Bab 54

696 84 5
                                    

"Bukan main lama kau merantau di negera orang ya. Nasiblah kita ni kembar, tengok cermin je boleh nampak kau." Adelisa berseloroh sambil mendukung seorang bayi perempuan yang kecil molek bernama Khadijah.

Khadijah baru saja dilahirkan sebulan yang lepas. Bayi ini merupakan anak kepada Aisyah yang juga isteri kepada Aseef. Akhirnya, setelah lama menyimpan perasaan Aseef mengambil keputusan untuk mengahwini Aisyah.

Tipulah jika Aisyah terus bersetuju. Bagi Aisyah, dia langsung tidak layak bersama dengan Aseef apatah lagi mendampingi lelaki itu seumur hidup. Tetapi setelah dipujuk Amelia, dia dengan senang hatinya terima. Besar jasa Amelia kepada Aseef.

"Yalah, kalau dekat-dekat kau selalu datang pulak." balas Abelisa sambil bermain dengan pipi gebu Khadijah. Ey geram betul!

"Bukan aku, tuuu..." bibir Adelisa menjuih ke arah Aseef yang ditemani Aisyah di sisi.

"Yow, kak!" Tanpa salam terus dipeluknya Abelisa melepaskan rindu. Tapi nasibnya sentiasa malang apabila bersama dengan kakak-kakaknya.

Rambutnya ditarik ke belakang lalu lengannya ditampar kuat. Rasa sangat 'disayangi'.

"Salam mana salam?"

"Ada dekat dalam." Pak Cik Salam, tukang cuci yang bekerja di Istana Hagron.

"Haih... nasiblah aku kenal kau." Mahunya orang lain ni, dihempuk terus wajah Aseef yang jelas tidak menunjukkan rasa bersalah. Dah jadi bapak orang pun perangai tak semengah lagi.

"Aisyah apa khabar?" Abelisa mengalihkan perhatian kepada adik iparnya yang sedang tersenyum manis itu. Memang Aisyah berwajah manis sekalipun dia tidak melorekkan senyuman. Mungkin sebab itu Aseef boleh jatuh cinta.

"Baik, alhamdulillah. Keluarga akak di mana?" Setelah terbiasa dengan panggilan itu, laju saja ia dituturkan.

Pada awalnya agak kekok kerana dia sangat menghormati mereka. Tetapi Adelisa sendiri yang mengarahkan dia untuk gugurkan pangkat dalam panggilan mereka. Bak katanya, dia tidak mahu mencipta jurang dalam keluarga mereka.

Bimbang juga jika Aisyah terasa seperti orang luar sedangkan dia sudah menjadi salah seorang keluarga itu.

"Keluarga akak ada dekat sana." Abelisa menunjuk ke suatu arah. Dapat dilihat Tengku Zunaid dan Zabran sedang bersembang. Tengku Faiz yang sudah berusia 13 tahun itu pula sedang mengejar Fateh yang masih terkedek-kedek jalannya. Terus tergelak mereka di situ.

"Dah sampai dah?" Muncul seorang lagi ahli keluarga mereka yang tadinya hilang entah ke mana. Tengku Madiha yang turut bersama Amelia terus menyalami Abelisa dan tubuh itu dipeluk erat untuk seketika. Melepaskan rindu yang rasa menyesakkan dada.

"Rindu betul dekat mak cik kau tu ya?" Aseef menegur.

"Mestilah! Uncle je Madiha tak kesah." Sempat dijelingnya Aseef.

Lantas mereka ketawa, tahu sangat anak-anak Amelia dengan pak cik mereka ini tidak pernah sekufu. Ada saja modal hendak bertikam lidah. Kadang kala naik pening Amelia dibuatnya. Mujurlah Aseef sudah berkahwin. Normallah sikit karenahnya itu berbanding dulu.

"Eh eh kau ni, sumbat dalam mulut buaya baru tahu." Dijegil matanya kepada Tengku Madiha. Sekali lagi budak itu menjeling tajam.

Terhibur mereka melihat interaksi tersebut. Musuh sejak kecil, memang berkurun lagi baru akan berbaik rasanya.

"Assalamualaikum!" Tiba-tiba satu suara memberi salam tetapi derapan langkahnya agak ramai. Setelah melihat ke wajah pemberi salam tersebut, barulah mereka menyambutnya.

Umair, Tengku Farruz dan Tengku Mona baru saja tiba.

"Weh, lama tak nampak." Aseef dan Umair terus berpelukan.

SECRETWhere stories live. Discover now