Fahrin semakin gelisah. Tambah-tambah ketika sudah berhadapan dengan jurunikah itu. Dahinya penuh dengan peluh yang memercik. Sesekali ternampak dia mengambil sapu tangan dari poketnya untuk mengelap peluh yang semakin deras. Dia hanya tunduk ke bawah. Tidak memandang tetamu yang hadir mahupun Loreen.
Reza yang duduk di sebelahnya sudah menenangkan abangnya. Dia menepuk-nepuk bahu Fahrin yang semakin tidak keruan itu. Tetamu yang datang juga turut ketawa mengusik bakal pengantin baru itu. Dia semakin tidak selesa berada di situ. Rasa nak lari jauh je sekarang ni.
"Tenang bro. Jangan gelabah sangat boleh tak?" tutur Reza yang sudah mengeluh itu.
"Boleh kita mula sekarang? Pengantin perempuan pun dah ada tu." ujar jurunikah yang membuatkan Fahrin bertambah resah.
"Za, aku rasa tak bolehlah Za. Tak boleh Za. Tak boleh." bisik Fahrin kepada Reza.
Reza sudah tercengang dengan apa yang diperkatakan oleh Fahrin. Makin kuat dia menggosok-gosok belakang Fahrin untuk menenangkannya.
"Jangan buat pasallah. Orang dah ramai ni." balas Reza semula.
"Ustaz, boleh saya keluar sekejap? Ada urusan keluarga yang perlu saya selesaikan." beritahu Fahrin kepada jurunikah. Jurunikah itu hanya mengangguk.
Semua tetamu yang berada di situ sudah memandang Fahrin dengan pandangan yang pelik. Fahrin berlalu keluar dan memanggil Reza, Puan Zaris, Loreen dan Louris untuk turut serta dalam perbincangan itu. Mereka terus keluar dari rumah itu dan berlalu pergi jauh sedikit dari pandangan tetamu agar orang lain tidak mendengar perbualan mereka.
"Kenapa ni bang?" tanya Reza.
"Rin, kenapa ni?" tanya Puan Zaris apabila melihat perubahan wajah anaknya.
Loreen dan Louris hanya menjadi pemerhati saja di sana. Fahrin memandang wajah orang yang dia sayang bersilih ganti sebelum memulakan perbincangan. Puan Zaris sudah memandang anaknya dengan pandangan yang tajam kerana sudah menganggu majlis yang sedang berlangsung.
"Ma, Rin tak boleh ma. Rin tak boleh. Loreen hanya untuk Reza ma. Rin tak nak khianat adik sendiri ma. Tolonglah faham. Loreen takkan bahagia kahwin dengan Fahrin ma. Tolonglah!" rayu Fahrin bersungguh-sungguh.
Masing-masing sudah terkejut dengan apa yang diungkapkan oleh Fahrin kecuali Louris yang masih tidak faham bahasa melayu.
"Reza, kau tolong aku Za? Kau kahwin dengan Loreen?" rayu Fahrin lagi. Reza sudah tidak tahu nak kata apa.
"Bang, kau cakap apa ni? Tak boleh bang. Tak boleh." Reza sudah menggelengkan kepalanya. Begitu juga dengan Puan Zaris.
"Za, tolong aku Za! Ni je aku minta dengan kau. Aku tahu kau masih sayangkan dia. Aku tak nak sia-siakan adik aku Za. Tolong Za. Kau sayang aku kan? Dulu masa kecil kau pernah berjanji dengan aku nak korbankan apa saja untuk aku kan Za? Apa kau dah lupa janji tu Za?" rayu Fahrin lagi. Airmata yang sudah mengalir di pipinya dibiar jatuh.
"Aku dah berkorban lama dah bang. Lama dah aku korbankan jiwa raga aku untuk kau! Aku sanggup bagi Loreen pada kau sebab nak tutup maruah kau! Tapi ada kau fikir ke? Aku menangis setiap malam mengenangkan keputusan yang aku buat untuk kau ni. Ada kau tahu? Tolonglah kali ni kau hargailah pengorbanan aku Rin." ujar Reza lagi. Loreen dipandang dengan perasaan yang tidak pasti.
"Loreen, listen to me. Loreen was created just for Reza. Loreen is not for me. Married to Reza ya?" ujar Fahrin sayu.
Satu tamparan hebat dari Loreen hinggap pipi Fahrin. Loreen tak sangka dirinya dijadikan seperti wanita yang tiada maruah. Loreen memandang tajam ke arah Fahrin. Rasa kesal dengan keputusan yang dibuat oleh dirinya sendiri. Sepatutnya lepas dia putus tunang dengan Reza, dia balik je ke New York terus. Tak perlu lagi dia melihat keluarga ini.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
Fiksi UmumBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...