Part 1: Perkahwinan Isteriku

11.5K 78 5
                                    

Aku pulang ke rumah setelah lebih setahun terkandas di sebuah pulau bersama dua orang rakanku. Bot yang kami naiki ketika bercuti itu pecah dan karam. Kami bernasib baik kerana ada pulau tak berpenghuni berhampiran. Kami berenang ke situ.

Aku berdebar-debar. Sudah lebih setahun aku terpisah dari isteri dan anak-anakku tanpa khabar berita. Aku dan kedua-dua rakanku baru sahaja diselamatkan oleh sekumpulan nelayan yang kebetulan singgah di pulau kami berada.

Mesti keluargaku sangka aku dah mati. Aku tak sabar nak buat kejutan untuk mereka. Setelah naik ke darat, aku segera mendapatkan teksi dan terus menuju ke rumahku.

Malam itu aku tiba di perkarangan rumah lebih kurang jam 11:35 malam. Niat di hati ingin membuat kejutan, tetapi sebaliknya aku yang menerima kejutan. Sebaik sahaja pintu diketuk, seorang lelaki membuka pintu.

"Awak siapa?" Tanyaku.

Lelaki itu tergamam melihatku. Terdiam seolah-olah terkejut. Aku tak pernah melihatnya. Tetapi dia seakan-akan mengenaliku. Kemudian terdengar suara isteriku dari belakangnya.

"Siapa tu bang?" Lembut suara isteriku menyapa lelaki yang tidak kukenali itu.

Lelaki itu menoleh ke belakang. Kelihatan isteriku dalam keadaan berkemban dengan sehelai tuala. Keadaannya seperti baru lepas mandi. Terperanjat isteriku melihatku.

"Abang..?" Terpacul pertanyaan itu sambil menekup mulutnya dengan kedua belah tangannya. Air matanya bergenang.

Rupa-rupanya isteriku baru sahaja menikah lagi setelah aku disahkan meninggal dunia setahun yang lalu. Aku benar-benar kecewa.

Lelaki di hadapanku itu faham situasi yang rumit ini. Dia cuba mengawal keadaan. Dia menjemputku masuk untuk berbincang. Tetapi aku enggan. Aku ingin pergi sahaja. Walaupun rumah itu adalah rumahku. Tapi kini telah ditukar atas nama isteriku sebagai pewaris. Dan dia berkongsi dengan suami barunya.

Ketika aku melangkah pergi, kedengaran lelaki itu bercakap-cakap dengan isteriku. Dia rela melepaskan isteriku jika isteriku ingin kembali padaku. Dia sendiri pun merasa bersalah. Dia menyuruh isteriku pergi kepadaku untuk berbincang.

Isteriku keluar dari rumah tergesa-gesa dalam keadaan berkemban itu mendapatkan aku yang sudah hampir keluar dari perkarangan rumah.

Isteriku menangis tersedu-sedan sambil terus memelukku. Walaupun kecewa, aku membalas pelukan itu kerana jauh di sudut hati, aku juga sangat rindukan dia.

"Bang, maafkan Lin.." rayu isteriku.

"Tak apalah.. Lin tak salah apa-apa.. Lin bukannya curang.. Lin bernikah kerana sangka abang sudah mati kan..?" Aku memujuk.

Walaupun dalam hatiku terasa marah kerana isteriku tidak setia. Baru setahun sudah ada penggantiku. Seolah-olah sudah lama dia berkenalan dengan lelaki lain ketika kami masih lagi berumah tangga.

"Pergilah kembali kepada suami Lin.." kataku dengan nada kecewa.

"Bang, Azfar beri peluang kepada Lin untuk kembali pada abang.." Lin berterus terang. Dari situ aku tahu nama lelaki itu, Azfar.

"Lin sanggup tinggalkan dia?" Aku minta kepastian dari Lin. Isteriku mengangguk dengan deraian air mata.

"Lin rindukan abang.." Kata isteriku sambil teresak-esak dalam tangisan.

Yelah tu.. Banyaklah kau punya rindu. Dalam hatiku menyumpah seranah. Tapi aku menahan diriku dari mengatakannya. Itu bukan sikapku. Aku sendiri mengharapkan Lin pulang kepadaku.

"Lin dah bersetubuh dengan Azfar?" Aku memberi soalan cepumas. Memandangkan mereka baru berkahwin. Mungkinlah masih belum buat apa-apa.

Isteriku terbungkam. Terdiam seribu bahasa. Tidak mampu menjawab soalan semudah itu. Air matanya tumpah lagi. Menyangka pertanyaanku itu bertujuan untuk menolaknya.

Perkahwinan IsterikuWhere stories live. Discover now