You didn't through all that for nothing.
+Aip! Jangan lupa comment tau! Saya ni memang busy body orangnya so jangan lupa comment sebab saya nak tahu apa korang rasa masa baca chapter ni! Ingat tau saya nak tahu! Baik lah selamat tersenyum!
Farraz ukir senyuman lebar. Tersenyum senyum dia menikmati sambal petai di hadapannya. Opah yang sedang membasuh pinggan sesekali melirik memandang cucunya.
"Farraz? Kamu kenapa? Tersenyum senyum macam ada kawan khayalan." Opah labuhkan duduk di kerusi berhadapan Farraz.
"Opah masak sedap." Farraz angkat ibu jari.
"Tahu. Makan lah. Habiskan." Opah tolak mangkuk lauk yang sudah tinggal separuh ke arah Farraz. Serentak itu bibirnya tersenyum melihat Farraz yang berselera makan.
"Lepas ni Farraz dah kena balik..." Farraz hentikan suapan. Jari telunjuknya menguis nasi di dalam pinggan.
"Lah... Nanti ada masa kamu datang lah lagi. Macam tak biasa." Opah menggeleng perlahan. Terus dia kembali bangkit mencapai beberapa mangkuk yang sudah kosong.
Farraz mengangguk perlahan. Nasi dikunyah sehingga habis. Terus dia bangun membawa pinggan kotor ke singki.
"Farraz nak keluar sekejap. Pergi rumah mak ngah. Nak jumpa budak Citra tu." Farraz sekadar memberitahu. Ada perhitungan yang hendak dia buat dengan Citra. Dah buat hal tahu pula nak lari balik kampung. Ingat dia tak tahu? Heh! Semua rahsia budak tu ada dalam kocek seluar dia!
"Ha pergi lah." Opah mengangguk membenarkan walaupun hatinya sudah dijentik rasa pelik. Tak pernah pernah Farraz rela hati nak menghadap dua beranak itu.
"Farraz... Farraz sayang opah!"
Hampir terlompat opah dengan jeritan nyaring Farraz. Matanya menghantar pemergian cucunya itu sambil tergeleng perlahan. "Ish, budak ni!"
Handle bars di pulas sekuat hati. Terlepas makian di bibirnya saat kereta dibelakangnya semakin memecut merapatkan jarak dengan motor miliknya.
"Bodoh! Aku tak nak main lah!" Seolah olah pemandu dibelakang mendengar setiap makian, Farraz terus terusan mencarut geram. Naik sakit hatinya saat ini. Kereta di belakangnya itu seolah tak berputus asa mengejarnya sejak keluar simpang kampung. Awalnya Farraz langsung tak mengesyaki apa apa. Namun, bila mana kereta itu mengekorinya rapat dia yakin ada sesuatu yang tak kena.
Sebelah tangan Farraz bergerak mencapai telefon di kocek seluar. Bersusah payah dia mengeluarkan objek itu. Bila berjaya, jemarinya menekan sesuatu dengan pantas.
"Arian! Aku... Ergh! Ada kereta follow aku!" Tanpa salam Farraz terus menerjah. Kedengaran Arian di hujung talian menolak kerusi.
"Aku... Aku tak tahu nak buat apa!" Farraz semakin panik bila motornya dihimpit rapat. Seketika matanya terpejam rapat. Kelajuan motor ditingkatkan. Suara cemas Arian di hujung talian buatkan air matanya berkumpul di pelupuk mata.
YOU ARE READING
Kerana Cinta
RomanceCinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupan...