Bab 48

506 84 18
                                    

Menerima perkhabaran kepulangan Adelisa sangat mengejutkan seluruh penduduk Hagron L Casa. Tok Salloman yang sudah tidak larat dan hanya terbaring itu juga mengucapkan rasa syukur.

Pelbagai media sudah bersedia mahu mencari maklumat namun Adelisa menolak untuk memberikan keterangan. Baginya, hal-hal ini lebih baik disimpan sebagai rahsia antara mereka saja.

Subhiya, Cassandra, Noah dan keluarga mereka sudah berangkat pulang. Tidak ada lagi yang perlu mereka lakukan di sini. Lagipun sepupu-sepupu mereka hadir tanpa keluarga di sisi. Sudah tentu Tengku Izz, Tengku Fatima, Tengku Farruz dan Tengku Mona mahu pulang.

Walaupun Tengku Mona belum berkahwin, dia sibuk dengan pengajiannya pada masa yang sama dia hendak menguruskan Selatan Aragon.

Aseef memandang ke arah kedua-dua orang kakak kembarnya yang sedang menjamah makanan dengan berselera. Rasa pelik pula tengok dua 'Adelisa'. Seorang bertudung, seorang lagi tidak.

"Kalau akak tanya, Adel kesah tak?"

"Ikut pada kelogikan soalan." balas Adelisa.

Sekarang ini mereka sedang menjamu selera di taman bunga memandangkan bilik santapan utama sudah parah dikerjakannya. Tengku Zunaid tidak ada kerana menjaga anak-anak.

Abelisa boleh saja bantu selesaikan kerosakan itu dengan mudah tapi biarlah orang lain buat kerja. Seronok apa dapat gaji dengan usaha sendiri.

"Macam mana urm... kau masih hidup?" Masih Amelia ingat keadaan Adelisa yang hancur. Kakinya tidak lagi mampu memijak tanah apatah lagi berjalan. Sekarang, menari pun boleh gayanya ni.

Adelisa meletakkan sudu dan garpunya. Tangan di atas meja digenggam.

"Aku dah hafal lama ni. Dengar baik-baik."

Amelia dan Aseef turut meletakkan sudu dan garpu mereka. Abelisa saja yang tenang menguyah roti bakar.

"Apa yang korang kuburkan itu bukan aku. Tu cuma burung yang Abelisa dah tukar bentuk fizikal jasadnya."

"Jadi sedih aku sia-sialah ni?" Aseef mencebik tak puas hati. Yang dia duduk bercerita sakan tepi kubur 'kakak'nya itu apa? Dasar, kakakku burung hangus.

"Aku saksi." Abelisa menahan tawa. Memang dia selalu mengintip aktiviti orang lain.

"Kuajar. Aku bagitahu anak Arfan!"

"Siapa anak Arfan?" Mereka memandang Aseef serentak.

"Aisyah." Entah mengapa dia teringatkan gadis itu tiba-tiba.

"Ada orang dah jatuh cintalah." Amelia mengusik.

"Uuuuu..." Adelisa dan Abelisa berbunyi serentak.

"Hey hey hey! Apa ni, you all? Tadi nak cerita kan? Ha cerita." Aseef mencekak pinggang. Susah jugak ada kakak ramai ni.

Adelisa menggeleng dengan senyuman sebelum dia meneruskan ceritanya.

"Abelisa jaga aku dan aku dirawat oleh seorang perempuan tua di Pulau Utair iaitu pulau berdekatan Al-Fakhira. Macam yang korang tahu, kawasan tu memang terkenal dengan perubatan dan herba. Penyembuhan aku ambil masa yang lama. Beberapa tahun selepas tu baru aku pulih sepenuhnya. Aku ambil keputusan untuk tinggal di situ dahulu sebab aku masih lemah. Tapi sebelum tu, aku dibawa ke Bukit Nelor selama seminggu sebab keadaan di Hagron masih kucar-kacir. Untuk pengetahuan korang, masa rakyat-rakyat kita dihantar ke bukit tu dulu, Abelisa yang tolong sediakan kelengkapan sebab dia tinggal di situ selama ni."

"Maknanya kau pernah jumpa dia?" Amelia mengangkat kening. Patutlah Abelisa boleh datang begitu saja semasa Adelisa hilang kawalan. Mereka sudah berjumpa sebelum itu.

"Ya, tapi dia suruh aku diamkan dan lupakan perkara tu. Dia kata dia akan awasi keadaan semua orang kalau aku janji buat macam tu. Jadi aku cuma buat apa yang dia suruh."

"Lagi?" Aseef menelan anggur.

Dan tersedak.

"Gedabak gila anggur ni! Siapa yang kutip ni? Nak bagi aku ada dua halkum ke?! Kepala..."

"Maaf, tuan putera!" Aisyah memunculkan diri.

"Bahu, lutut, kaki... lutut, kaki. Awak tahu lagu tu?"

Abelisa hampir saja tersembur air dalam mulutnya. Apa jenis cover tu?!

"Errr, tak." Aisyah menggaru kepala. Gelabah dia datang sebab jeritan Aseef. Sudahlah dia yang kutip buah-buahan di istana ini.

"Anggur tu besar sangat ke?" Takut-takut Aisyah bertanya.

"Eh tak, just nice."

Aisyah hairan. Habis tu tadi apa?

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Maaf sekali lagi." Dia menunduk hormat sebelum melangkah pergi.

Aseef menghantar pemergian itu dengan ekor mata. Apabila dia menoleh, itu dia! Renungan mak belang dan mak singa. Lagi sorang di sebelahnya ini?

Mak orang.

"Apa?"

"Kau tak tahu ke dia yang angkut buah kat sini?" Adelisa sengaja menguji. Manalah tahu tu taktik Aseef nak panggil Aisyah.

"Tak, ingat aku ada masa ke nak hafal skop kerja orang?" Aseef mencapai teh di hadapannya untuk menutup gugup. Padahal nama bapa kepada Aisyah dia boleh tahu pula.

"Bukan orang lain, bakal adik ipar kami jugak." Amelia selamba berkata.

Puffff!

"Alahai kuda gila sorang ni." gumam Abelisa perlahan. Reda wajahnya disembur.

"Seriuslah?"

"Gatalnya." Adelisa ketawa. Pada masa yang sama dia membantu kakak kembarnya mengelap wajah yang basah itu.

"Taklah, teringin jugak nak rasa ada keluarga dengan anak sendiri."

Mereka tersenyum gembira. Tapi hanya Abelisa dan Adelisa saja yang tahu maksud sebenar di sebalik senyuman mereka berdua.

SECRETWhere stories live. Discover now