BAB 49 | RANTAI KEKESALAN

258 26 3
                                    

"Love what you have, before life teaches you to love what you lost

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Love what you have, before life teaches you to love what you lost."





















BACAAN surah Al-Kahfi yang dialunkan oleh Dato' Zainal dan Encik Khalil setelah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di wad itu berjaya menyedarkan Tan Sri Afnan daripada lena yang panjang. Perlahan-lahan sepasang mata itu dicelik, namun tertutup kembali apabila biasan lampu di wad itu menyilaukan matanya.

Kepalanya ditoleh ke sisi melihat dua orang lelaki yang amat dikenalinya sedang berteleku di atas sejadah. Berkopiah dan berbaju melayu bersama kain pelikat. Tangan dan badannya yang berselirat dengan wayar diperhati dengan wajah yang berkerut hairan. Dia cuba mengingat kembali kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan dia terlantar sebegini, namun kotak ingatannya langsung tidak mengingat apa- apa.

"Afnan?"

Suara Dato' Zainal menyapa telinganya. Dalam sekelip mata, ketika dia ingin menoleh, lelaki itu sudah berdiri di sisi katil. Jelas terpancar perasaan lega dan gembira pada riak wajah lelaki itu. Dia mengukirkan senyuman nipis.

"Be... berapa lama aku tak sedar, Zainal?"

"Termasuk hari ini... empat hari."

Jawapan rakan baiknya itu membuatkan dia terdiam. Mimpi yang dialaminya selama ini terasa begitu sekejap, namun hakikatnya ia mengambil masa selama lebih daripada sehari. Perjalanan yang panjang tetapi terasa sangat singkat. Tan Sri Afnan tidak terkejut kerana kuasa Allah melebihi segala-galanya dan tidak mustahil untuk dilaksanakan biarpun di luar batasan akal fikiran manusia.

"Saya pergi panggil doktor sekejap," ujar Encik Khalil lalu terus keluar dari wad tersebut. Dato' Zainal menganggukkan kepala sambil tangannya ligat membantu Tan Sri Afnan bangun daripada pembaringan.

"Apa yang dah terjadi?"

Keadaan Tan Sri Afnan yang berkemungkinan mengalami hilang ingatan jangka pendek sudah diambil maklum oleh Dato' Zainal dan Encik Khalil. Lagipun itu cuma kesan sampingan yang bersifat sementara. Lambat-laun, ingatan Tan Sri Afnan akan pulih dengan sendirinya.

"Kau kena tembak dengan Razen. Mujur kau telefon aku dan aku cepat sampai, Afnan..." jelas Dato' Zainal yang berasa sedikit kesal dengan keadaan rakannya itu, namun pada masa yang sama dia bersyukur dan berasa lega kerana keadaan lelaki itu tidak begitu serius.

"Maaf, Zainal. Patut waktu tu... aku ambil peluang tangkap dia."

"Tak apalah, Afnan. Kau sendiri tak jangka dia akan datang malam tu. Lagipun dia bersenjata dan ada anak buah. Kau pula seorang diri. Kalau aku, aku sendiri akan tewas. Sekarang, yang penting... kau dah selamat."

RAHSIA SEBUAH HATI Where stories live. Discover now