AKHIRNYA, tiba masa mereka kembali ke kampus. Mereka kini akan berhadapan dengan ujian-ujian penting untuk menamatkan diploma. Malam tahun baru itu, orang ramai berpusu-pusu ke dataran untuk menonton bunga api bersama. Manakala Aryna mengajak rakan-rakannya menghabiskan waktu bersama di pantai.
"Betul ke kau nak ikut ini? Kau kan takut dengan pantai." Rinne mula memasukkan alatan untuk memanggang ke dalam sebuah beg besar.
Adel bergumam lalu mengangguk.
"Aku nak ikut." Adel menarik-narik lengan baju Rinne ingin memujuknya untuk membawa dia pergi sekali.
Rinne tersenyum. Tak mampu dia melarang Adel yang sudah membuat muka comel itu.
"Oh! Tadi aku dengar Aryna kata dia ada jemput Nadeem dengan kawan-kawan dia juga. Tapi tak tahulah dia pergi ke tak." Beg tersebut kemudian dipindahkan masuk ke dalam kereta.
Adel pula membuntuti Rinne pergi ke kereta. Mulutnya senget.
"Alah dia itu mana nak ikut, aku jamin dia tak akan muncul petang ini." Dengan yakin Adel menjawab sambil dia angkat kedua keningnya.
Rinne mengecilkan matanya.
"Baik, kita bertanding! Aku jamin Nadeem akan muncul petang ini dengan kawan-kawan dia." Rinne menyilangkan tangan sambil mendonggakkan wajahnya.
"Deal! Kalau dia tak muncul, kau kena belanja aku makan tapi kalau dia muncul hm..."
"Kalau dia muncul aku luahkan perasaan dekat dia lepas majlis konvokesyen nanti," sambung Adel lagi.
Sebenarnya dia tahu bahawa Nadeem itu seseorang yang sukar untuk dijumpa kecuali di kampus. Selama ini, dia jumpa dengan Nadeem pun kerana hal kerja di restoran uminya.
"Kau yang cakap macam itu eh, kalau terjadi betul-betul kau kena lunaskan!" Rinne sudah tersenyum. Dia pasti bahawa Nadeem akan muncul petang ini.
PEMANDANGAN matahari terbenam itu dinikmati oleh Adel di dalam kereta sementara yang lain masih sibuk mendirikan unggun api dan mengeluarkan alat untuk memanggang BBQ. Bayang-bayang Nadeem masih tidak terlihat, Adel goyang kaki dengan senyuman kemenangan. Akhirnya dia terlelap selepas mengenakan headphone.
"Kenapa Adel tak keluar?" tanya Aryna sambil membongkokkan diri mengambil alat pemanggang.
"Kau tak tahu ke, dia kan tak suka bunyi ombak," jawab Rinne.
Aryna menepuk dahinya. Boleh pula dia terlupa tentang itu. Maklumlah, dia dan Adel jarang bertemu walaupun berada di kampus yang sama namun fakulti mereka jauh.
"Macam mana dia nak makan nanti?"
"Dia ada bawa headphone jadi dia tak takut la nanti kalau nak turun ke sini," balas Rinne sambil mengeluarkan beberapa botol air daripada sebuah beg.
Aryna mengangguk faham.
Sebuah kereta bertapak di parkir kereta yang disediakan di pantai itu. Beberapa orang turun daripada kereta yang muat dinaiki enam orang itu.
"Cantiknya sunset!" jerit Fir manakala tangannya menepuk bahu Nadeem.
"Kau ini." Nadeem geram menahan sakit.
Hans dan Nady sudah berjalan menuruni tangga untuk ke pantai. Nadeem bersama dua orang rakannya iaitu Fir dan Wan pun berjalan mengikuti mereka sambil membawa makanan mentah untuk dimasak.
"EH NADEEM!" Senyuman melingkari bibir Rinne. Matanya membulat sebaik sahaja melihat Nadeem yang benar-benar muncul.
Nadeem terkejut. Gadis itu lebih teruja daripada Si Adellea Arelyne ketika melihatnya. Wan menyenggol lengan Nadeem kemudian berbisik,
YOU ARE READING
Akhir Tak Pasti
Roman d'amour[SELESAI] Sebuah memori silam telah menjadi titik perubahan, Nur Adellea Arelyne. Siapa sangka bahawa gadis yang sedang taat dengan Allah dan mematuhi pakaian syariah itu lahir di dalam sebuah keluarga yang hanya meletakkan agama di atas kertas? Di...