⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛
Danee menjengah kepalanya di pintu biliknya, dia ingin memastikan keberadaan Yeonjun sama ada lelaki itu sudah pergi kerja atau belum. Berdasarkan pemerhatiannya sekarang lelaki itu sudah tiada di rumah, barulah dia keluar dari biliknya itu dan dalam masa yang sama perutnya tiba-tiba berkeroncong. Ini semua kerana seleranya hilang semalam disebabkan demam. Mujur pagi tadi tubuhnya tidak sepanas semalam.
"Eh dah bangun?"
Tubuh Danee menjadi kejung bak ais di kutub selatan bila mendengar suara yang sangat dia kenal. Siapa lagi kalau bukan Yeonjun, lelaki itu sedang berdiri di belakangnya baru saja keluar dari bilik dengan lengkap berpakaian baju tidur. Tidak seperti sebelum ini, selepas kena bebel dengan Danee dia tidak lagi bangun dengan hanya berboxer.
Danee memejamkan matanya sambil mengetao bibir sebelum melepaskan satu keluhan. Rancangan dia mahu mengelakkan daripada berjumpa dengan lelaki itu gagal. Sebenarnya Danee seawal pukul enam tadi dia sudah bangun tetapi dia tidak mahu keluar bilik dulu, tidak mahu bertembung dengan Yeonjun. Kejadian malam semalam masih menghantuinya, ketika ini ingin saja dia menghantukkan kepalanya di dinding. Perasaan malu mula menampar-namparnya sehingga pipinya menjadi merona merah. Ini adalah kali kedua Danee bermalu berhadapan dengan Yeonjun.
"Aduh kenapa dia masih ada kat rumah? Sepatutnya waktu macam ni dah pergi kampus!!"
Perlahan-lahan dia memusingkan tubuhnya menghadap lelaki. Setelah itu senyuman kekoknya ditayang kepada Yeonjun yang separa sedar itu.
"K-Kau tak kerja kah? Dah pukul 8 lebih ni."
Persoalan Danee tersebut membuatkan Yeonjun terdiam seketika dan mata kantuknya tadi menjadi membulat besar, "Shit! Aku dah lambat. Dah lah kelas awal pagi!!" Bergegas Yeonjun masuk semula ke biliknya, Danee pula terkebil-kebil melihat lelaki itu dalam kelam kabut.
Tidak lama itu Yeonjun keluar semula dengan badannya tidak bersarung dengan baju tidur berpetaknya tadi menyebabkan Danee terkejut. Yeonjun ni suka sangat buat matanya tidak sihat bukan setakat matanya saja tapi jantungnya pun turut tidak sihat. Kalau boleh mahu terloncat keluar jantungnya itu kerana berdenyut tanpa kawalan.
"Aku dah kata jangan tayang enam roti kau depan akㅡ" tidak sempat dia menghabiskan ayatnya ada satu telapak tangan menyentuh pipinya dan setelah itu ianya beralih ke dahinya pula.
Danee yang tadinya mahu memarahi Yeonjun tidak jadi malah dia menjadi cemas dengan tindakan lelaki itu dan semakin merahlah wajahnya itu.
"Y-yah! Jangan main sentuh-sentuh lah!" Lalu menepis tangan Yeonjun itu dari dahinya dan setelah itu dia melulu masuk ke biliknya danㅡ
BAM!
Bunyi pintu dihempas dengan kuat.
"Orang risaukan dia, dia pula marah herh!" Yeonjun merengus geram sambil menapak masuk ke bilik untuk bersiap dan kebetulan telefon pintarnya yang berada di bawah bantal berbunyi.
Terus dia mencapai telefonnya itu. Skrin yang memaparkan nombor telefon yang tidak dikenalinya sedang meminta untuk diangkat.
"Hellㅡ"
"Hyung! Hyung dekat mana hah?! Bila kelas nak mula ni! Semua dah tunggu tau!!!"
Secara refleksnya dia menjauhkan telefon pintarnya itu dari telinganya. Berdesing telinganya mendengar suara jeritan dari panggilan itu. Yang dia hairan suara yang keluar dari nombor tersebut adalah Beomgyu. Setahu dia, dia ada menyimpan nombor budak itu.
"Telefon siapa kau rembat?"
"Oh telefon Taehyun. Telefon gyu tertinggal tadi hehehe." Oh..patutlah nombor Taehyun rupanya. Dia memang tak simpan nombor pelajarnya pun kecuali Beomgyu. Dia simpan pun sebab si Beomgyu itu paksa. Malas nak mendengar budak lelaki itu memekak jadi dia turuti sajalah.
"Bagitahu classmate kau yang kelas pagi ni dianjakan ke waktu petang. Nanti aku suruh Miss Bae ganti waktu pagi ni. Aku ada hal..k bye!" Sebelum anak didiknya itu memaki hamun dirinya lantas dia menamatkan panggilan tersebut. Kelas Miss Bae adalah kelas paling tidak disukai Beomgyu. Sebab dia tak suka Miss Bae, katanya perangai macam ulat bulu. Ulat bulu dengan Yeonjun ja dengan lelaki lain bukan main jual mahal lagi. Beomgyu tak suka Miss Bae rapat-rapat dengan pensyarah kesayangan merangkap hyung kesayangannya itu.
Kalau Yeonjun tiba-tiba bercinta dengan Miss Bae, dia sanggup buat apa saja untuk pisahkan mereka berdua.
Setelah Yeonjun mematikan panggilan tadi, dia mengorak keluar dari biliknya dan menuju ke bilik Danee di mana berada di sebelah biliknya saja. Tanpa minta izin, dia terus masuk membuatkan Danee yang sedang termenung tadi pun terperanjat dan semakin membutang biji mata gadis itu bila Yeonjun masih tidak berbaju.
"Kau ni pekak kah apㅡWOIH PABO KAU BUAT APA BARING ATAS KATIL AKU!"
Kalau tiap-tiap hari dia menghadap perangai gila yang luar jangkaan lelaki ini jangan hairan kalau dapat berita kematian dia kerana mati terkejut.
Yeonjun menyengetkan badanya dan tangan kanannya pula memegang kepalanya sebagai pemaut untuk dirinya berbaring secara menyenget.
"Aku nak tahu kau mimpi apa sampai kau menjerit terlolong panggil nama aku sambil nangis-nangis macam budak kecik malam semalam."
Perkara inilah yang Danee cuba elakkan dari tadi.
"Malas aku nak cerita."
"Kena cerita juga!"
"Tak nak! Kau kata dah lambat. Ni kenapa tak siap lagi?!"
"Aku tukar waktu kelas."
"Kau ni memang dari dulu suka sangat menyiksa student ja kan.. kau suka hati mak nenek kau ja tukar jadual!"
Bukan Beomgyu dan classmate nya saja yang merana dengan sikap pensyarah mereka yang satu ini, Danee pun pernah merasai sikap Yeonjun yang suka sangat mengantikan waktu kelas atau pun tiba-tiba membatalkan kelas di saat-saat akhir. Memang sehari-hari itulah Danee akan memaki hamun lelaki itu. Mana tidaknya, dia penat-penat datang ke kolej, Yeonjun boleh pula batalkan kelas. Mahu saja dia ikat Yeonjun dekat tiang gol bola!
"Aku tukar bersebab. Bukan suka-suka."
"Apa sebabnya!"
"Sebab aku nak tengok muka marah kau," jawab Yeonjun yang diiringi dengan tawanya. Jawapan lelaki itu membuatkan kemarahan Danee meluap-luap. Apa yang menariknya dengan muka marah Danee? Bagi Yeonjun muka marah Danee buat dia bersemangat dan gembira untuk mengenakan gadis itu untuk di hari-hari yang seterusnya.
"Kepala tengkorak kau. Kau keluar sekarang!" Danee menolak-nolak lelaki itu supaya keluar dan seperti biasa Yeonjun tidak akan mendengarkan kata-kata gadis itu malah dia menarik selimut tebal milik Danee, menyelimuti tubuhnya. selagi Danee tidak menceritakan tentang mimpi itu selagi itu dia tidak mahu berganjak seinci pun. Danee yang terpekik-pekik menyuruhnya bangun tidak dia pedulikan dan hanya menutup matanya untuk menyambung tidurnya.
"CHOI YEONJUN!!"
Di situasi di Kankuuk University. Beomgyu mengetap gigi sambil memandang tajam ke arah Miss Bae yang sedang mengajar itu. Segala ilmu yang sedang diajarnya itu langsung tidak masuk ke dalam otaknya dan otaknya ketika ini sedang menyumpah seranah Yeonjun. Taehyun yang berada disampingnya memandangnya dengan gelengan kepala.
"Dah lah tu Gyu..benda dah jadi kita tak leh nak halang," katanya dengan muka yang datar.
"Gaesaeki, ssibal, pabo Choi Yeonjun!!"
"Beomgyu! Apa cakap macam tu dekat Dr Choi!"
⤜⸙͎۪۫ tbc ⸙͎۪۫⤛
YOU ARE READING
[SU] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏
Fanfiction" 𝘠𝘢𝘩 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘬𝘪𝘴𝘴 𝘢𝘬𝘶 ! 𝘚𝘪𝘢-𝘴𝘪𝘢 𝘫𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘴𝘶𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘬𝘶. 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨-𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘤𝘶𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘬𝘰𝘳𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘪 !!! " " 𝘊𝘏𝘖𝘐 𝘠𝘌𝘖𝘕𝘑𝘜𝘕 𝘈𝘒𝘜 𝘉...