MY BEAUTIFUL SCARLETT

114 14 6
                                    

MY BEAUTIFUL SCARLETT

This book inspired by

Dandelions by Ruth B.

---

"Salah lah Jeongin..." Buku matematik milik Jeongin ditarik oleh Scarlett. "Macam ni..."

"Dari tadilah pula salah... Bila nak betulnya? Aduhai.." Kesal Jeongin menjawab.

Sudah tiga kali dia cuba menjawab soalan matematik yang Scarlett berikan, nakun tak sekalipun ada yang betul. Lelaki itu sudah naik bosan dengan mata pelajaran bernombor ini.

"Awak tak tengok saya buat, memanglah salah.." Jawab Scarlett santai. Cermin mata yang hampir jatuh ke hidung lekas dibetulkan.

"Aku pula yang salah?"

"Jeongin.... Awak dari tadi salah..." Kesal dengan kata-kata, Scarlett. Jeongin bangun dan meninggalkan gadis itu seorang diri diruang tamu. "Eh? Awak nak ke mana?"

"Tidur..." Jeongin naik ke biliknya. Scarlett terpinga-pinga hingga otaknya tidak dapat memproses baik dengan apa yang sedang terjadi.

"Habis tu.... Siapa nak buat kerja sekolah ni..?" Nafas berat dihela. Nampaknya Scarlett lah yang terpaksa menyiapkan kerja sekolah lelaki itu.

Hari beransur petang. Cuaca mendung dan angin bertiup kencang. Scarlett kini sedang sibuk menyuci pinggan sementara menunggu daging yang dia renehkan empuk. Sedang dia leka menyuci pinggan mangkuk yang ada, bahunya disentuh.

"Kau masak apa?"

"Oh? Kari daging.. Kenapa?"

"Bau sedap.." Jeongin duduk lekas dimeja makan. Nasi yang sudah ada diatas meja, disenduk ke dalam mangkuk.

"Ibu demam hari ni.. Jadi kalau saya masak tak sesedap ibu, jangan complain.." Tutur Scarlett sambil mencedok lauk ke dalam mangkuk.

"Imo Shin demam? Tak pergi klinik ke?" Tanya Jeongin hairan. Scarlett menggeleng.

"Ibu takut kena suntik.. Macam-macam ibu tu.." Scarlett terkekeh.

"Kalau Imo Shin tak nak pergi klinik.. Kita buat klinik yang datang jumpa Imo Shin." Scarlett dibuat terbahak mendengar kata-kata Jeongin.

"Merepek... Dah makan lah tu. Hati-hati panas.."

Sedang Jeongin menikmati makanannya, tiba-tiba hujan turun membasahi bumi. Hujan lebat serta guruh berdentum dentam membuat Scarlett takut ingin duduk di dapur. Kerana dapur rumah ini berada di luar. Jadi bila hujan, ada kemungkinan untuk terkena sambaran petir dan kilat.

"Kau tak makan?" Tanya Jeongin ketika melihat Scarlett lalu dihadapannya.

"Awak makan je dulu. Saya nak pergi kemas tingkat atas. Kejap lagi madam balik ni..." Jawab Scarlett lalu bergegas naik ke atas.

Selepas Jeongin selesai makan, dia lekas kemaskan semua kekotoran yang ada dimeja. Kain diambil untuk mengelap meja. Walaupun dia tahu ini sepatutnya dikerjakan oleh, Scarlett. Tapi dia sendiri tak sanggup tengok gadis itu kepenatan buat semua kerja dirumah ini.

Kalau rumah ni kecil, tak apa juga. Kalau rumah pun sampai tiga tingkat. Siapa je tak penat?

"Scarlett.. Aku dah kemas meja makan. Dah basuh pinggan juga. Kau jangan lupa makan.." Scarlett tersenyum tipis.

MY BEAUTIFUL SCARLETTWhere stories live. Discover now