Setelah beberapa bulan berlalu dengan penuh perasaan bercampur dalam diri Elya, dia bertekad untuk membuang perasaannya jauh-jauh demi kebaikan seorang perempuan yang ada dalam hatinya.
Tepat pada jam 3.00 pagi, Elya terjaga dari mimpi tentang "cinta" yang memang tak akan bersama. Terpapar kesedihan di wajah Elya. Dia tahu bahawa cinta seperti itu membuatnya hanyut di alam fantasi sahaja.
" Ya Allah... Aku cintakan dia... Ampunkan aku atas rasa yang melawan fitrah ini. Seandainya tiada cara untuk buatnya jauh dariku agar dia terselamat daripada kejahatan nafsuku, aku mohon ya Allah... Hadirkan rasa benci dalam dirinya terhadapku. Dan redhakan hati aku menerima ketentuan-Mu. Aku sangat mencintainya. Namun aku tak sanggup melibatkan dia dalam dunia negatif ni ya Allah... " - Elya berdoa kepada dalam keadaan menangis. Elya tahu dia tak mampu untuk menghadapi kehilangan orang yang dia cinta. Tapi kali ni dia betul-betul tak nak libatkan Isma' dalam dunia yang di laknat.
Dalam hening pagi itu, Elya bangun dari katil dan menuju ke bilik air untuk mandi. Seusai solat sunat Tahajjud, Elya mengambil fon di atas katil. Mencari doa untuk dibaca.
Setelah semuanya selesai, Elya sangkut semula kain telekungnya di loker. Sejadah dilipat kembali seperti sebelumnya.
Dia tak mahu orang terkejut tengok ada 'pocong' atas katil di pagi-pagi buta.
Elya leka bermain fon hingga tak sedar dia tertidur. Niat hanya menunggu masuk waktu subuh.
" Oii... Elya. Bangun... Elya " - Elyn.
Elya menggeliat bangun. Dia kemudian terus duduk dengan mengejut sambil tengok jam di telefonnya.
" Mak aiii... Kul 6.30 doh... " - Elya.
" Doh mung ingat kul berapo? " - Elyn.
" Huh... Tadi aku tido. Hajat nok tido kejap jah... Apo dekat 2 jey... " - Elya.
" Mung tu meme... Siap laa nok turun ni " - Eryz.
Elya pergi ambil wuduk dan terus bersiap untuk turun ke surau. Mereka berjalan bertiga sambil berborak tentang kisah kisah lucu yang terjadi sepanjang berada di sekolah asrama tersebut sepintas lalu. Apa yang terlintas di minda, itu la cerita yang keluar.
**************************************
" Sebelum jam 7.30 pagi, saya nak semua pelajar dah ada dekat padang sekolah. Kita akan gotong royong membersihkan kawasan sekolah dan asrama. Lagi beberapa hari, sekolah kita akan dikunjungi oleh orang orang penting. Pada harit tersebut, saya tak nak dengar apa apa aduan kelakuan akhlak tidak baik dalam kalangan anak didik jagaan saya ni. Faham semua?! " - salah seorang warden bertugas. Lelaki.
" Faham, cikgu " - pelajar.
Semua bersurai. Kembali sahaja ke bilik, ada yang baru pergi mandi, ada yang sambung tidur dan ada yang terus bersiap siap untuk turun ke padang. Takut lambat katanya.
Tepat jam 7.25 am, semua pelajar kecuali Badan Pengawas Asrama (BPA) sudahpun berkumpul di padang menunggu cikgu-cikgu yang bertugas.
Selesai acara taklimat gotong-royong, semua pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi setiap tingkatan. Mereka dibahagikan mengikut kerja-kerja yang perlu dilakukan.
Aktiviti gotong-royong pun dijalankan. Seorang guru akan mengetuai setiap dua kumpulan.
" Kau pergi buat kat sana, aku buat kat sini. Nanti dah selesai, kita jumpa kat kantin tau..." - Husna. Siapa Husna? Kawan satu batch dengan dorang je.
YOU ARE READING
Gelora Dunia Negatif
LosoweElya mempunyai kembar dan anak saudara yang sama umur dengannya. Elya, Elyn & Eryz merupakan anak beranak yang selalu 'bertiga' apabila pergi ke mana-mana sejak sekolah rendah. Umur yang sama membuatkan mereka menjadi lebih akrab berbanding adik-ber...