⸙͎۪۫ 08 ⸙͎۪۫

167 25 26
                                    

⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛

Yeonjun mengetawakan Danee yang sedang merah mukanya kerana marah dengan lelaki itu. Habis mukanya comot dengan ais krim coklat agar-agar Yeonjun. Dia baru ja nak menikmati ais krim tu lelaki itu pula pergi tolak con ais krimnya sampai terkena bibir. Tak pasal-pasal dia jadi badut bermulut coklat.

"Jahanamlah kau ni!!" marahnya kepada Yeonjun yang masih tidak berhenti mengetawakannya. Suara nyaring gadis itu pula buatkan orang sekeliling memandang mereka berdua tetapi apa peduli Yeonjun, yang penting dia puas mengusik Danee. Baru sebentar tadi dia minta maaf dengan gadis itu tetapi sekarang dia buat hal lagi.

"Kenapa muka merah-merah tu? Marah eh? Nak cendol?" usik lelaki itu lagi seraya Danee mengelap ais krim di mulutnya yang comot itu, tidak mahu peduli dengan dengan usikan Yeonjun itu. Tapi jangan ingat dia akan biarkan saja lelaki itu, balik nanti tahulah dia nak kenakan Yeonjun macam mana. Sekarang dia perlu bersabar dan perah otak fikir idea untuk balas balik usikan Yeonjun.

Yeonjun sedar Danee diam dan tidak langsung tanda mehu membalas atau marah dengan usikannya tadi. Dia tertawa halus sebelum tangan kirinya yang kosong itu diangkat kemudian mengambil tisu di tangan Danee dan berkata, "Sini aku tolong." Lalu tangannya mula bergerak membantu gadis itu mengelap sisa-sisa coklat yang ada di muka Danee.

Tubuh Danee seakan-akan terkena sambaran petir saat Yeonjun mendekatinya. Sudahlah lelaki itu terlalu fokus membersihkan kesan ais krim coklat di wajahnya sampaikan tidak sedar tiada ruang antara mereka kerana lelaki itu menundukkan kepalanya membuatkan wajah mendekat dengan wajah Danee.

Seperti terkena jampi, mata Danee tersalah fokus, terpandang bibir merah lelaki itu, bibir yang sudah mencuri ciuman pertamanya tanpa kerelaan Danee. Tak pasal-pasal dia teringat kejadian semalam dan perlahan-lahan pipi menimbulkan semburat merah. "Apasal muka kau merah sangat ni?" soal Yeonjun yang sedar dengan perubahan warna kulit gadis itu dan belum dia mahu membalas pertanyaan itu,

Yeonjun membantutkan niatnya itu bila lelaki dihadapannya ini meletakkan tangan besarnya di dahi Danee. "Panas, tapi tak panas sangat? Eh jap," katanya saat menyedari sesuatu yang berlaku pada Danee. Kemudian, dia bibinya menyimpulkan segaris senyuman mengejek lalu berkata, "Kau blushing eh."

Geram pula Danee melihat perangai minta kaki lelaki bernama Choi Yeonjun itu. "Danee blushingㅡ". Tidak sempat Yeonjun meneruskan percakapannya Danee menolak wajahnya menyebabkan lelaki itu terdorong ke belakang dan melajukan langkahnya ke hadapan meninggalkan Yeonjun yang sudah terpekik menjerit.

"Berani kau tolak muka kacak aku ni!" jerit Yeonjun dan mengejar Danee. Tidak sempat dia menghampiri gadis itu sudah masuk dalam kerumunan manusia dan dalam beberapa saat kelibat Danee hilang dalam kelompok orang ramai tersebut. Disebabkan itu Yeonjun langsung masuk ke dalam kelompok tersebut mencari Danee.

"Yah! Jang Danee!" Dia toleh ke kiri ke kanan ke belakang juga tiada langsung batang hidung gadis bermarga Jang itu. Kemudian itu dia berjalan merempuh ke hadapan. "Haish budak ni kan. Ni sebab aku tak bagi kau lepaskan tangan tadi. Kan dah hilang betul-betul," sempat lagi dia membebel di tengah kerumun orang ramai tersebut.

Manakala di situasi Danee, dia hanya berjalan merempuh orang ramai yang sedang berpusu-pusu berjalan. Entah apa yang dikejar mereka pun Danee tidak tahu. Jadi dia ikut saja kerumunan manusia itu. Ikut punya ikut sampailah dia di tempat yang ingin di datangi orang tadi. Rupa-rupanya ada artis soloist sedang membuat persembahan di situ. Patutlah ramai berebut datang. Dia menjengketkan kakinya kerana ingin melihat artis itu bernyanyi. Dia bukan pendek tau, orang depan dia itu yang tinggi galah..dah tahu diri itu tinggi pergi lah kat belakang dia pun nak tengok juga!

Bila kakinya terasa sakit dia berhenti menjengketkan kakinya lalu menoleh ke kiri dan kanannya melihat sekeliling dan tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Matanya mula matanya membulat besar,"Aduh terpaksa aku cari mamat poyo tu." Baru dia sedar dia terpisah daripada lelaki itu tadi. Lantas Danee keluar dari rombongan tersebut dan pergi ke arah menuju ke gerai ais krim tadi.

[SU] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏Where stories live. Discover now