Bab 13

7.4K 562 8
                                    

AZAN subuh berkumandang. Adel bangun lalu memeriksa semua barangnya yang sudah disusun dalam luggage. Akhirnya, dia berjalan masuk ke dalam bilik air. Air wudhu mengalir ke seluruh anggota yang ditetapkan.

Solat subuh pun ditunaikan. Usai itu, kedua tangan itu dibuka luas. Matanya hanya tertumpu pada kedua telapak tangannya.

"Ya Allah, ampunkanlah seluruh dosaku, dosa ibu bapaku serta ahli keluarga yang lain. Tidak lupa juga kau ampunilah dosa-dosa seluruh hamba-Mu yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Ya Allah, kau lindungilah aku daripada kesesatan dan kelalaian dunia," pintanya.

Tepat jam 7:30 pagi, Adel mendorong luggage berwarna putih itu keluar dari rumah tersebut. Tidak lupa juga dia menyalam ibunya, Puan Merlyna untuk berpamitan. Akhirnya dia dapat keluar dari rumah tersebut, tidak perlu lagi dia berbalah atas apa yang dia tidak suka ibunya sendiri buat di dalam rumah itu.

"Adel minta diri dulu ibu. Doakan Adel sentiasa berada dalam lindungan Allah. Asalammualaikum."

Puan Merlyna masih dingin. Dia memandang anaknya itu dengan pandangan tiada perasaan.

"Kau jangan nak kerja bukan-bukan memalukan aku. Jangan ikut sangat jantan itu, nanti satu taman pula cakap buruk fasal kau," pesan Puan Merlyna. Walaupun dia terlihat benci namun hatinya masih risau.

Tuan Hashim yang berada di hadapan rumah menyapa Puan Merlyna dengan tundukan hormat lalu luggage milik Adellea Arelyne itu diangkatnya dan dimasukkan ke dalam kereta.

"Kita gerak sekarang ya?"

Al-QURAN itu ditutup rapat dan diletakkan di atas meja. Hati Nadeem berasa berat namun dia tidak tahu mengapa. Mungkin kerana dia melihat Adel bersama Tuan Hashim semalam.

"Ya Allah, kau jauhkanlah dia daripada musibah."

Kenderaan berjenama Tesla itu memandu masuk ke dalam rumah agam itu. Terlihat pancuran air pancut di taman rumah serta kolam besar. Kenderaan tersebut lalu memandu ke bawah tanah yang dikelilingi lampu kuning serta dinding hitam sehingga terserlah kemewahan kediaman tersebut. Mereka memasuki garaj bawah tanah kediaman itu. Kereta-kereta berjenama mewah tersusun rapi di situ. Hampir terbuntang biji mata gadis itu melihat harta milik keluarga Syed.

'Gilalah, ini betul-betul kaya sepuluh keturunan.'

Pintu belakang Tesla itu dibuka secara automatik. Kaki kiri Adel melangkah keluar daripada kenderaan. Matanya masih melihat kiri dan kanannya.

"Dekat garaj pun ada penghawa dingin." ucapnya perlahan melihat empat penghawa dingin yang menarik perhatiannya.

Tuan Hashim menunjukkan arah kepada Adel. Mereka menaiki lif di bawah tanah untuk naik ke tingkat atas.

Selesai bertemu dengan Tengku Syed Mahriz, bapa Syed dan juga Tengku Sharifah, ibu Syed. Adel terus dibawa ke sebuah rumah bersaiz sederhana yang berada di dalam tapak kediaman rumah agam tersebut.

"Ini tempat tinggal awak sekarang. Dekat sini awak akan tinggal dengan beberapa orang pembantu di rumah besar tadi," jelas Tuan Hashim.

Adel menggaru kepala tanda hairan akhirnya dia pun bertanya,

"Sebenarnya apa posisi saya? Saya kena kerja apa ini? Jadi pembantu ke?"

Senyuman meniti di bibir lelaki tua tersebut.

"Cik Adel akan bekerja sebagai pembantu peribadi Tengku Syed Hanif. Oleh disebabkan itu, cik diarahkan untuk duduk berdekatan. Tuan Syed Hanif akan balik dari hospital sebentar lagi. Jadi, sepanjang hutang cik tak habis, cik perlu teman dan tunaikan apa yang tuan Syed Hanif nak," terang Tuan Hashim. Apabila melihat gadis itu mengangguk, dia terus beredar untuk melaksanakan tugas yang lain.

"Asalammualaikum."

Tengku Syed Sharifah pun menjawab salam dan menyambut tetamu khasnya. Beberapa minit kemudian, anaknya Tengku Syed Hanif tiba.

"Sampai pun anak bonda. Ini ada umi Dijah dengan Nadeem datang." Setelah mendengar ucapan bonda Sharifah, Syed pun menoleh ke arah Nadeem.

Syed menyalam Puan Khadijah lalu duduk di sebelah bondanya sambil itu dia sempat memanggil Tuan Hashim untuk memanggil Adel. Setelah dipanggil, Adel pun datang namun dia masih tidak perasan akan kelibat Nadeem Amsyar yang sedang duduk di sofa baldu putih itu.

"Oh! Ini pembantu peribadi Syed yang baru, Adellea Arelyne." Puan Syed Sharifah pun mengenalkan Adel di hadapan Puan Khadijah. Sebaik sahaja Puan Khadijah melihat wajah Adel, mulutnya ternganga sebentar. Terkejut.

"Adel! Tak sangka umi jumpa kamu dekat sini."

Adel pun terkejut lalu dia menoleh ke arah lelaki yang duduk di sebelah Puan Khadijah itu. Wajah Nadeem yang terlihat serius ditatapnya.

Adel memberi senyuman tipis dan menyalam tangan Puan Khadijah lalu Syed pun memanggil Adel untuk membawanya ke bilik tidur. Nadeem yang mendengar itu terus merenung mata Syed dengan tatapan dalam.

"Syed rehat dulu ya, bonda dan umi."

Senyuman kemenangan dipaparkan terhadap Nadeem seolah-olah dia ingin memberitahu bahawa Adellea Arelyne itu kini telah menjadi miliknya.

'Senang hati tengok muka kau yang tak puas hati, Nadeem.'

Akhir Tak PastiWhere stories live. Discover now