Walaupun mereka bertetangga, tetapi mereka tidak terlalu mengambil tahu tentang urusan masing masing. Apalagi yang melibatkan perkara perkara yang peribadi. Sebab itu Jojie tidak tahu apa yang berlaku kepada keluarga pakcik Amud, sehinggalah dia yang menyaksikan nya sendiri, apa yang telah terjadi. Selama ini memang Jojie sering nampak sebuah kereta berwarna merah masuk atau terletak bersebelahan dengan kereta pakcik Amud di hadapan rumah pakcik Amud dan makcik Sal itu.
Serta kelihatan seorang lelaki muda yang telah keluar masuk ke dalam rumah pakcik Amud. Jojie beranggapan itu mungkin saudara atau ada kena mengena dengan pakcik Amud dan makcik Sal. Kecurigaan Jojie timbul, bila suatu hari dia nampak lelaki itu datang ketika pakcik Amud dan anak anak nya tidak ada di rumah. Pakcik Amud pergi kerja, manakala anak anak nya pula pergi sekolah. Hanya makcik Sal seorang sahaja yang tinggal di rumah.
Ketika Jojie berada di belakang rumah sedang duduk duduk santai di pondok menunggu durian, dia ternampak lelaki itu keluar dari pintu dapur menuju ke bangsal. Kelihatan dia hanya berkain tetapi tidak berbaju. Sesekali dia memandang mandang ke arah rumah Jojie. Dan tidak lama kemudian kelihatan kepala makcik Sal pula terjongol di muka pintu, lalu memandang mandang juga ke rumah Jojie. Mereka langsung tidak nampak dia yang berada di pondok tersebut.
Kemudian makcik Sal keluar dengan hanya berkemban sahaja, serta dalam keadaan rambut yang kusut masai dan menggerbang tidak terurus. Dia pun turut menuju ke bangsal juga. Tidak beberapa lama kemudian mereka pun keluar semula, tetapi tidak ada apa apa pun yang kelihatan mereka bawa. Sebelum masuk ke dalam rumah, sekali lagi makcik Sal memandang ke arah rumah Jojie. Sambil menyandarkan tubuhnya pada palang palang pondok tersebut, Jojie pun berfikir fikir. Pandangan nya masih terus tertumpu ke arah rumah makcik Sal.
Tiba tiba ada sesuatu ilham yang telah melintas di dalam fikirannya, supaya dia pergi untuk melihat, apa sebenarnya yang sedang berlaku di rumah makcik Sal itu. Mulanya Jojie telah mengabaikan sahaja apa yang di fikirkan nya itu, tetapi hatinya seperti meruntun runtun untuk mengetahuinya juga. Setelah berfikir dan mempertimbangkannya seketika, Jojie pun mengambil keputusan untuk menuruti sahaja kehendak hatinya itu. Dia pun turun dari pangkin, lalu terus berjalan menuju ke arah rumah makcik Sal.
Semakin hampir dengan rumah makcik Sal, semakin berdebar debar pula dada Jojie. Dia berhenti sebentar sambil melihat sekeliling, selain suasana yang sunyi sepi, memang tidak ada sebarang kelibat pun yang kelihatan. Jojie pun bergerak dan terus merapat ke dinding dapur. Berhenti sejenak, dan melihat sekeliling lagi. Setelah merasa aman, Jojie pun bergerak perlahan lahan menuju ke tingkap yang berhampiran untuk melihat ke dalam. Kelihatan mereka sedang duduk berbual bual di meja makan. Keadaan mereka tetap seperti tadi, masing masing masih dalam keadaan berkain sahaja.
Lama menunggu, seperti tidak ada apa apa, Jojie pun sudah merasa bosan. Tetapi baru sahaja berniat untuk meninggalkan tempat itu, tiba tiba lelaki itu telah bangun. Lalu terus mendapatkan makcik Sal. Dia memaut makcik Sal dari belakang, sebelum tunduk mencium dan mengucup pipi dan lehernya. Bertubi tubi dan bersilih ganti di bahagian kanan dan kiri. Kemudian mereka telah bercakap cakap sesuatu, dan makcik Sal pun bangun. Lalu terus berjalan menuju ke dalam, yang kemudian telah diikuti oleh lelaki tersebut.
" Kemana pula mereka pergi?"
Bisik hati Jojie.Jojie pun mula bergerak meninggalkan tempat tersebut. Dengan perlahan dan berhati hati dia pun menyusur melalui tepi dinding menuju ke arah bahagian hadapan rumah. Sampai di setiap ruang, Jojie pun berhenti, lalu meninjau ninjau ke dalam melalui tingkap yang terbuka. Tetapi mereka tidak kelihatan, hinggalah sampai ke beranda. Lalu Jojie pun berhenti sambil berfikir fikir.
" Mungkin di sebelah sana."
Bisik hati Jojie.Terhendap hendap Jojie berjalan untuk menyeberang ke sebelah sana. Kemudian dia pun dengan pantas terus merapati ke tepi dinding semula. Menyusur lagi dia di sebelah yang sini pula. Dari satu ruang ke satu ruang, di jelajah dan di tinjauan nya. Hingga tinggal satu bilik sahaja, sebelum balik ke ruang dapur semula. Memang sungguh, belum pun sampai di ruang tersebut, Jojie telah mendengar seperti ada suara. Perlahan lahan dan berhati hati Jojie berjalan merapat ke tingkap yang paling hampir dengan nya.
YOU ARE READING
keluarga tetangga
Short StoryMengenai kesah sekeluarga jiran yang mengamalkan seks bebas.