Bab 3

10.8K 803 67
                                    

SELENDANG labuh berwarna putih disertakan dengan jubah putih itu membuatkan Adel terlihat berseri-seri bak bidadari tanpa sayap. Sarung lengan itu disarungkan dengan perlahan-lahan manakala kakinya mengenakan stoking. Auratnya tertutup sempurna dengan kata pendek.

Kakinya membuka langkah ke kafeteria seorang diri. Satu mata tertumpu kepadanya dengan senyuman yang melebar. Jejaka tersebut bingkas bangun daripada bangku kayu itu lalu mendekati Adel.

"Hai bidadari, I'm Tengku Syed Hanif." Jejaka tersebut perkenalkan dirinya dengan menghulurkan tangan kanan sambil langkahnya mengikuti langkah Adel yang berjalan pantas.

Namun langkahnya terhenti apabila dilanggar seseorang yang sengaja berjalan di tengah. Syed berasa marah kemudian dia menoleh ke arah belakang.

"Eh, kau ini buta ke?" tengking Syed.

"Kau pun buta juga ke?" Suara Nadeem menghentikan langkah Adel. Adel kemudian menoleh 180 darjah lalu wajah Nadeem Amsyar itu dilirik olehnya.

Habis bercemberut wajah Syed apabila melihat wajah Nadeem yang memandangnya dengan dingin. Tangannya mengenggam penumbuk sehingga timbul urat-urat kehijauan. Nadeem merenung anak mata Syed dengan dalam.

"Terdiam kerana benar? Kalau buta tak nampak orang, tak apa. Tapi ini, buta tak tahu hukum agama itu yang merisaukan. Lelaki dan perempuan tak boleh bersalaman. Harap saudara membuka mata dan otak dengan luas," tegas Nadeem kemudian dia beredar setelah membuat Syed panas hati. Adel pula tercegat dan keliru dengan situasi tersebut.

"Hm..." Adel mengangguk setuju.

"Betul sangat apa yang dikatakan, harap awak... siapa nama tadi? Oh! Syed Aris tolong hadamkan ya!" Gadis itu kemudian berjalan meninggalkan Syed sendirian.

Syed bingung.

"Muka je cantik tapi pekak! Ada ke dia kata nama aku Syed Aris?"

Amarah lelaki itu semakin membuak-buak. Kini matanya tertumpu ke arah rakan-rakannya yang sudah gelak sakan melihat dia ditolak oleh perempuan.

Satu tepukan kuat dilepaskan oleh Syed pada belakang badan Zaim. Lelaki itu merintih sakit.

"Sakit gila! Tapi sakit lagi perasaan orang yang kena reject," sindir Zaim lalu jelingan maut daripada Syed membuat dia terdiam.

Tiba di kafeteria, Adel mengambil nasi berlauk yang disediakan oleh Kak Yah yang merupakan peniaga di kafeteria tersebut. Lalu pinggan tersebut dibawa ke meja yang berada di hujung pintu kafeteria.

"Ha! Sampai hati makan tak tunggu!" Adel menyilangkan tangan tanda merajuk. Rakan-rakan yang lain tertawa melihat kecomelan teman mereka itu.

Air bandung soda yang ditoppingkan aiskrim vanila itu dihulurkan ke arah Adel untuk memujuk hati gadis tersebut. Adel cuba untuk menahan emosi gembira namun akhirnya bibir itu mengukir satu garis senyuman.

"Isy! Tak baiklah uji iman aku dengan air sedap-sedap ini," marah dia sambil menyedut air tersebut. Kepalanya kemudian bergoyang ke kiri dan ke kanan untuk menunjukkan ekspresi gembira menikmati air kegemarannya itu.

Bahunya kemudian disenggol berkali-kali sampai hampir sahaja ingin terjatuh seluruh tubuh itu. Kepalanya kemudian ditoleh ke arah pintu masuk kafeteria tersebut.

"Hei senangnya dalam hati, kalau mendapatkan Nadeem ewah ewah!" Nyanyi Aryna dengan suka ria ingin mengusik Adel yang sedang khusyuk memandang setiap langkah Nadeem.

Wajahnya kini merah padam. Nadeem pula tahu bahawa dia sedang diperhatikan kerana tindakan gadis itu terlalu terang-terangan. Bukan wajah sahaja dipalingkan ke arahnya namun tubuhnya juga turut berada di arah yang sama untuk memerhatikan lelaki itu.

Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now