Pada hari Sabtu, 22.06.2019 adalah majlis pernikahan antara Farhan dan Zureen dilangsungkan di rumah En. Mustafa. Seperti mana yang mereka telah bincangkan sebelum ini. En. Mustafa dan Pn. Rafiqa mengalu-alukan kedatangan tetamu yang hadir di pintu masuk takzim salam dan hormat sambil berjabat - berjabat tangan.
Syafiq dan Insyirah sedang berbual bersama tetamu. Segera Hilya menuju ke bilik pengantin perempuan untuk bertemu Zureen. Melihat sehelai kertas pada pintu bilik Zureen sambil lalu memerhatikan isi sesuatu yang tertulis dan memahamkan makna kandungannya.“KEPADA SESIAPA YANG KENAL ZURA ERINA DILARANG MASUK!. DILARANG MEMBUAT BISING DI HADAPAN BILIK INI!.
#JANGANTANYADAHSIAPKEBELUM?
#JANGANOKKETAK?Cuba - cuba memegang tombol pintu dan memusing akan tetapi, Zureen mengunci pintu dari dalam dan dia tidak akan membuka pintu selagi dirinya belum selesai. Disebabkan risau pada Zureen, dia menunggu Zureen ditepi pintu sementara bertelefon. Dirinya dihadapkan ke cermin sambil merenung dan memikirkan bagaimana dia hendak menerima semua ini. Fikirannya mula mengenang kembali nasib tidak baik bersama Haziq. Air mata yang mengalir keluar di pipinya tidak menyedari olehnya.
Farhan sudah memakai baju melayu nikah, dia berdiri di hadapan cermin untuk memperbetulkan rambutnya. Telefon dipandang lalu menelefon Zureen lalu duduk di atas katil.
Terjaga dari renungannya disaat telefon berdering di atas meja, memaparkan nama Farhan di skrin telefon. Air matanya di lap menggunakan kedua-dua tangan. Zureen sengaja tidak mengangkat panggilan Farhan, dia mencuba sekali lagi tetapi Zureen tetap tidak mahu mengangkat panggilan tersebut.
Mesej telah dihantar oleh Farhan lalu Zureen baca di skrin kunci sahaja."Dah siap belum?. Kitaorang on the way pergi rumah kau." mesej dari Farhan dan dia tidak membalasnya.
"Zureen, aku tahu kau masih ingat lagi dekat dia. But please move on!. Haziq bukan milik kau, and suami kau Farhan. Insyaallah kau boleh lupakan dia!." bisik hati kecilnya lalu membuka mata dari memejamkan mata seketika.
Bangun dari kerusi kemudian dia mencapai baju nikah yang di sangkut di hadapan almari untuk memakainya.
Keluarga Farhan dan saudara terdekat memulakan perjalanan pergi ke rumah En. Mustafa sambil membawa hantaran. Tengku Hussain dan Farhan membawa kereta milik mereka sendiri. Farhan menelefon Zureen menggunakan earpod.
Skarf di pakai dan bercantik-cantik menghias muka supaya cantik, bersolek; manakala telefonnya terus berdering tetapi dia mengendahkan panggilan. Farhan tidak berputus asa untuk menerus telefon Zureen sehingga dia mengangkat panggilan darinya.
"Angkat lah, mana kau ni?." tanya Farhan.Selepas sesudah bersolek dimuka, shawl dicapai dari katil dan melilit di atas kepala bergayakan Mira Filzah dan mengemaskannya sehingga cantik serta kemas.
YOU ARE READING
Renungan Rindu
Romansa𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐟𝐟𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 | 𝐙𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐄𝐫𝐢𝐧𝐚 ᴷᵉʳᵃⁿᵃ ʲⁱʷᵃᵏᵘ ᵐᵃᵗⁱ, ʰᵃᵗⁱᵏᵘ ᵈⁱʳᵃʷᵃᵗ ᵈᵉⁿᵍᵃⁿ ᶜⁱⁿᵗᵃ ˢᵉʲᵃᵗⁱ. Disebabkan hati Zureen telah dikhianati cinta dan dipersalahkan atas kematian seseorang, dia berubah menjadi perempuan yang tiada...