Be the reason why people believe in pure hearts and kind souls.
Katup saja pintu, Ayra hela nafas lega. Tubuhnya penat bukan kepalang. Seluruh tenaganya serasa dikerah sehabisnya.
Usai saja majlis perkahwinan mereka, dia terus saja di heret untuk lakukan beberapa outdoor photoshoot. Dan saat ini dia rasa nak marah! Siapa yang beria kata kahwin ni seronok? Penat weh!
Ayra buka langkah ke meja solek. Sekilas dia pandang katil yang kini dipenuhi kelopak bunga mawar. Malas nak ambil tahu semua tu idea siapa, baik dia bersihkan diri dan berehat.
Baru saja dia duduk, pintu di buka dari luar. Terjegul wajah Arian. Bila mata mereka bertembung, Arian ukir senyuman. Pintu ditutup semula.
"Kenapa tak tunggu saya?" Arian buka songkok di atas kepala. Kemudian dia duduk di birai katil. Matanya tunak memandang Ayra melalui pantulan cermin.
"Hm, awak leka sangat berbual dengan ayah. Saya tak nak kacau." Ayra raba raba tudungnya. Mencari kedudukan semua pin tudung.
Arian angguk. Tiba tiba dia bangkit dari duduk. Terus saja berdiri di sebelah Ayra.
"Kenapa?" Berkerut kening Ayra. Dah kenapa ni? Buat part time jadi tugu ke?
Tak membalas. Arian sekadar senyum. Jemarinya bergerak menarik pin tudung di atas kepala Ayra. Dalam diam dia dah beri berbakul bebelan. Kenapa banyak sangat pin ni? Kalau tercucuk dekat kepala isteri dia macam mana?
"Saya boleh buat sendiri." Ayra tahan jemari Arian. Kepalanya mendongak memandang mata lelaki itu.
"Tahu. Tapi sekarang dah ada suami." Pin tudung diletakkan di atas meja.
Sekali lagi Ayra memandang pelik. Ya, tahu sekarang ni dia dah ada suami. So? Tangan dia dah tak ada fungsi ke sejak ada suami ni?
"Huh?"
"Biar saya yang buat." Arian tolak jari isterinya. Bibirnya menyenget sedikit.
"Arian, tangan saya masih elok." Ayra tunjuk tangannya pakej buat beberapa gerakan sebagai bukti.
"I know. Now stop talking." Arian angguk sambil tersenyum. Lilitan tudung dibuka satu persatu bagai tak ada apa yang berlaku.
Ayra ketap bibir. Eyy! Geram lah bila member jadi suami ni. Akhirnya dia sekadar diam ditempatnya. Tak buka mulut, namun matanya giat memerhati jemari Arian melalui cermin di hadapannya.
"Saya tanggalkan."
Ayra julingkan mata bila anak tudungnya sudah selamat ditarik keluar. Suara Arian lebih kepada memberitahu dan bukannya meminta izin!
Baru Ayra hendak bangkit dari duduk, dia lihat Arian capai pula beberapa keping kapas. Nak buat apa?
Arian tekan bahu Ayra untuk duduk semula. "Duduk. Saya nak bersihkan make up awak."
Huh! Sudah! Ayra rasa nak lari dari bumi. Tahu tak dia tengah malu sekarang ni? Dengan rambutnya yang sudah menjadi tatapan lelaki itu, ni nak tolong bersihkan make up pula?
"Tak apa. Saya boleh buat sendiri." Ayra rampas kapas di tangan Arian. Namun, tangan Arian lebih pantas merampas kapas itu semula. Ayra ternganga. Nak gaduh ke? Dia pandang wajah suaminya itu. Rasa nak lumatkan saja.
"Lifeline, tolong beri kerjasama." Arian capai make up remover. Di tuang sedikit ke atas kapas.
"Kerjasama? Awak ingat saya penjenayah ke?"
Arian angguk. Dagu Ayra ditarik agar memandangnya. Kapas di tangan dilekapkan ke wajah Ayra. Membersihkan kotoran di wajah itu.
"Saya penjenayah? Kesalahan apa yang saya buat?" Ayra masih tak puas hati bila di cop penjenayah oleh suami sendiri.
YOU ARE READING
Kerana Cinta
RomanceCinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupan...