"Apa yang kau dah buat?" Pandangannya ditujukan buat Abelisa. Sekali gus membuatkan pandangan mata yang lain juga turut terarah kepada gadis itu.
"Apa yang kau dah buat, Abelisa Haya?!" Jerkah Sultan Riyadh mengejutkan seisi bilik itu termasuk pengawal yang berada di luar. Tetapi Abelisa masih tersenyum kemenangan.
Air mata yang jatuh di pipi Sultan Riyadh seakan pencapaian berharga buatnya. Biarlah dia jadi cucu derhaka sekalipun. Hatinya masih tidak surut bengkaknya selama 36 tahun ini.
"Kalau berdendam dekat aku, lunaskan dekat aku! Depan semua orang sekarang ni, jangan jadi pengecut sampai nak buat kat anak aku." kata Sultan Riyadh, mencabar.
Walaupun masih dalam keadaan ketakutan, Noah masih cuba menghalang ayahandanya. Macam mana mereka ini tidak tahu betapa kejamnya Abelisa? Sungguh dia rasa tidak sanggup jika tempatnya tadi digantikan dengan Sultan Riyadh.
Tapi Abelisa terlebih dahulu mendekati Sultan Riyadh dan menyentuh mata lelaki tua itu. Yang ada di situ hanya mampu melihat.
"Apa yang..." kata-kata Sultan Riyadh terhenti.
Badannya mengeras seakan dirinya sedang hanyut dalam sesuatu. Hanya Noah sahaja yang tahu. Dengan memejam mata, lebih mudah Abelisa masuk ke dalam fikiran mereka.
"Abel, jangan... Tolong..."
Noah terus memegang tangan Abelisa tetapi pantas ditarik semula apabila dikejutkan dengan rasa sejuk seolah-olah diri gadis itu sedang membeku sama.
"Tingginya ia berlawan arus sehingga kejatuhannya menyebabkan luka." Abelisa tiba-tiba mengeluarkan kata-kata aneh. Mereka semua memandang pelik ke arah gadis itu.
"Apa dia cakap tu, Raju?" Aseef membisik ke telinga Amelia. Wanita itu hanya menghinjutkan bahu.
Dalam keadaan sunyi itu, mereka dikejutkan dengan bunyi sesuatu yang terkoyak.
"Ya Allah!" Subhiya menekup mulut selepas melihat keadaan ayahandanya.
Wajah masing-masing terus pucat tatkala menyedari bunyi tersebut hadir daripada wajah Sultan Riyadh. Pipi lelaki tua itu tiba-tiba mengecut dengan teruk sehingga menghasilkan bukaan yang luas.
"Abelisa!" Terkejut Tengku Farruz dibuatnya. Yang lain tidak mampu bergerak. Mereka tidak ada apa-apa kuasa. Hal itu akan mengeruhkan keadaan saja. Amelia pula tidak rasa mahu masuk campur.
"Jangan..." Aseef cuba memujuk tapi tak keluar pula ayat manis pujangganya. Ini Abelisa, kakaknya yang sangatlah keras kepala.
"Eh, dia boleh baca fikiran orang tak?" Sempat dia mengesahkan hal itu. Bimbang kutukannya didengari Abelisa.
"Dah kalau dia boleh kawal macam tu, kau rasa?" Amelia menjeling Aseef.
"Alamak."
Abelisa menyimpan senyumannya. Tidak ada sesiapa tahu, luka di pipi datuknya itu terhasil akibat dia membawa roh lelaki itu ke atas puncak bangunan dan menjatuhkan lelaki itu sepertimana dia lakukan kepada Noah. Cuma ia tidak berulang kali.
Luka-luka di tubuh Noah akan hilang sama sahaja seperti Sultan Riyadh.
"Lukanya akan beransur pulih dengan izin." kata Abelisa lagi.
Mereka yang kerisauan itu hanya mengangguk. Entah mengapa, mereka seperti menyerahkan saja Sultan Riyadh kepada gadis berbahaya ini.
Noah terus memandang lengannya yang tadi terdapat lebam dan luka melecur terbakar. Memang segalanya sudah tiada dan pulih seperti sediakala. Akibat ketakutan, dia terus mengabaikan lukanya tetapi tidak dia sangka pula lukanya sememangnya telah dihapuskan.
"Boleh lepaskan sultan sekarang?" soal Cassandra takut-takut. Seberani dan segagah mana dia pun, dengan Abelisa dia gerun juga sebab dia tahu sejarah gadis itu. Pastinya hanya dendam yang bersarang di dada.
Abelisa menggeleng.
Dia membawa Sultan Riyadh ke dalam satu ruang yang berkaca. Sultan Riyadh yang baru sahaja terjaga itu tersentak dengan wajahnya yang hampir hancur.
"Kau fikir aku takut?" kata Sultan Riyadh namun hanya Abelisa yang mendengarinya.
Abelisa terus mendatangkan sepuluh manusia yang mempunyai fizikal yang sama seperti Sultan Riyadh. Mereka keluar daripada setiap cermin yang ada di dalam ruang itu. Terus menggigil tubuh Sultan Riyadh apabila melihat di tangan mereka ada senjata yang berbeza.
Penukul, kapak, pisau, lembing, rantai besi dan bermacam-macam lagi.
"Jangan dekat dengan aku!" Sultan Riyadh menjerit tatkala semua yang berada dalam ruang itu mengerumuninya dengan wajah menakutkan. Wajah-wajah itu tersenyum penuh muslihat.
"Jangannnn!!" Tangannya terus naik melindungi wajah.
TAP!
Suasana menjadi hening. Apabila dia melihat ke sekeliling, tidak ada lagi mereka itu.
Namun, di sekelilingnya ada sekawan serigala yang sedang memandangnya dalam keadaan kelaparan sehingga meleleh air liur mereka.
Sultan Riyadh buntu. Dia cuba mencari alat untuk melindungi dirinya tetapi hanya tali yang ada. Dia terus mencapainya dan melibas serigala-serigala yang ada tetapi mereka hilang seperti debu.
Dia terus terduduk di situ. Penat betul rasanya ditakuti sebegini rupa. Baik dia bunuh diri saja.
Matanya terbuka perlahan-lahan dan tali yang dipegangnya sekarang ini sudah bertukar menjadi ular. Ular yang sebesar lengan itu naik melingkar di lehernya dan membelit lelaki tua itu dalam sekelip mata. Mereka beradu pandangan sebelum ular itu tiba-tiba berbicara.
Suaranya...
Abelisa!
"Betul kau nak bunuh diri?"
Sultan Riyadh menggeleng dengan juraian air mata. Dia berada dalam ketakutan yang amat dasyat.
"Abelisa, tenang." Amelia mendekati Abelisa. Dah kalau semua orang terpegun macam tiang bendera, sampai mampus datuknya itu lagi takkan diurus kalau ada gadis itu.
Aseef hanya diam. Dia tak tahu nak sokong siapa. Adakalanya dia rasa tindakan Abelisa melampau tapi dia pasti ada asbab di sebaliknya. Jadi dia memilih untuk tidak menyokong sesiapa.
Entah magis apa yang kakaknya ini ada, Abelisa kembali menjatuhkan tangannya daripada mata Sultan Riyadh.
"Masuk bilik. Rehat." arah Amelia. Ringkas tetapi tegas.
Aseef menutup mulut dengan kedua-dua belah tangannya. Kagum.
Perghhh nampak function kau kak!
Abelisa tidak membalas tetapi dia pergi begitu saja dan meninggalkan Sultan Riyadh di mana agenda terakhir lelaki itu berada di dalam laut. Lelaki itu sedang lemas tetapi tidak ada sesiapa yang tahu.
Tidak ada sesiapa juga berani menegurnya malah membuka ruang untuk dia pergi walaupun mereka masih buntu bagaimana mahu menyedarkan Sultan Riyadh.
Apabila sudah jauh, barulah Abelisa membebaskan lelaki itu.
"Arghhh!!!"
Bergegar istana itu dengan jeritan lelaki tua tersebut.
YOU ARE READING
SECRET
Bí ẩn / Giật gân[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...