Wah! kedai aku dipenuhi banyak pelanggan hari ini! Mungkin tekak mereka mengidamkan dessert kot. Bibirku mengukir senyuman apabila melihat kawan-kawanku yang sangat lebar senyuman mereka sewaktu bekerja. Tenang rasa hati. Aku suka melihat mereka begitu. Aku bukan menganggap mereka sebagai kawan sahaja tetapi juga sebagai keluarga!
Pintu kedai dikuak dari luar. Mataku meluas apabila melihat lelaki yang masuk ke dalam kedai aku. Haufan! dan... dia bersama seorang perempuan. Hmm tak tahu kenapa hati aku rasa tak suka. Aku cemburu ke? Eee cemburu buat apa? Dia bukannya siapa-siapa pun.
"Dayyan tolong ambil order untuk customer yang baru masuk tu!" kata Fira yang kelihatan sibuk di ruangan dapur.
"Oh... baik!" kataku. Argh! Aku tak nak! Tapi nak buat macam mana? Isy!
Aku bergerak ke arah Haufan dan perempuan itu. Cantik. Bergaya dengan rambut panjangnya yang lurus. Aku mengukir senyuman sebaik sahaja tiba di hadapan meja mereka. Wajah Haufan jelas nampak terkejut dengan kehadiran aku. Mungkin tidak menyangka aku akan berada di kedai itu.
"Welcome to UrDessert! Nak makan apa?" Tanyaku sambil tersenyum lebar ke arah mereka berdua.
Perempuan itu memandang aku dengan wajah menyampah. Aik? dah kenapa pula dia ni? Datang bendera Jepun ke?
"Kami tak makan. Nak minum sahaja," kata perempuan itu sambil memandang telefon bimbitnya. Haa... ni yang aku tak suka! Kalau bercakap dengan orang, pastikan tengok muka bukannya tengok tempat lain! Tapi tak apa. Aku masih berikan senyumanku yang indah lagikan comel itu.
"Saya nak green tea dua," ujar Haufan sambil tersenyum.
"Baik!"
Sebaik sahaja mengambil pesanan daripada mereka berdua, aku terus ke dapur.
Tidak lama kemudian, aku menghantar gelas yang berisikan air green tea kepada mereka. Haufan memberikan senyuman kepadaku manakala perempuan di hadapannya memandang aku dari atas ke bawah. Isy... dah kenapa perempuan ni? Hai... ingat aku ni orang miskin ke?
Aku terus ke ruangan dapur selepas itu. Haufan dan perempuan itu ku lihat dari jauh. Perempuan itu sesekali menunjukkan muka merajuk dengan Haufan. Selepas Haufan memujuknya, dia tersenyum gembira. Siap disertakan dengan gelak ketawa!
Hmm maksudnya Haufan dan ada girlfriend lah kan? Hmm tak apalah. Tapi memang tak pelik pun Haufan tu ada girlfriend. Dia hensem, bergaya dan banyak duit. Lagi satu, mestilah dia straight kan? Hmm aku tahulah aku ni tak straight.
Isy! Dah kenapa aku berfikir sampai ke situ pula ni? Segala perkara tentang Haufan aku buang dari fikiranku. Lebih baik aku keluar dari kedai ni. Tenang sikit daripada jadi penonton drama tak berbayar Haufan dengan perempuan tu.
"Korang! Aku nak pergi Starbuck jap! Nak beli air," Kataku seraya mengayunkan langkahku keluar dari kedai. Dapat aku lihat dari hujung mata, Haufan memandang pergerakanku. Lantak dia lah! I am nobody to him.
Hari ni aku pulang awal dari kebiasaan. Rumah ni nama je banglo tapi membosankan. Yang tinggal dalam rumah ni pun ada aku dengan ayah je! Itu pun ayah selalu sibuk. Jarang-jarang dia balik awal.
Mal Semah ada di dapur. Sedang memasak agaknya. Mak Semah ni lah aku anggap sebagai ibu aku. Dia lah yang menjaga aku dari kecil.
"Mak Semah buat apa tu?" soalku kepada Mak Semah.
"Mak Semah masak makan malam ni untuk Dayyan dengan ayah kamu. Lagipun Encik Osman ada tetamu malam ni. Sebab itu lah Mak Semah masak banyak sikit." kata Mak Semah.
Tetamu? Siapa pula tetamu ayah ni? Aku berlari anak ke bilik tidur ayah. Setelah tiba di hadapan biliknya, aku menolak pintunya perlahan-lahan. Kepalaku menjenguk bilik tidurnya. Kosong. Aku tahu! Mesti ayah ada dalam bilik kerjanya. Kakiku terus melangkah ke bilik kerja ayah. Hanya bersebelahan dengan bilik tidurnya.
YOU ARE READING
Aku Nak Kau!
RomanceDayyan masih trauma dengan peristiwa yang berlaku kepadanya. Dikecewakan. Dilukai. Itulah yang dia takutkan. Perbuatan bekas kekasihnya menyebabkan Dayyan sukar untuk meletakkan kepercayaan kepada orang lain. Tetapi kehadiran Haufan menyebabkan Dayy...