Let's pretend that it didn't hurt.
Berkerut hebat kening Ayra bila Arian berhentikan kenderaan. Matanya meliar memandang sekeliling. Kawasan hutan. Sudah tentu kelihatan agak sunyi. Seketika kepalanya menoleh memandang Arian yang sudah bergerak menanggalkan tali pinggang pada tubuh.
Arian berpaling. Wajah Ayra ditatap seketika.
"Why lifeline?" Ternaik sedikit kening Arian ketika menyoal.
"Kita buat apa dekat hutan?"
Arian yang mendengar sudah mepeaskan tawa kecil. Seketika kepalanya menggeleng.
"Dating."
"Tapi ni hutan lah, Arian. Banyak nyamuk." Omel Ayra. Matanya ligat memerhati sekeliling. Arian pula sudah keluar dari kereta. Terus dia bergerak ke pintu bahagian penumpang. Tali pinggang di tubuh Ayra segera ditanggalkan sebelum dia berdiri tegak sambil memeluk tubuh.
"Last warning, lifeline. One more time you call me Arian I will do something to you." Bibir Arian naik sedikit. Mencabar keberanian yang Ayra miliki.
Ayra tayang wajah jengkel. Lidah ni dah nak tergeliat tahu tak? Abang! Abang! Sejak bila pula kita adik beradik? Okay, gurau!
"Fine. Kita buat apa dekat sini, abang?" Ayra lenggokkan panggilan abang tersebut. Nak bagi Arian puas hati.
"Dating, my lifeline..." Mendayu dayu nada Arian membalas.
Ayra menjeling. Ya, tahu lah nak dating tapi dekat sini? Macam nak camping je lokasi dia.
"Tahu lah dating tapi-"
"Keep quite, lifeline. Now, let's go." Terhenti suara Ayra. Tak tunggu lama tubuhnya sudah selamat berdiri di hadapan Arian.
Pak!
Selamba tangan Ayra melayangkan penumbuk di bahu Arian buatkan lelaki itu tersengih tak bersalah. "Kalau saya jatuh tadi macam mana?"
"Tak akan jatuh punya. Abang tak akan pernah biarkan sayang jatuh. Jatuh dalam hati abang tak apa. Abang lagi suka." Arian kenyitkan mata. Wajahnya merapat ke muka Ayra. Terus terundur wajah Ayra ke belakang. Terkejut punya pasal!
This guy...
He's good in flirting.
Dah masuk dah jin gatal dalam badan Arian. Rasa nak ketuk ketuk bagi jin tu keluar. Berbahang pipi ni woi!
"Diam lah. Mulut awak tu lama lama kena potong. Diabetes!"
Arian tergelak namun tangannya bergerak ke belakang tubuh Ayra. Dan...
"Abang!" Terkial kial Ayra memaut leher Arian. Mana tak terkejutnya dia tiba tiba rasa tubuh melayang. Arian ni pula boleh buat muka selamba dukung dia.
"Jatuh kang!" Ayra tampar dada bidang Arian sambil kakinya berayun kasar. Nak turun! Kus semangat, nak melayang roh dalam badan ni rasanyatadi!
"Tenang, sayang."
Cup!
Serentak itu kucupan singgah ke dahi Ayra. Terhenti rontaan Ayra. Matanya terkelip kelip perlahan. Pipinya terus membahang panas.
Argh!
Ayah!
Tolong Ayra!
Ayra kalihkan mata memandang ke hadapan bila ekor matanya menangkap cahaya malap dari satu arah. Seketika matanya membulat memandang ke satu laluan lurus. Laluan itu tak besar dan tak kecil. Namun, cukup memuatkan dua ke tiga tubuh manusia.
YOU ARE READING
Kerana Cinta
RomanceCinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupan...