4 ♡

12 2 0
                                    

Cringe alerts 💀

Doktor Han pov

Pangillan video call telah lama terputus. Mata terus hilang mengantuk. Bibir pula tanpa sedar terjungkit ke atas. Lyna, si cilik comel ini sudah berjaya menambat hatiku setelah pemergian alexa. Bertahun rasa itu terkepung dan memerangkapku di satu dimemsi masa, sehingga aku tidak mampu move on.

' Uncle pun rindukan Lyna. '

" Uncle doktor , nak tak jadi papa Lyna?"

Lamaran polos yang keluar dari bibir comel itu bagaikan renjatan elektrik yang memberi kejutan pada jiwaku. Mengejutkan aku dari lena panjang. Menghangatkannya kembali.

" Lyna dah lama tak ada abah. Kasihan mama kena kerja pastu kena jaga Lyna lagi," bisik Lyna di telingaku. Hanya aku sahaja mendengarnya. Ketika itu, sekilas aku melihat wajah mama Lyna memerah. Namun jelas keletihan di wajah itu. Aku agak usianya dalam 25 tahun. Masih muda dan perlu memikul tanggungjawab sendirian.

" Lyna.. Uncle dah jatuh sayang pada Lyna. Tapi mama? Nak ke terima uncle? " Aku bersoal sendiri. Kepala kugosok perlahan.

Tak mampu lena, lebih baik aku ke gym. Nak terus ke hospital, rasanya tak perlu aku nampak beriya - iya sangat. Lagipun perasaan mama Lyna, aku perlu ambil kira juga. Sekarang ini aku tahu di wad pediatrik sudah terapung cerita dan gosip Lyna melamar Doktor Han jadi papanya. Tapi sedikit pun hati tidak berasa marah dengan cerita itu, malah semakin mahu gosip itu menjadi reality. Aku mendengus senang. Bahagia hidup kalau jadi kenyataan.

" Ha, doktor! Ada di rumah rupanya. Dah lama tak nampak. " Mendengar teguran itu, aku terus berpaling.

" Kak Nani.. Apa khabar kak?" Aku mengukir senyuman.

" Alhamdulillah akak sihat. Off day ke hari ni doktor?"

" Aah kak. 48 hour kat hospital. Ni baru off. Akak nak kemana?"

" Nak pergi tengok anak asuhan akak. Masuk hospital semalam sebab demam sawan."

Aku angguk.

" Doktor ada rawat dia kot.. Lyna namanya."

Takdir ke jodoh ni? Kebetulan sangat!

" Nur Alyna?"

Kak nani angguk.

" Lyna dah ok ke doktor? Kasian mamanya. Mereka tu baru je pindah tingkat 5 . Single mother." Tanpa aku bertanya, Kak Nani bercerita tentang mereka.

" Lyna kena pantau 24 jam. Tak demam dan sawan, lepas 24 jam dah boleh balik."

" Lega akak dengar," balas Kak Nani. Jelas tergambar kelegaan di wajahnya.

" Saya tak tau pulak Kak Nani mengasuh lagi." Aku mengajaknya berbual. Perasaan ingin tahu tentang dua beranak itu semakin menebal di hatiku.

"Memang sejak Alexa pergi, akak tak mengasuh dah. Tapi... " Kak Nani terhenti sejenak. Dia pandang wajahku, dia macam ragu - ragu hendak meneruskan bicara.

" Lyna buatkan Kak Nani teringatkan Alexa?" Aku lengkapkan ayat.

Kak Nani angguk dengan perasaan bersalah. Dia tahu sedalam mana kasih aku pada Alexa. Dia tahu selama ini aku berperang berperasaan bersalah terhadap anakku sendiri.

" Sebab Lyna pun mengingatkan saya pada Alexa. Dan Lyna mengejutkan saya dari dari lena panjang," ujarku bermakna.

" Dah lama Alexa pergi doktor. Doktor patut dah mulakan hidup baru dan bina keluarga baru."

Aku angguk dan senyum. Betul nasihat Kak Nani itu.

" Bila kenal Lyna ni, baru saya tahu dah lama saya terima pemergian Alexa. Saya rasa saya dah bersedia memulakan hidup baru ," akui aku penuh makna. Sekilas wajah Lyna dan mamanya melintas dalam mindaku.

𝓗𝓪𝓹𝓹𝓲𝓷𝓮𝓼𝓼 ✾Where stories live. Discover now