【21】

122 25 33
                                    

The Next Week

: ̗̀➛ Minyoung's pov

"Dah sampai sana, call ahjumma Kim cepat cepat"

"Hati hati, jangan percaya orang dekat sana. Diorang mungkin akan ambil kesempatan dekat kau"

"Ah! Kalau dah masuk flight, ambil seat sebelah tingkap"

Buk!

Beg bagasi dicampak geram masuk ke dalam perut bas seraya memandang Hyunjae geram

Suara suara teruja kawan kawan aku dan beberapa orang guru terus mati akibat bunyi kuat berpunca daripada bagasi aku

"Yah! Kau marah aku ke apa?" Tegur Jinhee sebelum menampar bahu kau

"A-ah... tak adalah... Beg ni berat sangat. Tak larat nak pegang. Hehe... Mianhae" Sengihan janggal diukir setelah terasa semua mata memandang kearah aku

Hyunjaelah ni! Membebel panjang panjang sampai buat aku rimas!

"Dah isi barang barang, semua boleh masuk dalam bas. Kita nak bertolak ke Airport pula" Hyojoo ssaem bersuara

"Sesiapa yang nak pergi tandas, boleh pergi dulu" Sambungnya

Cepat cepat aku masukkan beg ke dalam perut bas. Aku orang terakhir, jadi perlu menutup pintunya

"Ssaem! Saya nak pergi tandas" Kata aku lalu Hyojoo ssaem mengangguk mengizinkan aku

Pantas aku memandang kearah Hyunjae. Memberi isyarat supaya dia ikut langkah laju aku

"Kenapa awak datang sini tiba tiba? Bukan bahaya ke kalau awak keluar daripada hospital?"

"Aku nak jumpa kau"

Aku berhenti di belakang tandas. Tempat yang lebih tersorok. Tak ada orang boleh nampak aku

Tangan disilang pada dada sambil memandang Hyunjae curiga. Sekilas senyuman kecil diukir

"Saya pergi Jeju je. Takkan awak dah rindu?" Hyunjae tergelak sinis

"Tch. Aku? Rindu kau? Jauh betul kau punya berangan, kan?" Matanya menjeling tajam

"Habis tu, kenapa awak nak jumpa?"

"Saja. Mungkin kau pergi nanti, ini pertemuan kita yang terakhir. Boleh jadi aku pergi dulu sebelum sempat aku sedar. Atau kau yang pergi dulu sebelum sempat tengok aku sedar" Terkelu lidah aku dibuatnya

Dah kenapa dia ni? Aku ni bukannya nak pergi berperang. Tiba tiba cakap pasal mati ni dah kenapa?

"Kenapa awak tiba tiba cakap macam tu?" Hyunjae mengeluh lalu tunduk

Entah kenapa aku rasa gemuruh dan takut nak dengar. Rasa taknak dengar, tapi nak juga tahu

Seketika kemudian, dia pandang aku dengan senyuman mengejek. Terkerut dahi aku dibuatnya. Ape ni? Ape yang dia cakap ni?

"Kau risaukan aku ke? Risau nak dengar berita buruk daripada aku. Kan kan? HAHAHA!"

Bibir bawah digigit sambil menumbuk dia geram. Tak maksud aku, tumbuk angin. Ni kalau orang tengok, mesti aku kena label orang gila

"Aku saja datang tengok kau. Dengki kau tahu? Ingat kau sorang je nak pergi Jeju? Aku pun nak pergi..." Bibir bawah dijuih ke depan sambil memeluk tubuh. Bahunya sedikit ternaik semasa dia menghembus nafas berat

Dia sedang protes. Tergelak aku tengok dia buat buat comel. Dahla tinggi, body sado. Tapi buat aegyo HAHA!

"Mengada betul awak ni. Nanti awak dah sedar, kita pergi sama sama. Nak?"

"Aku pergi dengan kau? Buat apa? Honeymoon? Boleh sangat!!!" Wajah aku kembali kendur memandang dia tajam yang sedang senyum penuh makna

Stressnya aku tak boleh tampar dia! Ish cepat cepatlah dia sedar!!

"Hehe... Muka tu tak payah nak marah sangat. Bas dah nak gerak. Pergilah cepat. Karang tertinggal, siapa susah? Aku jugakk~"

"Kenapa awak pulak yang susah?"

"Susahlah kena kacau kau hari hari. Ingat tak jemu ke?" Aku berdecit. Lama lama layan dia ni, makin stress aku jadinya

"Okaylah. Saya pergi dulu. Bye" Sempat aku melambai dia sebelum berpusing

"Tapi Minyoung" Hyunjae bersuara secara tidak langsung mematikan langkah aku. Aku kembali berpusing kearahnya

Redup matanya memandang aku bersama sebuah senyuman lembut. Aku perasan juga matanya berkaca. Dia nak menangis ke? Aku pulak yang confius. Aku ni nak pergi lawatan ke berperang sebenarnya? Kenapa nak beremosi?

"Jaga diri. Jangan cederakan diri lagi. Kalau apa apa jadi dekat aku, aku harap kau tak tunggu atau cari aku. Okay?" Terdiam aku cuba memahami maksud dia

"Huh--"

"Yah Kim Minyoung!!! Kau berak batu ke apa huh?!!!"

Suara Jinhee lantang memanggil nama aku. Pantas aku berlari ke bas semula

"Kau ingat kapal terbang kita nak naik tu appa kau punya??"

"Sorry sorry!"

≪•◦ ❈ ◦•≫

≪•◦ ❈ ◦•≫

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐆𝐡𝐨𝐬𝐭𝐥𝐲 ʰʸᵘⁿʲᵃᵉWhere stories live. Discover now