Chapter 1

31 5 8
                                    

UHUKKKK UHUKKKK...

Kenapa, kenapa hari ini?! Hari pertama aku masuk universiti? aku tunggu saat ini untuk 3 tahun. Tapi semuanya musnah sebab batuk tak guna ni. Aku mencapai tuala. Tunggu, sebelum aku jelaskan lebih mendalam. Bagi aku pakai tuala dulu. Badan aku dibasahi air, baru lepas mandilah dikatakan, sebabtu aku capai tuala. Kiri atau kanan, sudah! kalau aku memilih lagi, memang berbogelah aku masuk kelas nanti. Gaun seksi yang berwarna green emerald aku capai. Handbag? sekejap, bagi aku fikir dulu. Ini atau ini? Muka aku dah jelas memang berkerut. Sekali lagi aku ulang, kalau aku memilih memang beg plastik yang aku bawa nanti. Cukup! aku bawa my baby bag jelah untuk hari pertama kelas aku.

Seorang pembantu membuka pintu sebelum aku melangkah keluar dari rumah. Setiap seorang dari mereka yang dibayar oleh ayah aku mengukir senyuman buat aku walaupun aku tidak pernah melihat wajah mereka. Seorang lagi pembantu lelaki membukakan pintu kereta buat aku.

Kaki kiri atau kanan? Boleh nampakan yang aku ni ada masalah dalam memilih. Ibu aku cakap, mulakan kaki kanan untuk ke tempat yang baik. Jadi aku mengangkat kaki kiri sebab tempat aku nak ke universiti bukan untuk belajar tapi untuk mencari bakal simpanan liar aku. Simpanan liar? maaf, maksud aku lelaki simpanan aku.











CHAPTER 1











"1K like, 2K like, 3K like. Kurang 10K like aku bunuh diri" monolog seorang wanita sementara menunggu kopi yang dipesanya tiba.

"Mana Tan ni, lamanya" kalini bukan monolog tapi dia bersuara! sampai aku yang baru membuka pintu kafe ni boleh dengar suara si tak guna tu!

"WIIEEEE TAN KENAPA LAMA SANGAT?!" jerit wanita gila itu. Walaupun jarak kami tidak jauh, namun idea dia untuk menjerit begitu adalah idea paling musibat.

"Kau tak reti sabar ke Tan, kan aku dah cakap yang aku on the way"

Orang-orang disekitar kami yang mendengar perbicaraan kami mesti pening. Yang seorang itu nama dia Tan, yang seorang lagi pun Tan juga. Baik aku jelaskan dengan penuh mendalam. Nama perempuan ni Emily. Tapi nama panggilan dia S.E.T.A.N!

T.A.N adalah singkatan sebab aku malas nak sebut penuh. Lagi pun dahlah namanya begitu bayangkan aku sebut nama penuhnya di khayalak ramai. Mahu perempuan ni tak keluar rumah sebulan. Jadi cukuplah dengan Tan. Paling-paling orang akan ingat nama dia TAN.

Kembali kepada cerita asal! "Haa, jadi apa rancangan kita untuk mencari simpanan liar kita? dah ada atau belum?" aku perlahankan suara takut jika-jika orang salah faham dengan apa yang kami maksudkan.

"Mestilah ada, aku punya rancangan aku dah rangka sejak malam tadi. Jadi kau tak perlu risau"

Mata kami melihat kearah sekitar Kafe. Badan kami tegakan dan kaki kami silang panggung.

"Baik, rancangan aku mudah. Target pertama aku ialah Jack. Aku dengar Jack tu anak orang kaya. Bahkan aku dengar orang cakap kekayaan ayah dia sampai mampu beli satu bangunan universiti ni!"

Aku yang berpura-pura terharu pun menunjukan muka terkejut fake.

"Okay... Jadi itu untuk simpanan liar kau. Jadi macam mana dengan aku?" Aku dengan mata berkaca-kaca pun menanti jawapan dari si T.A.N ni.

"Aku bagi tahu lepas kau tolong aku"

Ini adalah jawapan yang sangat aku tunggu-tunggu dari si S.E.T.A.N ni. "Cukup! aku datang dari jauh cuma untuk bantu kau? "

HanahakiWhere stories live. Discover now