Part 4 - Again

7 0 0
                                    

Panggilan telefon daripada Ju Yeong imo.

Ji Hyo: Oh imo. Saya dekat luar ni. Apa?!!

Song Ji Hyo sangat terkejut. Telefon bimbit yang dipegang terjatuh ke lantai. Wonwoo turut terkejut dengan tindakan Ji Hyo itu.

Wonu: Noona. Wae gerae?

Song Ji Hyo bergegas keluar dari cafe tersebut. Tanpa memandang kiri dan kanan. Dia terus berlari melintasi jalan raya itu. Kelihatan sebuah kenderaan yang melalui jalan itu menuju ke arah Ji Hyo.

Wonu yang dari tadi mengikuti Ji Hyo dari belakang dengan pantas menarik Ji Hyo ketepi. Song Ji Hyo terduduk terkejut. Wonu mendakap Ji Hyo dengan erat. Dia cuba untuk menenangkan Ji Hyo.

Walaupun dia sendiri trauma dengan kejadian tersebut. Namun entah apa yang membuatkannya berani untuk bertindak sedemikian. Dia seolah-olah mendapat kekuatan untuk menyelamatkan perempuan itu.

Song Ji Hyo yang masih terkejut cuba untuk berdiri. Dia perlu segera ke Hospital. Langkah kakinya masih lemah. Wonu meletakkan tangannya di bahagian bahu Ji Hyo dan memapah wanita itu.

_________________________________________
Di hospital.

Doktor: Maaafkan saya. Mak cik awak telah disahkan menghidap penyakit kanser tahap 4. Kami jangkakan mak cik Puan akan hidup dalam tempoh 3 bulan sahaja lagi

Kaki Ji Hyo semakin lemah. Dia hampir jatuh namun sempat ditangkap oleh Wonu. Dia belum bersedia. Kehilangan ibu bapanya masih dirasai, masakan dia mahu kehilangan imo-nya pula.

Dengan langkah longlai, dia cuba untuk bertemu dengan Ju Yeong imo. Tangannya diletakkan pada tombol pintu. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum membuka pintu itu.

Dari kejauhan dia dapat melihat imo-nya terlantar di atas katil kelihatan tidak bermaya. Dia semakin menghampiri. Imo terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan seketika kerana nafasnya lemah.

Song Ji Hyo menempatkan dirinya di atas kerusi bersebelahan katil imo. Dengan perlahan dia menggapai tangan imo dan kemudian mengusap-usap tangan wanita kesayangannya itu. Air matanya yang bertakung mula keluar mengalir di pipi.

Ji Hyo: Imo...please wake up. I'm sorry i neglected you. I should know this earlier. Please just please wake up.
Dia mengenggam erat tangan wanita itu.

Wonu yang sedari tadi melihat Ji Hyo, tidak mampu menahan sebak di hati. Entah kenapa hatinya terasa berat dan turut terkesan dengan apa yang berlaku kepada Ji Hyo. Ingin sahaja dia memeluk perempuan itu untuk menenangkannya, tetapi dia tidak mempunyai hak untuk bertindak sedemikian.
Dia kemudian, melangkah keluar dan menutup perlahan pintu bilik tersebut.

Wonu menghembuskan nafas dengan berat. Dia bersandar di dinding. Setelah beberapa minit, dia pun pulang ke rumah.

Malam itu banyak perkara yang dirasakan seolah2 tidak kena dengan dirinya. Dia cuba untuk menghabiskan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, namun fikirannya melayang. Dia masih mengingati tragedi pagi tadi. Fikirannya bercelaru. Dia meramas kasar rambutnya dan menutup rapat laptop yang dari tadi dibuka tanpa disentuh.

Dia melabuhkan punggungnya di atas katil.
________________________________________
'Help! Help! Someone please help! There's a person down there', teriak Wonu.

Tangannya cuba menggapai tangan wanita tersebut tetapi tidak mampu. Dia juga masih teperangkap di bawah kereta. Tiba-tiba kedengaran bunyi kereta meletup.

'POMM'

_________________________________________

'Huhh!! Huhh!!'
Wonu terjaga dari mimpi itu. Nafasnya turun naik dengan laju. Semakin kerap dia bermimpi sedemikian semenjak kejadian langgar itu.

I want Love (522)Where stories live. Discover now