"Kirana Adelia!" panggil kakaknya Kamelia Adriana sedikit berteriak. Maklumlah harini hari first adik bongsunya itu melangkah masuk ke sekolah menengah yang baru. Kirana ni pandai tapi nakal. Patutnya hari first sekolah awal la bersiap ni dah pukul 6.40 pagi baru siap. Ape nak jadi lah adik seorg ni katanya sambil menggelengkan kepalanya.
"Ye ye kejap kak! Adik baru bangun ni" ujar Kirana lalu berlari keluar rumah.
"Ni kakak dah sediakan bekal.. waktu rehat nanti jangan lupa makan tau! Tak baik perut kosong. Nak suruh sarapan kat rumah awak ni dah lambat ni. Ha cepat salam kakak." ujar kakaknya lalu menghulurkan tangan untuk disalami adiknya. Setelah menyalami kakaknya, Kirana atau senang dipanggil Adel, segera mencapai basikal miliknya lalu menunggangnya kesekolah.
Tepat sebelum jam 6.55 pagi, Adel sudah tiba di sekolah.
'Fuhh nasib baik sempat' kata Adel dalam hatinya sambil mengelap peluh yang sedari tadi mengalir laju kerana dia yang tergesa-gesa tadi.
🤸🤸🤸🤸🤸🤸🤸🤸🤸🤸🤸🤸🤸🤸
Adel tiba di kelasnya yang dikenali sebagai 4 Anggun itu tak lama kemudian. Adel segera meletakkan beg sekolah nya dan bercadang untuk menulis sedikit nota tentang apa yang akan dia belajar hari ini dikelas.
Tiba2 dia ditegur oleh seseorang."Hai, awak Adelia kan?" tanyanya dengan senyuman yang agak ikhlas bagi Adel. Hmm
"Hai.. ye saya? Kenapa? Ade yang saya boleh tolong ke?" tanya Adel hairan. Ye Adel adalah murid baru yang baru sahaja pindah ke sekolah ini kerana kakak Adel yang terpaksa berpindah lebih dekat dengan tempat kerjanya.. Adel memang agak susah untuk mencari kawan kerana trust issue nya. Jadi dia harap orang la yang approach dia dulu.
"Banyak cakap jugak awak ni.. Saya Fattah, salam perkenalan hehe.. Awak budak baru kat sekolah ni kan? " Tanyanya dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya.
Adel yang memandang terpaku sebentar. Dia Ade dimples kot uwu 🤸
Tiba2 Fattah menepuk meja Adel sedikit kuat kerana gadis di depannya ini tidak menjawab pertanyaan nya tapi mengelamun pula."Oh Fattah, Saya Kirana Adelia! Semoga kita dapat berkawan baik kat sini " kata Adelia tersenyum.
Fattah yang melihat senyuman Adel turut terpaku.
'cantiknya! Ini kalau dapat buat jadi awek ni, mantap!'
kata Fattah dalam hatinya. Sebenarnya Fattah ni Playboy dekat sekolah sini. Awek keliling pinggang, tapi dia bukanlah jenis yang merosakkan anak orang. Hatinya masih tidak dimiliki siapa2 jadi bak kata dia.. selagi tak jumpa cinta hati selagi tu dia akan bermain sebanyak mungkin.. maksudnya mainkan perempuan kot 😌KRING KRING KRING KRING loceng sekolah berbunyi tanda waktu pembelajaran sudah tamat.
Adel dengan cepatnya bergerak keluar setelah selesai menyusun barang2 nya. Dia tidak sabar untuk bertemu kakaknya. Ada banyak perkara yang hendak dia cerita agaknya.
YOU ARE READING
Luka
Romancebahagia tu sederhana je awak, macam awak nikmati saat hujan turun, tatkala duduk dibalkoni rumah, makan pisang goreng panas dan minum air kopi sambil berbual dengan family. dapat bayang ni pun dah rasa nikmat sangat2