ELYSSA FARHANA
"adik..bangun la cepat. Dah nak dekat seminggu kamu terbaring macam ni..tak rindu akak ke? Kalau lah masa tu akak sempat sampai.." aku memegang tangan adik ku erat
"Kau duk nangis gitu kalau dia tak nak bangun tetap tak bangun" seseorang lelaki menegur ku
"Apa salahnya letak harapan kan? Mana lah tahu tengah saya nangis ni dia bangun"
Dapat aku dengar lelaki itu mengeluh.
"Kalau awak datang sini sebab nak tengok muka cantik saya dan bukan untuk tengok adik saya. Baik awak pergi"
Tiba tiba aku merasa ada tangan memegang kepalaku. Tangan tu menepuk kepala ku pelan
"Tak salah nak berharap tapi jangan terlampau berharap takut akhirnya terluka. Nanti tak pasal pasal muka hodoh kau jadi lagi hodoh"
Kepala ku bergerak tengok gelaran lelaki yang menepuk kepalaku. Bertanpa terkejutnya aku bila lihat wajahnya
"Eh..awak bukan ke orang yang ambik makanan saya haritu?" Aku bertanya
"Elyssa?" Lelaki itu menyenget kan kepalanya ke kiri
"ehhh! Macam mana awak tahu nama saya!!?"
"Adalah..kau tak perlu tahu"
Aku memandang nya tajam. setajam tajam pisau
"Apa tengok tengok aku tau aku hensem"
"Perasan!" Aku menjeling
Tapi bila fikir balik betul jugak apa dia cakap..dia memang hensem pun. Ya allah! Apa kau ni Elyssa! Tak pernah kau macam ni!! Aku renung wajahnya
"Aku? Perasan? Then, why you look at me?" usik lelaki itu
Knock knock
"Doktor Firaz , ini dokumen pesakit yang doktor suruh saya ambikkan" nurse mengahampiri lelaki yang bernama Firaz
"Firaz? Woah! Awak laaa yang tak reti kemas bilik tu!" jerit ku kuat
Nurse yang sedang bercakap dengan Firaz terus berhenti. Firaz menjeling Elyssa tajam
"Apa? Betul lah awak kan?" aku merenungnya kembali
"Macam mana kau boleh tahu nama aku?" Firaz memeluk dirinya ( love yourself )
"Adalah..awak tak perlu tahu" sengaja aku ulang jawapanya tadi
"Whatever "
"Itu je jawapan awak?" ucapku tidak puas hati
Firaz mengabaikan Elyssa. Tangannya ligat membelek-belek kertas
"Irfan Danish bin Ahmad Iqmal? So .. awak berdua anak kepada doktor ikmal?"
"Yup! Kami anak kepada owner hospital ni" aku menjawab dengan yakin. Sengaja aku tekankan perkataan Owner
"I already know, miss Elyssa Farhana binti Ahmad Iqmal" senyum sinis ditayangkan pada Elyssa
"Kalau dah tahu kenapa tanya?" aku jeling ke arahnya , geram! Dah tahu aku siapa lepastu tanya lagi kenapa? ee nasib dia rawat adik aku!
"Saja . Lagi pun hak aku untuk tanya kat kau, mulut aku bukan mulut kau" Firaz hanya memandang Elyssa sekilas. Seronok mengusik
" Whatever! By the way..macam mana dengan adik saya?" tanyaku pada Firaz
Firaz hanya membelek fail fail sahaja. Soalan Elyssa dihiraukan
Seminit
Lima minit
Sepuluh minit
Aku memandang Firaz. Tiada perasaan ke apa mamat ni? Telan jelah fail tu. Aku kat sini dia boleh palau? Ceh
"I asking you Dr. Firaz"
"Yes miss?" Firaz memandang tepat ke arah mata Elyssa
Deg.
Deg.
Wahai jantung anda kenapa tiba tiba dengup laju bila dia tengok kau ni..waduh waduh jangan bilang engkau sudah jatuh hati. Haish. Masin betul mulut kau cyra!
"Err..tak apa la tak jadi!" Aku memusingkan wajahku. Malu itu sahaja di kepalaku
Kenapa laa dia kena tenung aku macam tuu tahu la aku lawaa tapi tak payah tenung macam tuu tergugat iman aku!
Firaz menjeling melihat riaksi Elyssa. Gedik. Itu sahaja difikiran Firaz, baginya semua perempuan sama saja. Bila melihat lelaki yang bergaya sikit mulalah jadi ulat bulu
"Aku tengok dekat fail adik kau.. kecederaan kepala dia tak ada teruk mana lepas operation tadi..but, bila dia bangun aku mintak tolong. Jangan bagi dia gerak terlampau banyak. Itu sahaja."
Mataku hanya memandang nya sahaja. Apa dia cakap hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Amboi Elyssa sejak bila gatal ni?
"Don't look at me like that. You look ugly" Firaz terus keluar dari situ lepas dia cakap begitu pada Elyssa
"Kurang ajar. Cantik cantik macam ni dia kata buruk? Sakit mata ke apa? Sabar Elyssaaa sabarrr! Nasib muka helok !"
__________________
FIRAZ~
Aku keluar dari wad. Fail ditangan ku dipandang. Apa masalah perempuan tadi? Mabuk ke? Kalau ye. Aku kena bagi dia ubat hilang mabuk!
"Ceyy lama nampak kat dalam! Kau ngorat ke awek kat dalam? Jangan macam macam weh! Minggu depan kau nak bertunang! Kesian tunang kau kalau tahu kau curang macam ni"
Tiba tiba sahaja Faiq datang seperti hantu di sebelah ku. Aku memandang nya dengan wajah kosong
"Ala bro! Kau ni tak sporting la! But seriously perempuan tadi tu lawa!" Puji Faiq pada perempuan tadi. Aku hanya menggeleng kepala melihat kawannya yang gatal
"Kau jangan macam macam. Tu anak Doktor Iqmal tu" pesan ku. Karang tak pesan kena pecat mem aku ni kang. Nanti jadi satu kes 'doktor dipecat akibat ngorat anak kepada owner hospital'
Faiq hanya tanyang sengihan nya. Macam hensem. Hensem lagi aku ni hah
"Jealous ke bang? Ayok aku bag-"
Perkataan Faiq dipotong oleh seorang perempuan
"Firaz!"
Aku pandang belakang mencari kelibat orang itu. Bila sudah jumpa aku memandang nya
"Amelya? Why are you doing here?" tanyaku pelik. Yelah siapa je tak pelik tiba saja perempuan ni datang
"Hehe maaflah saya datang mengejut. Saya nak lawat adik saya, alang alang tu saya bawakkan awak bekal"
dia memberiku bekal. aku menundukkan sedikit kepala mahu lihat isi apa didalam
"Lya tak masak special pun..ni pun masak kelam kabut"
Dia senyum
"Aku tak suruh kau masak pun..but thanks"
YOU ARE READING
Mr.Doctor & Mrs.Perfect ( Slow Update)
RomanceElyssa Farhana wanita yang digilai ramai lelaki tetapi hanya seorang sahaja yang tidak tertarik padanya baginya Elyssa Farhana ni sama sahaja dengan wanita diluar sana "doktor ! saya jatuh kat dalam hati doktor , tak nak rawat ke ?" - Elyssa Farhana...