dan mula membahagikan tugas untuk menyalakan api. Kami berpecah kepada 2 kumpulan setelah Zuhri dan Apek bertugas untuk mengumpul kayu api manakala aku dan Rafiq akan mencari tapak yang sesuai sebagai based-camp sementara. Ketika aku dan Rafiq meninjau kawasan sekitar, kami dapat menghidu sebuah bauan yang amat wangi persis bauan bunga hutan dan kami pun berusaha untuk mencari punca bau itu kerana seperti semua sedia maklum bunga-bunga hutan seperti bunga seri pagi dan dahlia hutan mempunyai harga yang tinggi jika dijual pada nurseri ataupun peminatnya yang tersendiri. Tetapi semua itu hanya sia-sia kerana tiada walau sebatang pokok yang berbunga disitu. Hal ini menimbulkan kehairanan kerana bau wangi tersebut terlalu kuat dan masih boleh dihidu dan perkara ini mula mendatangkan perasaan seram dalam diriku kerana bau wangi secara tiba-tiba selalunya menandakan kehadiran makhluk halus.

Belum lama perasaan seram itu hadir, tiba-tiba terdengar suara Zuhri dan Apek memanggil kami di kaki bukit yang kami berhenti tadi. Kami pun melupakan hasrat kami dan terus bergegas ke kaki bukit dan kami melihat mereka berdua bersama dengan 2 biji buah durian yang sebesar bola ragbi di tangan masing-masing. Mereka menjumpai buah tersebut ketika dalam usaha mengumpul kayu api dan bukan itu sahaja, menurut mereka lagi terdapat juga sebuah pondok kira-kira 50meter dari kawasan kami sekarang yang berkemungkinan sebuah pondok menunggu yang dimiliki oleh tuan punya dusun di kawasan ini. Kami pun mengambil keputusan untuk ke pondok tersebut kerana kami dapat berehat dengan lebih selesa dan tidak perlu bersusah payah untuk memasang ungun api lagi. Setibanya kami di sebuah kawasan berpohon rendang, secara tidak semena-mena bulu roma di tengkuk aku terasa meremang. Ada sesuatu yang membuatkan aku berasa seram sejuk. Dengan tiba-tiba Zuhri menjerit terkejut apabila dia terlihat satu lembaga melintas sepantas kilat di hadapan kami berempat menuju ke kawasan pohon yang rendang di kawasan itu.

Belum sempat Zuhri bersuara untuk kami berhenti tiba-tiba suluhan lampu Rafiq yang menghala di bahagian kanopi pohon disitu terlihat dengan jelas oleh kami ada sesuatu di atas pokok. Makhluk yang sukar untuk kami lupakan itu dengan rupa yang sungguh mengerikan, kelihatan seperti sedang menjamah sesuatu dengan rakus hingga mengeluarkan bunyi yang cukup mengerikan. Kelihatan seperti sebuah ketulan daging dirobek dengan giginya yang panjang dan runcing ditambah pula mulutnya yang berlumuran darah. Makhluk itu mencangkung diatas dahan dengan rambutnya panjang dan mengerbang sehingga menjadikan kepalanya yang lonjong itu kelihatan besar. Kulit wajahnya yang menggerutu berwarna hitam kemerahan dan terdapat lubang-lubang yang mengeluarkan lendir kekuningan pekat yang menitik hingga ke dagu menambah rasa takut dan mual bagi sesiapa yang memandang.

Akibat Eksplorasi HutanWhere stories live. Discover now