Cikgu Termizi pun mula menceritakan kejadian kebakaran yang berlaku pada hari itu di Al-Mukmim. Ustaz Kamarul sedia untuk mendengar setiap patah perkataan yang bakal disebutkan oleh Cikgu Termizi.
Kejadian itu berlaku 2 tahun yang lalu, ada 11 pelajar yang bernekad untuk mengulang kaji lebih waktu. Pada waktu itu, pelajar hanya dibenarkan berjaga sampai pukul 11 malam sahaja. Selebih dari itu, ialah waktu untuk pelajar tidur. Tetapi 11 pelajar ini bertekad juga untuk belajar dan untuk mengelakkan daripada diketahui oleh pihak tahfiz, mereka belajar tanpa menyalakan lampu dan hanya belajar ditemani cahaya daripada lilin.
Antara 11 pelajar tersebut, termasuklah Rezuan dan anak Ustaz Yazin, Abdul. Mereka itu memang merupakan pelajar terbaik Al-Mukmim. Disebabkan itu, mereka mahu usaha sehabis baik untuk peperiksaan. Rezuan dan Abdul memang sudah kawan lama. Mereka berkawan sejak pertama kali mereka memasuki Al-Mukmim. Jadi, mereka sangat rapat. Mereka selalu berdua di mana-mana sahaja mereka pergi.
Sembilan pelajar yang lain merupakan pelajar daripada bilik lain. Jam sudah menunjukkan pukul 1:30 pagi. Disebabkan hari sudah semakin lewat, sembilan pelajar yang lain bergerak pergi masuk ke bilik masing-masing. Maka, tinggal Rezuan dan Abdul seorang diri. Mereka berhasrat untuk terus mengulang kaji.
Setelah satu jam berlalu, Abdul meminta diri untuk naik ke katil kerana di sudah sangat mengantuk. Rezuan membenarkan dan terus menyambung mengulang kaji. Abdul pun terus menuju ke katil untuk tidur. Sebenarnya, Rezuan juga sudah mengantuk tapi dia menahan perasaan mengantuknya kerana dia sangat bertekad untuk mengulang kaji dan ingin membuat sehabis baik untuk peperiksaan kali ini. Hal ini kerana, Rezuan berasa tidak puas hati dengan keputusan peperiksaan yang lalu. Setelah lama Rezuan bertahan, akhirnya dia terlelap. Kepalanya melekat pada meja, manakala tangannya masih memegang buku teks.
Perlahan-lahan, genggaman Rezuan semakin lemah. Buku teks yang dipegangnya perlahan gerak kebawah. Akhirnya, buku teks itu terlepas dari genggaman Rezuan dan terkena pada lilin yang dipacak oleh mereka untuk belajar. Lilin itu jatuh dan mula membakar kertas contoh peperiksaan. Api semakin merebak dan mula membakar buku-buku yang ada pada atas meja tersebut. Api mula menghampiri langsir dan langsir terbakar. Rezuan masih tidak menyedarkan diri dan lena dalam tidurnya.
Api yang membara terus menerus menghampiri katil-katil berdekatan langsir. Seorang pelajar terjaga dan lalu menjerit "api" dengan sangat kuat sehingga membuatkan semua terjaga termasuk Rezuan. Semua pelajar dalam keadaan panik dan mereka bernasib baik bahawa Cikgu Megat dan Ustaz Zafari ada di kawasan kedekatan. Cikgu Megat dan Ustaz Zafari memimpin seorang demi seorang keluar daripada bilik tersebut. Setelah semua keluar dari bilik, pihak bomba akhirnya tiba di kawasan kejadian. Bomba menyembur air yang sangat banyak pada bilik tersebut untuk memadamkan api.
Setelah 45 minit berlalu, pihak bomba memasuki ke dalam kawasan kejadian untuk membuat pemeriksaan. Pihak bomba mendapati bahawa terdapat sebuah mayat terbaring di katil tingkat atas. Pihak bomba kemudian datang ke arah Ustaz Zafari dan memberitahu bahawa apa yang terjadi di dalam. Pihak bomba memberitahu bahawa di dalam masih ada seorang pelajar yang terperangkap di dalam kebakaran dan pelajar itu telah pun mati semasa kejadian. Rezuan yang mendengar keterangan polis baru teringat bahawa mangsa ialah Abdul. Rezuan lupa akan Abdul kerana dia terlampau panik dan perkara yang bermain di dalam kepalanya, hanyalah untuk menyelamatkan dirinya.
Rezuan meminta izin untuk menjadi orang yang bakal mengesahkan mayat. Rezuan memasuki bilik tersebut dan betul, itu ialah Abdul. Pihak bomba keluar dan memint orang lain untuk turut buah pengesahan juga. Kebetulan bapa Abdul, Ustaz Yazin tiba. Ustaz Yazin memperkenalkan diri dalam keadaan risau akan keadaan anaknya. Ustaz Yazin diminta untuk memasuki tempat kejadian bersama pihak bomba dan Rezuan. Dalam perjalanan ke tempat mangsa ditemui, Ustaz Yazin sangat berharap mayat itu bukan anaknya, Abdul. Tiba di tempat yang dituju, Ustaz Yazin terus terdiam diri. Air mata mengalir perlahan dari matanya, turun melalui pipinya. Reaksi Ustaz Yazin jelas menunjukkan bahawa mangsa itu ialah anaknya, Abdul.
Setelah pengesahan selesai, semua orang yang terlibat dengan kejadian di soal siasat, termasuk 11 pelajar yang terlibat dalam ulang kaji pada waktu kejadian. Setelah semua disoal siasat oleh pihak polis dan bomba, mereka merumuskan punca kebakaran adalah daripada api lilin. Keterangan Rezuan, pihak polis dan bomba membuat Ustaz Yazin marah. Ustaz Yazin datang menuju ke arah Rezuan dan memegang kolar baju Rezuan. Ustaz Yazin mengatakan bahawa semua yang terjadi adalah berpunca daripada Rezuan. Rezuan menangis sepanjang dimarah oleh Ustaz Yazin kerana dia tahu dia memang bersalah atas pemergian Abdul dan disebabkan itu dia hanya menerima setiap teriakan Ustaz Yazin.
Akhir cerita yang ingin disampaikan oleh Cikgu Termizi. Selepas kejadian itu, Ustaz Yazin menghilangkan diri dalam tempoh masa yang lama untuk menenang kan dirinya. Ustaz Kamarul sangat bersimpati dengan perkara yang telah berlaku terhadap Ustaz Yazin. Setelah mendapatkan apa yang diingini oleh Ustaz Kamarul, dia pun meminta izin untuk pergi.
*******************
Ustaz Zafari mendapat panggilan daripada ayah Arif, Salahuddin. Salahuddin memberitahu Ustaz Zafari bahawa anaknya tiada di bilik dan sudah hilang. Berita buruk yang didapati oleh Ustaz Zafari, disampaikan kepada Ustaz Yazin. Ustaz Yazin pun terus membuat panggilan telefon kerana ingin tahu apa yang sebenarnya terjadi.
Salahuddin memberitahu bahawa Arif sudah lama dibenarkan pulang di rumah. Salahuddin dan isterinya membiarkan Arif berehat di dalam bilik kerana Arif belum sembuh sepenuhnya. Keadaan Arif sebelum ini baik sahaja. Dia akan keluar daripada bilik untuk makan ataupun mandi tapi pada hari itu Arif tidak keluar langsung daripada biliknya. Disebabkan mewujudkan kebimbangan, Ibu Arif pun memasuki bilik anaknya untuk melihat keadaan Arif. Rupa-rupanya, Arif tiada di bilik.
Ustaz Yazin memberikan saranan kepada ibu bapa Arif untuk melaporkan perkara ini kepada pihak polis apabila sudah cukup 24 jam. Ustaz Yazin akan memberitahu ibu bapa Arif sekiranya Arif ada datang di Al-Mukmim.
Setelah panggilan telefon tamat, Ustaz Yazin meminta beberapa pengajar untuk membuat rondaan mencari Arif di kawasan berdekatan perumahan Arif dan Al-Mukmim. Semua tenaga pengajar Al-Mukmim menaiki kenderaan masing-masing untuk memulakan pencarian. Ustaz Yazin juga turut membuat pencarian. Al-Mukmim menjadi senyap dan hanya ada pelajar dan pengawal keselamatan sahaja.
Di saa itu, Ustaz Kamarul pun sampai di Al-Mukmim. Belum sempat Ustaz Kamarul melangkah masuk ke dalam Al-Mukmim, Pak Hamad memaklumkan bahawa Arif telah hilang daripada rumahnya dan semua tenaga pengajar sedang mencari Arif. Ustaz Kamarul terkejut setelah mendengar berita itu. Ustaz Kamarul meminta izin Pak Hamad untuk mencari Arif di kawasan Al-Mukmim kerana kemungkinan Arif ada di Al-Mukmim tinggi. Pak Hamad membenarkan dengan syarat dia turut serta pencarian Arif bersama Ustaz Kamarul.
Bersambung . . .
YOU ARE READING
A'ma 2 (Buta)
HorrorUstaz Kamarul telah meninggalkan Al-Mukmim kerana mendapat tawaran penukaran tempat kerja ke madrasah lain. Kejadian yang terjadi di Al-Mukmim hingga menyebabkan kematian telah memunculkan banyak isu. Disebabkan itu, Al-Mukmim mendapat reputasi buru...