Jesse sudah dapat membiasakan dirinya untuk bekerja di Institut Perubatan. Dia bekerja dengan bersungguh-sungguh dan tidak berani membuang masa. Ini kerana di tempat ini, terdapat banyak mata yang memandang setiap gerak-geri Jesse.
Salah satu hospital utama ditempatkan di Institut Perubatan dan ini adalah hospital yang diutamakan hanya untuk para tentera X-Forces.
Suatu hari, satu kejadian yang menggemparkan terjadi di sebuah Institut Penyelidikan di mana tempat itu meletup secara tiba-tiba. Ramai penyelidik dan tentera yang bertugas di Institut itu tercedera dan mereka dihantar di hospital utama di Institut Perubatan.
Keadaan di hospital tersebut menjadi huru-hara. Setiap wad dan lorong dipenuhi dengan mangsa-mangsa baru. Suara cemas setiap ahli perubatan di hsopital itu memenuhi setiap kawasan diselang-selikan dengan suara teriakan kerana kesakitan oleh mangsa-mangsa baru itu.
Jesse juga tidak ketinggalan untuk membantu mangsa-mangsa yang baru dimasukkan ini. Pergerakannya sangat cepat dan teratur sehingga dia boleh merawat lebih banyak mangsa berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.
Jesse sudah selesai merawat mangsa yang entah orang ke berapa. Dia menggantikan sarung tangan yang sudah tercemar dengan darah kepada yang baru. Baru saja dia selesai memakai sarung tangan yang baru, lengannya ditarik oleh seseorang.
Jesse menoleh untuk melihat siapakah orang itu.
Terkejut juga dia melihat ada Ace ada di tempat ini. "Ace, kenapa kau boleh ada di sini?"
Ace memandang Jesse dengan senyap selama beberapa saat. "Tolong rawat mereka yang ada di sebelah sana pula? Tiada doktor yang pergi ke sana..."
Jesse memandang ke arah kawasan mangsa yang ditunjukkan oleh Ace tadi. Tidak jauh dari sana, dia melihat lima hingga enam orang mangsa yang cedera masih tidak dirawat. Mereka meraung-raung kesakitan dan meminta tolong tapi kerana semua ahli perubatan di sana juga sibuk, mereka diabaikan.
Jesse segera bertindak. Dia menarik sebuah troli kecil dan memeriksa semua peralatan yang ada di sana sama ada mencukupi atau tidak. Dia menambahkan beberapa peralatan yang tidak mencukupi sebelum dia membawa troli itu mendekati kumpulan mangsa itu.
Ace pula tidak berganjak pergi dari tempat dia berdiri sejak dia bercakap dengan Jesse tadi. Dia hanya diam di sana dan memerhati Jesse bekerja. Dia hanya berganjak pergi ketika dia dipanggil.
Jesse bekerja dengan cepat dan sudah empat orang mangsa tersebut berjaya dirawat. Jesse menyuruh beberapa orang perawat di sana untuk membawa mangsa yang sudah dirawat ke kawasan wad yang kosong.
Jesse berpindah ke mangsa yang seterusnya. Ketika itulah Patricia datang ke sana. Melihat beberapa orang mangsa masih belum dirawat dan hanya ada Jesse seorang di sana, Patricia memberikan pertolongan.
Jesse hanya melirik ke arah Patricia yang sudah mula merawat salah satu mangsa. Tidak lama dan Jesse kembali meneruskan pekerjaannya. Jesse berpindah ke mangsa terakhir setelah merawat yang lain.
Ketika Jesse sudah selesai merawat mangsa yang terakhir, dia dipanggil oleh seorang perawat.
"Tolong kami rawat mangsa yang ada di Unit Wad 7 sana. Di sana masih ada banyak mangsa yang perlu dirawat."
Jesse segera bergerak setelah dia mendengar masih ada mangsa yang belum dirawat. Patricia juga mengikuti Jesse pergi ke Unit Wad 7. Ketika mereka tiba di sana, mereka melihat salah seorang dari mangsa di sana menyerang para ahli perubatan yang mencuba untuk merawat mereka.
Keadaan menjadi huru-hara kerana mangsa itu merupakan seorang tentera dan bila dia menyerang para ahli perubatan di sana, tindakannya sangatlah agresif.
YOU ARE READING
2. Season 1 : This Is My Fate
Adventure(SEASON 1 : The New Beginning) Roh Jesse masuk ke dalam badan seorang wanita cantik dan kuat yang bernama Jessica. Jessica meninggal kerana dia membiarkan dirinya berlapar selama dua minggu, tanpa makan dan tanpa minum. Jesse merasa perbuatan Je...