kamu

21 2 5
                                    

Iman Aafiya, kamu berjaya mencuri hatiku.

Cuma, kita berbeza agama.

Matamu yang berjaya membuat jantungku berdebar-debar setiap kali bersua. Bibirmu yang munggil, aku benar-benar suka.

Perangai kamu yang pemalu serta senang dengan semua. Bait-bait bicaramu yang selalu membuatku gembira.

Benar, kamu sempurna.

Dari segi didikan agama, cara pemakaianmu. Perkara yang tidak elok dihindari.

selalu terseyum. Umpama bidadari.

Aku tidak tahu bagaimana untuk melupakan kamu sesungguhnya.

Kamu umpama lilin, menerangi hidupku.

Membuatku bersemangat untuk ke sekolah, demi melihatmu.

Menyiapkan kerja yang diberi guru untuk menghantar bersamamu kelak.

Teruja untuk belajar bersama.

Teruja duduk di belakang demi melihatmu, di perhimpunan sekolah.

Teruja datang ke kantin lebih awal kerana hendak melihatmu sebagai pengawas, yang bertugas di kantin hahahaha.

Huh, kamu sempurna Iman Aafiya!

"Umpama syaitan bertemu bidadari"

Mungkin itu perumpamaan yang sesuai buat kita.

Kita berbeza. Sungguh.

Aku? Ya jika sejak azali semua dosa bagi dia adalah rutinku.

Jelas sekali didikanku berbeza dengan dirinya

Hahahaha. Lawak sungguh diriku.

Bisa jatuh cinta sama dia, bidadari yang tidak mungkin bisa digapai?

Namun, aku tetap akan menyimpan perasaan cinta dan sayang terhadap kamu, Iman.

Benar, menyukai seorang yang berbeza didikan, cara dan terutamanya agama, dipanggil menyeksa diri sendiri.

Tetapi masih ada secebis perasaan gembira buatku, dengan melihatmu.

"Aku tetap menyayangi kamu meski kita berbeza" -lee

Bidadari-kuWhere stories live. Discover now