Prolog

209 32 2
                                    


Tokyo Disneyland, 2012.

“What’s your name little lady?”

“Encik siapa? Saya nak balik” gadis kecil itu menjawab. Teresak-esak dia menangis. Manakan tidak, beberapa minit yang lepas dia sedang bergelak ketawa dengan ahli keluarganya
ketika singgah di sebuah kedai cenderahati.

Dia yang teruja melihat sebuah kereta berhias berwarna merah jambu terus melepaskan pegangan tangan ibunya dan berlari anak mengejar kereta
berhias itu dengan harapan dia dapat menaikinya. Tanpa dia sedari, seorang lelaki yang berdiri tidak jauh dari keluarga itu mengekori langkah kaki si gadis kecil itu dengan niat tersembunyi.

Sebaik sahaja gadis kecil itu semakin jauh dari keluarganya, lelaki itu terus menarik gadis kecil itu masuk ke dalam kereta. Dan disinilah mereka berada, kandang kuda.

“Woi, kenapa kau bawa lari budak ni?” Farhan menghalang Isaac dari mendekati gadis kecil itu. Farhan memandang sayu pada budak perempuan itu. Apalah masalah kawannya yang satu ini, lain yang disuruh lain yang dibuat.

“Aku tanya kau, kenapa kau ambil budak ni? Kita sepatutnya culik Tan Sri tu, bukan budak ni” ujar Farhan sedikit bengang.

“Budak ni…anak dia” santai Isaac membalas. Tubuh Farhan yang menghalangnya ditolak ketepi. Gadis kecil yang dikatakan anak ‘Tan Sri’ itu didekati. Sebaik sahaja tiba dihadapannya, Isaac duduk mencangkung.

Wajah budak perempuan itu ditatap. Geli hatinya melihat riak wajah
ketakutan dan panik si kecil itu.

“Agaknya berapalah bapak kau sanggup bayar untuk tebus kau?” soal Isaac. Senyuman senget menghiasi wajahnya.

Budak perempuan itu menatap seram lelaki dihadapannya. Adakah dia akan menerima nasib yang sama seperti kanak-kanak lain yang diculik? Dibunuh dan diperlakukan tidak seeloknya? Memikirkan itu membuatkan tangisannya yang terhenti kembali bersambung bahkan semakin nyaring dan pilu.


Farhan dan Isaac terkedu mendengar tangisan itu. Mereka berdua saling berpandangan. Risau jika ada yang mendengar tangisan itu dan melaporkan hal itu pada pihak berkuasa.

Yelah, kandang kuda ni hanyalah beberapa meter sahaja dari tempat orang ramai.

“Kau buat apa nyah? Kau sentuh dia ke? ” soal Farhan sambil mendekati Isaac yang duduk bercangkung dilantai.

Terkebil-kebil Isaac dibuatnya. Sentuh? Sejahat jahat dirinya dia bukanlah seorang pedophile. Tapi budak perempuan ni comel, mata dia…cantik. Eh, apa aku mengarut ni. Farhan ditatap dengan muka bingung. “Aku tak buat apa pun. Budak ni yang gila, tiba-tiba menangis”

Farhan menggelengkan kepala. Budak perempuan yang sedang menangis itu dipujuk.

“Adik, adik janganlah nangis. Abang saja je gurau dengan adik” sapu tangan di dalam poket baju
dikeluarkan lalu air mata budak perempuan itu dilap perlahan.

Budak perempuan itu hanya memandang sepi. Hingus yang hampir meleleh keluar dari
hidung disedut. Isaac membuat muka jijik apabila melihat perilaku budak itu.

“Pengotor” getus Isaac.

“Sac” Farhan bersuara, tidak suka cara percakapan Isaac dengan budak itu.

Loser” suara Isaac lagi, lantas bangun dari duduk.

“Aku bukan apalah tapi, cuma nak biar kau berpijak dekat tanah sikit yang kau pun macam
ni setiap kali ayah kau taknak bawa kau ikut dia” Isaac dipandang.

Isaac yang tenang terus jadi tak tentu arah sebaik sahaja Farhan ingin membuka cerita.

Tidak, orang lain tak boleh tahu sikapnya yang itu. Termasuk budak kecik itu. Reputasinya boleh
jatuh, membayangkan itu memberikan dirinya satu mimpi ngeri.

Pasti gadis-gadis di syarikat
ayahnya tidak akan tergila-gilakan dirinya lagi. Perkara itu tak boleh terjadi! Hancur hidupnya nanti!

“Okay cukup” Isaac cuba menutup mulut rakannya itu. Budak perempuan itu didukung.
Culik budak kecik ni bukan boleh dapat apa. Baru sahaja Isaac ingin membuka langkah, Farhan
kembali bersuara.

“Dan kejadian tu semalam”

“Senyaplah bodoh!” Farhan yang masih bercangkung diatas lantai terus ditariknya. Hampir tersembam Farhan dibuatnya.

“Dah, kau pergi balik” Isaac menurunkan budak perempuan itu sebaik sahaja mereka berada di
sebuah kedai aiskrim. Belakang tubuh budak itu ditolak kehadapan.

Budak perempuan itu memandang Isaac seakan-akan ingin mengesahkan apa yang dikatakan lelaki itu. Isaac memandang budak perempuan itu dengan pandangan pelik. Kenapa
budak ni tak lari? Kan aku bawa pergi jual dekat Thailand baru menggelupur. Tanpa sedar Isaac
tersenyum senget ketika memikirkan perkara itu.

“Reenie! Mama, abang dah jumpa Reen!”

Angan-angan Isaac terus terbang entah kemana apabila telinganya menangkap suara seorang
lelaki menjerit. Amboi umur baru 15 ada hati nak jual anak orang.

Isaac dan Farhan saling berpandangan sebelum mereka melihat gerangan lelaki yang memanggil budak perempuan itu.

“Abang Qil” budak perempuan itu terus berlari meninggalkan Isaac dan Farhan, abangnya dipeluk erat seraya air mata kembali membasahi pipi mulusnya itu.

Reen? Nice name.

One day, aku akan culik kau balik budak kecik” bisik Isaac, hanya telinganya sahaja yang dengar. Bibirnya yang melengkuk seperti graf kuadratik yang mempunyai titik minimum mempunyai makna tersendiri.

Tanrıdan kalkan | Perisai Dari TuhanWhere stories live. Discover now