Busyairi duduk di laman rumah bersama Mazlan. Manakala Hanisah pula duduk bersembang di dapur bersama Azura. Anak-anak mereka pula sedang rancak bermain dengan Izzat. Busyairi mengambil cawan yang berisi air kopi itu lalu dihirup perlahan. Dia perasan wajah Mazlan tajam memandangnya. Busyairi dapat agak soalan yang bakal diajukan oleh Mazlan kepadanya.
"Kenapa?" tanya Mazlan serius.
Busyairi membuat muka tidak tahu. Tapi Mazlan sudah mendesak dia untuk menjawab pertanyaannya. Busyairi menghela nafas perlahan sebelum menjawab soalan sahabatnya dengan tenang.
"Dah aku rasa nak berhenti Lan. Aku berhenti je lah." jawab Busyairi selamba.
"Senangnya kau jawab ya. Apa kau lupa impian kau masa kita study sama-sama dulu?"
"Aku tak pernah lupa. Memang jiwa aku nak jadi pendidik."
"Habis tu yang kau berhenti kerja tu kenapa?"
"Sebab aku dah ada plan baru untuk masa depan aku, masa depan keluarga aku." Busyairi sudah mengenyitkan matanya.
"Apa plan kau?" tanya Mazlan tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Busyairi.
"Rahsia. Nanti kau akan tahu juga. Aku ni Lan, walau dah berhenti jadi guru, aku tetap teruskan mengajar tau. Budak-budak yang aku mengajar dulu adalah datang sini belajar. Aku pun buat kelas BM percuma untuk diorang. Lagipun beberapa bulan je lagi nak SPM." jelas Busyairi panjang lebar.
Mazlan hanya mengangguk tanda faham. Nasi sudah pun menjadi bubur. Kalau dia nak suruh Busyairi tarik balik keputusan dia tu pun tak boleh juga, yelah dia dah berbulan-bulan berhenti menjadi seorang guru. Lagipun dia faham sangat sikap sahabat lamanya itu. Kalau keputusan dia A maka A yang dia akan buat. Mazlan hanya mampu menggelengkan kepalanya saja melihat sikap keras hati sahabatnya.
Busyairi mencuit lutut Mazlan. Hampir ketawa sahabatnya itu kerana geli. Busyairi seriuskan wajahnya, Mazlan sudah pun berhenti ketawa apabila melihat perubahan wajah Busyairi. Di memandang wajah Busyairi sambil menunggu apa yang bakal diperkatakan oleh sahabatnya.
"Seronok mengajar dekat Sarawak 4 tahun ni?" tanya Busyairi.
"Ntahlah Ri. Nak kata seronok pun tak, nak kata tak seronok pun tak." Mazlan sudah membuat muka sedihnya.
"Apa yang seronok tak seronok sangat tu?" tanya Busyairi yang sudah buat muka tak fahamnya.
"Yelah, seronoklah bila dapat kawan-kawan baru, dapat anak-anak murid baru, dapat tengok persekitaran kampung yang tenang. Tu je lah. Yang tak seronok pula aku terpaksa berjauhan dengan Azura." luah Mazlan.
"Kau taknak minta tukar semenanjung balik ke?"
"Hmm, berkali-kali dah aku isi Eg-Tukar tu. Tapi masih tak dapat. Belum rezeki lagi kot untuk aku kembali berbakti di semenanjung ni." Busyairi turut bersimpati dengan Mazlan kerana terpaksa berjauhan dengan isteri tercintanya.
"Kau tak suruh Azura minta tukar ke?" tanya Busyairi.
"Dah suruh dah. Tapi dia kata tunggu sikit lagi sebab banyak sangat katanya kerja dekat hospital tu. Tapi dia pun dalam proses nak tukar ke Sarawak la." jelas Mazlan.
"Insya-Allah nanti korang akan bersatu balik. Alah jauh-jauh pun keluar juga seketul Izzat tu!" Busyairi sudah ketawa terbahak-bahak. Tajam mata Mazlan memandangnya..
"Jangan sampai aku patahkan kaki sebelah lagi tu pula." gerun Busyairi dibuatnya dengan ugutan Mazlan. Dia mengelap sisa airmatanya yang keluar gara-gara gelak tak ingat dunia tadi.
"Kau doakanlah moga-moga Azura dapat tukar. Dapatlah aku akhirkan perasaan duka lara aku ni." balas Mazlan lagi.
"Insya-Allah." balas Busyairi ringkas. Air dalam cawan dihabiskan oleh mereka berdua.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
General FictionBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...