Eliana povMalam itu, aku cuma tidur - tidur ayam. Sekejap terjaga dan memeriksa suhu badan Lyna. Walaupun aku tau setiap 4 jam nurse akan datang memeriksa tekanan darah dan suhu badannya, namun sebagai ibu, hati aku tetap risau. Ini kali pertama Lyna demam sawan. Tak terlintas di fikiranku si kecil yabg lincah bermain siang tadi, lesu terbaring di atas katil hospital.
Enam pagi, walaupun mata kelat pedih kerana tidak cukup tidur, badanku telah lama terjaga. Teringatkan yang aku sehelai sepinggang, tak mungkin aku boleh tinggal Lyna sendirian. Jadi terpaksa aku susahkan rakan serumah baruku.
Telefon pintar kuambil dan harapnya Bella telah bangun ketika ini.
" Assalamualaikum, Bella.. "
" Hmm.. Waalaikumsalam. Liana? Kau tak balik ke semalam?" Dari nada suara Bella aku tahu dia baru terjaga.
" Tak. Aku kat hospital. Malam tadi Lyna kena sawan."
" Ya Allah! Habis tu, Lyna macam mana sekarang? Dah okey ke belum?" Jelas daripada nada suaranya, Bella terkejut. Aku dengar dia bangun dan membuka pintu biliknya. Mungkin mahu memastikan kami betul - betul tidak ada di rumah. Ketika Lyna terkena sawan semalam, Bella belum balik lagi. Aku pula langsung tidak terfikir hendak memberitahunya. Pagi ini baru teringat yang aku datang sehelai sepinggang.
" Masih demam lagi tapi dah ok. Kena tahan dekat wad dulu. Doktor nak pantau dalam masa 24 jam ni. Kalau ok, lepas tu boleh balik. Aku... aku nak minta tolong ni," jelasku.
" Apa dia? " Cepat Bella membalasnya.
" Minta tolong kau hantarkan baju aku dan Lyna. Semalam aku datang sehelai sepinggang. Kau just bawakan bagpack yang warna biru tepi katil dalam bilik aku tu. Dalam tu semua dah ada."
" Ok, ada apa lagi kau nak pesan? Kau nak aku belikan makanan? Minuman? " Suara Bella prihatin.
Aku terharu. Baru seminggu kami tinggal serumah, tapi layanan Bella sangat baik. Dia faham dengan situasiku.
" Tak apa. Makanan dan minuman nanti aku boleh beli kat sini. Lagipun hospital ada sediakan makanan. Cuma kau tolong bawakan susu Lyna. Ada atas meja tu. Dengan termos sekali."
" Ok. Aku singgah sebelum pergi kerja nanti."
" Thanks Bella. Nak sampai, whatsapp, nanti aku turun ambil. "
" Mamaaa..! " suara halus Lyna menyapa telingaku.
" Lyna dah bangun. Aku letak dulu."
" Ok.. Hope Lyna cepat sihat."
" Amiin, insha- Allah."
Talian diputuskan dan aku mendekati anakku. Tanganku menyentuh dahinya. Suam. Lega rasa hati.
" Mama, nak air." Terhenti tangan ku yang hendak membetulkan selimutnya. Satu botol air mineral pun tak ada sekarang.
" Lyna tunggu kejap, mama pergi beli air." Sambil itu boleh aku ambil barang sekali daripada Bella.
Lyna geleng kepala. Mulut tercebik - cebik mahu menangis. Tangan dedepangkan. Mahu didukung dan tak mau ditinggalkan.
" Mama pergi sekejap je. Lyna duduk sini. Sekejap lagi misi dan doktor nak datang tengok Lyna. "
Lyna geleng kepala laju.
" Nak ikut mama." Matanya sudah berkaca - kaca. Aku serba salah.
" Kenapa ni?" Tiba - tiba suara garau Doktor Han menyapa kami.
" Lyna nak air, jadi saya nak tinggal dia sekejap beli air," jelas aku dengan senyuman kelat. Segan dengan doktor yang baik hati ini. Teringat bagaimana Doktor Han memujuk Lyna semalam .
YOU ARE READING
𝓗𝓪𝓹𝓹𝓲𝓷𝓮𝓼𝓼 ✾
FanfictionLyna : kanak - kanak yang aktif dan cerdik. Tiba - tiba demam sawan membuat mamanya panik. Terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan wad untuk pemantauan selama 24 jam. Di wad , Lyna berkenalan dengan Doktor Han, Doktor pediatrik yang bertugas di...