BAB 30

294 8 0
                                    

"Apa yang you all fikir hah!" Bentak Zacrul kepada Danish dan Hazwan

"Maafkan kita orang. Tak fikir pulak effect sampai macam ni!" Kata Danish menunduk.

"Maaf? Habis Zac rugi siapa nak tanggung? Zac boleh reshoot pakai model lain. Habis modal yang Zac dah keluar you all nak ganti ke?" Zacrul menyinga.

Danish dan Hazwan hanya membisu seribu bahasa

"Zac dah cakap you all pergi settle dengan Am dan Ash tapi yang pergi viralkan video tu buat apa? Otak mana? Tak fikir ke effect kat projek kita?" Jerkah Zacrul lagi.

"Tapi.."

Belum sempat Hazwan menghabiskan kata kata kata Zacrul berteriak.

"Takde tapi tapi. Mulai sekarang you berdua not in my project anymore. Zac akan keluarkan surat tuntutan ganti rugi untuk you berdua. Lepas tu Zac dengan Shaz akan cari model baru untuk reshoot balik iklan ni!"

"Tolong bagi peluang sekali je lagi!" Rayu Hazwan

"Keluar, Zac tak nak you berdua jejakkan kali ke office ni lagi" Jerkah Zacrul

Hazwan dan Danish keluar dari pejabat Zacrul. Di Parkir kereta mereka tersempak dengan Asyraf dan Fekri yang baru pulang dari Genting Highlands. Asyraf mendekati mereka melihat mereka yang dalam keadaan kusut masai.

"You guys kenapa ni?" Soal Asyraf

Mereka menceritakan segalanya dari mula hingga akhir. Asyraf terdiam. Dia tak mampu berkata apa-apa. Setelah beberapa lama Asyraf bersuara.

"I maafkan you guys tapi bab ganti rugi I tak boleh tolong. Bisnes I dalam masalah akibat perbuatan you all!" Kata Asyraf lantas berlalu meninggalkan mereka.

Asyraf meminta Fekri untuk menghantarnya pulang. Sebaik sahaja dia sampai di rumah dia bergegas memanaskan enjin kereta yang sudah lama tidak berjalan. Dia terhutang budi kepada Fekri yang sanggup bersusah payah membawa keretanya kembali. Setelah apa yang berlaku Asyraf terfikir untuk menenagkan fikiran di kafe Little Bourke. Ketika sedang termenung sendirian menikmati secawan Cappucino dia ditegur oleh suara yang amat dikenalinya.

"Asyraf Islam!" tegur Amin

Asyraf merenung tajam kepada Amin

"You siapa?" Soal Asyraf

"Tak ingat ke Amin Azlan!" Jawab Amin

Amin terus mengambil tempat duduk tanpa meminta izin Asyraf

"You nak apa dengan I?" Soal Asyraf marah

"Am nak mintak maaf atas segala yang Am buat pada Ash, apa yang Am cakap pada Ash. Am tak berniat nak usir Ash dari hidup Am" Amin meluahkan isi hatinya.

"Am takut kehilangan Ash! Am tak boleh hidup tanpa Ash! Am sayangkan Ash!" Sambung Amin

Asyraf mendiamkan diri berpeluk tubuh. Melihatkan Asyraf tidak memberi sebarang reaksi Amin berputus asa.

"Ash marahkan Am lagi?" Soal Amin

Asyraf masih enggan berkata-kata.

"Takpelah kalau Ash bencikan Am. Mungkin ini pertemuan terakhir kita. Sekurang kurangnya Ash hidup bahagia. Tak sia-sia Am hantar Fiq selamatkan dan jaga Ash. Ash jaga diri baik baik" Kata Amin lemah lantas bangkit dari tempat duduk.

"Siapa Fiq?" Asyraf mula bersuara.

"Fekri Ahmad yang selalu dengan Ash. Am ambil tahu pasal Ash dari Fiq" Jawab Amin lantas berlalu meninggalkan Asyraf

Asyraf tersentak dengan kata kata tersebut. Selama ni Amin ambil berat tentang dia cuma dia yang buta mata buta hati. Asyraf bangkit mengejar Amin namun sudah terlambat. Dia menelefon Amin namun tak berangkat. Timbul penyesalan di hatinya. Dia menyesal menuduh Amin melulu. Dia menyesal tidak memberikan Amin peluang. Dia menyesal telah berlaku curang terhadap Amin. Tanpa sedar air matanya berguguran membasahi pipi.

Amin Untuk Asyraf: Cinta Jejaka PaduWhere stories live. Discover now