NINONINONINO
SIREN ambulans di sana disini. Ramai pesakit yang dibawak masuk ke dalam hospital.
"Ada orang kemalangan ke?" Elyssa bertanya tanya seorang diri
"TEPI!!! EMERGENCY!" seorang lelaki menjerit ke arah Elyssa sambil tangannya tengah menekan dada pesakit.
"Eh kejap..." Elyssa menahan katil pesakit tu dari terus bergerak
"Cik maaf la ye. Kalau cik kenal pesakit ni cik boleh ke tepi sekejap sebab pesakit ni dalam kritikal ja-" belum sempat lelaki tu habis cakap Elyssa sudah memotong.
"ADIK! ALLAHUAKBAR" Elyssa terus menutup mulutnya apabila dia sedar yang berada dihadapannya ialah adiknya Irfan Danish.
"Maaf cik tolong ketepi ye! Saya tengah serabut ni cik. Kalau pesakit ni adik cik tolong ketepi tapi kalau cik nak tengok adik cik mati kat sini yeah duduk la situ tak payah bagi laluan" lelaki itu memberi tatapan yang tajam
"Maaf ye. Sila ketepi" Nurse disitu membawa Elyssa ketepi.
Baru sahaja Elyssa mahu melangkah mengikut katil adiknya.
"Doktor Firaz, bilik bedah dah sedia!"
Firaz terus berlari ke arah mereka dan menolak katil sambil berlari anak. Waris mangsa turut menolak katil itu bersama sambil menahannya air mata.
Elyssa melihat kondisi pesakit yang lalu tadi hanya menutup matanya saja. Hidung terasa pedih namun ditahan. Sekarang bukan masa untuk melayan perasaan! Elyssa berlari lari sambil mengelak dari berlanggar dengan katil yang ditolak Firaz. tangannya memegang kertas dengan kemas, sekarang dia perlu mencari adiknya.
"Lyssa!"
"Ibu!!" Elyssa terus memeluk ibunya erat.
"Macam mana boleh jadi macam ni?" Ibunya bertanya
"Tak tahu..Lyssa datang je..semua dah kehulu kehilir..ayah mana ibu?"
"Dia terus pergi dekat wad adik"
"Allah..macam mana adik boleh jadi macam ni..salah kakak sebab tak ambik dia tepat waktu.." air mata Elyssa tidak henti-henti mengalir
"Shuu..bukan salah kamu dah ni takdir dia nak buat macam mana..dah dah..jangan nangis terkejut adik karang tengok muka kamu bila bangun nanti"
"Tapi ibu.. adik kat dalam..dia kritikal" Elyssa menutup mukanya
"It's not your fault dear.." Ibu ku memelukku
Beberapa jam kemudian
Seseorang lelaki keluar dari bilik bedah
"Ahli keluarga Irfan Danish?" Doktor memanggil
"Ye saya" ibu berdiri. Nak harapkan aku? Kaki aku sekarang sudah tidak mampu nak menampung untuk berdiri
"Kami berjaya buat pembedahan pada anak puan tapi kami mohon maaf kerana anak puan mengalami koma jangka anak puan bangun kami masih tak pasti" doktor menundukkan kepala
Aku menutup mulut. Perasaan ku kini berbelah bagi sama ada nak bahagia adik aku selamat atau sedih kerana adik ku koma dan tak tahu bila bangun
"Macam mana anak saya boleh koma doktor? Boleh jelaskan?" Ibu ku bertanya
"Boleh. Anak puan mengalami kecederaan kepala terbuka. Ia juga dipanggil “kecederaan tertusuk”, di mana kecederaan ini berlaku apabila sesuatu objek contohnya, peluru atau benda tajam tertusuk ke dalam otak dan menyebabkan kerosakan pada bahagian otak tertentu. Simptom yang ditunjukkan adalah berbeza-beza bergantung kepada bahagian otak yang rosak." Panjang lebar doktor tu jeleskan
YOU ARE READING
Mr.Doctor & Mrs.Perfect ( Slow Update)
RomanceElyssa Farhana wanita yang digilai ramai lelaki tetapi hanya seorang sahaja yang tidak tertarik padanya baginya Elyssa Farhana ni sama sahaja dengan wanita diluar sana "doktor ! saya jatuh kat dalam hati doktor , tak nak rawat ke ?" - Elyssa Farhana...