Puisi 1 (Islam bukan dagangan)

20 2 0
                                    

Benak fikiran masih membatu, seperti terkunci bicara untuk mencerita.

Fatamorgana dunia ini indah, jika dunia sudah kita kecundang bagaimana di saat dajjal datang menguji iman?

Kalam Allah bukan mainan, wahyu untuk sekalian alam penyelamat dari api neraka jahanam.

Mengapa memilih untuk persendakan Islam? Bangga berada di pentas dunia, Islam menjadi isi kandungan demi meraih tepukan-tepukan manusia!

Cediakiawan Islam berkata "Jika kamu berdiam di saat Islam dihina, maka gantikanlah pakaianmu dengan kain kafan".

Ingatlah sahabat dunia ini bukan tempat kita tinggal, melainkan sebagai tanda tempat manusia meninggal.

Wanita dikau sebaik-baik perhiasan dunia, jagalah auratmu sebaiknya kerana Baginda memperjuangkan dengan seluruh jiwa kerana sayangkan kaum hawa.

Bicara Puisi Hati ke HatiWhere stories live. Discover now