Cerita ni mengisahkan tentang ketua badar dan ketua umum. Ketua badar bernama amir dan ketua umum bernama afiq.
Pada satu malam, ketua umum tak tahan nak kencing jadi di meminta ketua badar untuk menemaninya "weyh mir teman aku pergi tandas weyh tak tahan doh" kata afiq. "Ish kau ni masa ni jugak kau nak pergi tandas dah lah pukul 2 pagi ish jom lah cepat sikit" kata amir.
Apabila afiq masuk ke dalam tandas tiba tiba amir terlihat 'benda' tu berada di penjuru bilik air di pun berlari lintang pukang balik ke dorm. Setelah afiq keluar tiba tiba amir ada dan amir tu bukan amir yang sebenar 'benda' tu yang menyamar jadi amir. Dalam perjalan balik ke dorm, amir tiba tiba berkata "ashhaduallalalaillah" yang bermaksud tiada tiada tiada tuhan . Afiq pun pelik lah amir ni ketua badar macam mana boleh cakap macam ni? Dia pun tanya "kau ni dah kenapa jangan main main lah" kata afiq. Tiba tiba amir berhenti dan tersenyum sendiri dan pada saat itu afiq menyedari bahwa itu bukan amir yang sebenar. Afiq terkejut dan terus pengsan.
Pada pagi itu dia didapati terlantar di atas lantai hanya ketua badar dan ketua umum sahaja tahu tentang perkara ini.
------------------------------------------------------
Sorry lah kalau tak best ni saya dengar daripada kawan saya je. Mengisahkan di sebuan sekolah yang beragama. Dan kisah ini kisah benar cuma saya tukar tukar sikit
YOU ARE READING
Koleksi Cerita hantu di asrama
TerrorNi koleksi cerita cerita hantu yang saya dengar dari kawan saya dan pernah terjadi pada saya sendiri. Di seluruh asrama asrama di malaysia.