Jejaka tinggi lampai itu menggaru kepalanya, rambutnya dari kemas sudah kusut. Berkerut wajahnya memikirkan sesuatu.
Waziff Nu'man.
"Haih..mana lagi aku nak cari kerja ni..." Gumamnya sendirian, disebabkan perangainya yang tak erm... beberapa nak eloklah. Kakak sulungnya, Warda dan abang iparnya, Inspektor Hazim dah berpakat sesuatu.
Dia tak boleh pegang Chalet Wahida lagi!
Selagi kau tak dapat kerja tetap selama tiga bulan,jangan harap nak pegang Chalet ni semula.
Teringatkan kata-kata kakak sulungnya tu,naik menegak bulu roma. Seram weh. Kalau abang ipar dia jenis chill je tapi kakak sendiri macam mak rimau,genetik mata tah.
Eh cial betullah minah tu! Kalau bukan sebab perempuan tu serang dia,memang tak ah dia jadi macam ni. Nak kata Sera bukan,gadis berdarah Tengku tu sudah selamat ke jinjang pelamin dari dia lagi.
Haih.. punah ranah hidup aku.
Air kotak Dutch lady berperisa strawberi diambil dari peti sejuk,dibawa ke kaunter bayaran. Sekeping not hijau diletakkan atas meja cashier. Si cashier tu pun,duk jeling-jeling dia. Waziff langsung tak beriak,macam nak bagi penampar kat minah ni adalah. Biar helok sikit mata tu!
"Datang lagi!"
Berkerut muka Waziff. Mati hidup semula pun aku tak datang dah.
Sedang elok menyedut susu kotak tu,mata Waziff terpaku pada dinding kaca SevenE tu. Kertas yang melekat pada pintu kaca tersebut dibaca perlahan.
Mencari Pengasuh/babysitter
Syarat umur : lepasan SPM yang ingin bekerja sementara / umur 20 keatas.
Gaji : RM1,500 / sebulan
Sila hubungi : ********
Kertas ni baru ditampal ke, sebelum ni takde lagi pun. Waziff mengeluarkan phone kemudian aplikasi kamera dibuka sebelum menangkap gambar tersebut.
Well..tak salah kalau cuba kan?
"Ziff,macam mana hari ni,dah jumpa kerja ke?" Waziff mengeluh lemah,tiada tanda-tanda nak jawab. Wajah abang iparnya dipandang. Nak minta simpati sat!
"Tak payah nak pandang laki akak macam tu lah,aku cungkil mata tu karang."
Terguling mata Waziff keatas,orang pandang je kot bukan nak pun kat laki hang tu!
Terhambur gelak Hazim mendengar suara isterinya,aduh cik lebah ni langsung tak berubah. Ada aje nak dimarah,kesian lah kat adik tu.
"Mama jangan marah marah,nanti kamu lekas tua.." Nyanyi satu suara kecil,yang elok meniarap atas karpet berbulu lembut ditengah-tengah ruang tamu tu.
Kali ni Waziff turut gelak sekali, Wildan Haziff dipandang tak percaya. Anak buahnya mulut level top punya ah!
"Apa along cakap?" Nak memetir dah suara Warda ni,Wildan angkat muka. Wajah polosnya ditayangkan.
"Yes mama? Mama need something?" Tanya Wildan. He use his innocent face! Urgh!
Hazim menarik perlahan tangan isterinya,nak tenangkan mak buyung seorang ni kejap. Warda akur,duduk juga disebelah suaminya. Hanya mampu tergeleng dia dengan tiga jejaka didepannya ni.
YOU ARE READING
Heart : WAZIFF NU'MAN
Romancejust a simple story that I wish to delete it. Waziff Nu'man × Safa Awliya start : 11//07/2022