·˚ ༘₊· ͟͟͞͞꒰➳ ♡ vote + comment are very welcomed ⸜(。˃ ᵕ ˂ )⸝
●∘◦❀◦∘●
Hari kedua ke kampus. Asyura dan Aisar bersama-sama bergerak ke kampus ditemani Puan Aina sebagai pemandu pada pagi itu sama seperti yang diberitahu Aisar semalam. Suasana di dalam kereta diam sahaja. Barangkali kerana masih pagi, sedang menambah tenaga untuk digunakan di dalam kelas tadi.
Setibanya di SunMount High Private Institute, Asyura dan Aisar berjalan masuk ke dalam perkarangan kampus menuju ke blok pelajar tahun kedua. Di SMHPI, terdapat empat kelas utama ditawarkan di situ iaitu Perniagaan, Perakaunan, Sains Komputer dan juga Sastera.
"Syura kelas mana?" Aisar memulakan perbualan di antara mereka selepas masing-masing kelihatan segar ketika berjalan.
"6B4," jawab Asyura sepatah.
"Oh, kelas perniagaan?"
"A'an?" Giliran Asyura pula bertanya.
"6A1," dengar sahaja jawapan Aisar, langkah Asyura terhenti.
"Ehh, sekelas dengan Anis? Kelas akaun kan?"
"Tak minat, tapi terpaksa ambik," Aisar angkat bahu. Mereka memulakan langkah semula.
"Hey, man with numbers are sexy A'an tahu tak? Syura tak boleh go sangat maths, sebabtu tukar ambik perniagaan," Asyura bercerita.
"Am I?" Hujung bibir Aisar ternaik.
"Am I apa?" Dahi Asyura berkerut, kurang memahami konteks soalan Aisar.
"Sexy," sepatah perkataan itu disebut, Asyura mula malu sendiri. Dia melajukan langkah untuk menjauhkan diri dari Aisar. Dalam hati tidak habis-habis menyumpah seranah kerana dia sering berkata-kata tanpa berfikir sendiri.
"Terima kasih tumpangkan Syura. Jumpa nanti, bye!" Asyura lambai tangannya kepada Aisar. Laju dia berlari gara-gara malu.
'Apa ni Asyuraaa ishh!' Dia masih belum berhenti berasa kesal dengan diri sendiri.
Aisar ketawa kecil apabila melihat kelakuan comel Asyura pada pagi itu. Dia memegang tali begnya lantas mengekori langkah Asyura menuju ke Blok Antares.
***
Rehat. Asyura mula gelisah apabila melihat dulang besi yang dibawanya itu sudah diisi dengan nasi ayam dan juga pudding roti sebagai manisan. Dia mengekori Anis dari belakang dengan beribu alasan dicipta di dalam fikirannya.
Tiba di meja betul-betul di bawah kipas, Asyura mengerutkan dahi untuk menaturalkan lagi lakonan. Aril Wafiy dan Qayyum Edri buat tidak endah sahaja dengan kelakuan Asyura kerana makanan adalah nombor satu bagi mereka.
"Anis, aku rasa sakit perut lah," lengan Anis disentuhnya pelan.
Anis menggeleng dengan helaan nafas kecil. "Taktik tu dah tak berkesan dengan aku,"
"Sumpah," Asyura tetap angkat tangannya walaupun dia memang sedang menipu. Perut tiba-tiba sahaja berasa kenyang selepas teringat akan beratnya yang naik sebanyak satu kilogram semalam.
"Duduk," Anis masih berkeras. Asyura buat tidak tahu sahaja dan terus beredar dari situ. Wafiy dan Edri berkerut dahi melihat kelibat Asyura sudah hilang dari meja mereka.
"Kenapa tu?" Edri menyoal. Mulut masih penuh dengan nasi.
"Sakit perut," Anis menjawab tanpa mood. Dia menggeleng kecil. Dulang makanan milik Asyura yang dibiarkan tidak terusik itu dia pandang.
YOU ARE READING
Pulang (home)
RomancePulang (home) ; Rumah, satu tempat di mana kita berteduh, menikmati kehidupan dalam ketenangan jiwa yang dirasai. Namun, bukan semua rumah bisa menjadi tempat perlindungan untuk sebuah hati. Begitulah yang dihadapi oleh Engku Rose Asyura, yang ingin...