MALAM itu, Adel tinggal berdua dengan ibunya sedangkan Mika pula sibuk mengambil stok baju di kilang. Bubur yang dihidangkan bersama telur masin dan sayur kangkung itu dibawa masuk ke dalam bilik Puan Merlyna.
Adel menyuapkan bubur itu ke dalam mulut Puan Merlyna. Tanpa dia sedari, seseorang sudah menyelinap masuk ke dalam rumah tersebut. Adel mengambil gelas air teh panas itu lalu ditiup beberapa saat dan menghalakan gelas itu ke arah Puan Merlyna agar dia dapat minum. Sebaik sahaja Puan Merlyna selesai minum, belum sempat gelas itu diletakkan. Tangan Adel ditarik hingga air panas itu jatuh ke lengannya. Adel pun merintih sakit.
"Apa ini, Mak Su! Lepaslah, Adel sakit!" Adel berteriak sebaik sahaja dia lihat Mak Su Misha yang tiba-tiba muncul dan menarik dia dengan kasar.
Lalu Puan Merlyna pun panik dan cuba menghalang Misha daripada menarik Adel namun tangannya ditepis kuat.
"Kau nak buat apa dengan anak aku!" jerit Puan Merlyna.
Misha tertawa sinis sambil dia campakkan tubuh Adel pada lelaki yang bertubuh sasa di belakangnya itu lalu mulut Adel ditutup rapat dan lelaki itu terus mengheret Adel masuk ke dalam kereta.
"Kau diam! Aku nak jual anak kau, kau pergi matilah merempat tepi jalan." Misha terus menolak Puan Merlyna hingga jatuh terjatuh.
Kenderaan empat roda itu kemudian memecut laju pergi meninggalkan perkarangan rumah tersebut. Rintihan Puan Merlyna didengari oleh Syed yang berada di sebelah rumah. Syed terus berlari masuk ke dalam rumah yang tidak berkunci itu lalu dia lihat Puan Merlyna terlantar di atas lantai sambil menangis. Dia pun mengangkat Puan Merlyna dan meletakkannya di atas katil.
"Mak cik kenapa nangis-nangis ini?" tanya Syed.
"Adel...Adel kena culik. Tolong mak cik cari Adel," rayu Puan Merlyna lalu Syed pun mendail nombor Mika.
Nasib mereka sudah bertukar nombor tempoh hari. Syed menyuruh Mika untuk segera kembali ke rumah untuk temani Puan Merlyna yang sendirian di rumah. Syed kemudian bergegas menghidupkan enjin keretanya. Kali ini, dia tidak akan mengulangi kesalahan yang sama iaitu membiarkan Adel dalam bahaya.
"Adel!" panggil Rinne.
Terkejut dia mendengar rintihan Adel. Sebenarnya mereka melakukan panggilan telefon semasa Adel menyuap ibunya makan. Nasib Adel sempat menyeluk telefonnya ke dalam saku seluar.
Dengan diam-diam dia melihat telefon itu lalu dia terus menyuruh Rinne periksa lokasinya dan minta bantuan. Nasib baik mereka berkongsi lokasi melalui sebuah aplikasi yang boleh melihat rakan-rakan mereka berada di mana atau jika kemalangan berlaku, mereka juga dapat memperoleh info selagi telefon itu berada di tangan mereka.
Rinne yang panik terus membuka aplikasi tersebut dan mengongsikan lokasi tersebut kepada Nadeem. Rinne tidak dapat membantu Adel soalnya dia berada di negeri lain setelah habis majlis konvokesyen kerana ada urusan bisnes yang ingin diselesaikan.
Nadeem yang menerima pesanan itu terus bergegas mengambil kunci kereta namun hujan lebat turun pada malam itu. Puan Khadijah pun terkejut melihat anaknya yang bergegas itu.
"Nadeem nak pergi mana? Hujan ini janganlah bawa kereta." Puan Khadijah melarang Nadeem daripada keluar.
Sebenarnya lelaki itu mempunyai sebuah trauma juga iaitu trauma terhadap hujan ketika malam hari. Nadeem pernah terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama rakannya yang sudah meninggal itu iaitu Qayyum. Kejadian itu menghantui Nadeem dan dia tidak boleh memandu pada waktu malam yang cuacanya hujan kerana dia pasti akan terfikir tentang kejadian tersebut.
Namun pada malam itu, Nadeem memberanikan diri. Dia melawan traumanya kerana seseorang dalam bahaya.
TIBA di sebuah gudang kosong. Belakang leher Adel ditekuk hingga dia pengsan. Tubuhnya diheret masuk ke dalam gudang tersebut. Sebuah kereta Mercedes memandu masuk ke dalam gudang tersebut.
Sebuah kotak yang berisi wang ringgit dihulurkan. Duit yang beranggaran 100,000 ringgit itu diberi tunai. Lelaki tersebut membawa Adel masuk ke dalam keretanya.
"Ingat, kalau siapa-siapa tanya kau diamkan diri. Aku nak pergi dari sini," pesan lelaki tersebut lalu dia terus masuk ke dalam kereta dan cermin hadapan untuk melihat sisi belakang kereta dibetulkan.
Kulit putih serta badan yang sedikit berketak-ketak itu ialah Tengku Syed Hanif. Tidak disangkakan bukan?
"Sayang, kita akan hidup bahagia dekat sana nanti tanpa siapa-siapa tahu kewujudan kita," ucap Syed sambil menoleh ke belakang.
Wajah Adel itu diusap olehnya. Rupanya sudah lama dia merancang plan tersebut. Dia juga sudah membeli sebuah rumah di dalam kawasan hutan yang jauh dari bandar. Sangat mustahil untuk Adel lari daripadanya kerana ia mengambil masa yang sangat lama untuk keluar dari hutan tersebut.
"Rest well and let's have a new life with me, my love."
Bunyi siren polis menghampiri. Lampu biru nyala itu menyakitkan kedua mata lelaki itu akibat silau yang melampau. Kereta milik Syed diserbu lalu lelaki itu digari dengan pantas walaupun dirinya melawan dengan keras.
Pintu kereta bahagian belakang dibuka lalu terpaparlah tubuh Adel yang terbaring lemah di kerusi belakang dengan tangan dan kaki yang diikat menggunakan tali. Gadis itu masih tidak sedar. Nadeem melihat gadis itu dengan hati yang cemas.
Nasib tiada apa-apa yang terjadi. Kalau mereka lambat sedikit sahaja, tidak tahulah ke mana gadis itu dibawa pergi. Nadeem menghembus nafas lega.
Misha dan lelaki sasa itu juga ditangkap oleh polis. Rupanya Misha merupakan penjenayah yang dicari polis selama ini. Dia banyak menganiaya gadis-gadis muda yang kesempitan wang. Dia menjual gadis-gadis tersebut kepada lelaki-lelaki kaya.
Kini dia sanggup menjual darah dagingnya sendiri demi wang. Sungguh manusia yang tidak berperikemanusiaan!
"Hei lepaskanlah!" laung Misha.
Tubuh Adel diangkat oleh polis wanita. Nadeem terus-menerus memerhatikan gadis itu.
"You're saved now, Adel." tutur Nadeem dengan mata yang bergenang.
SATU panggilan masuk diterima oleh Nadeem sebaik sahaja dia tiba di hospital. Panggilan daripada Puan Khadijah dijawab.
"Ya Allah, Nadeem! Umi risau tahu tak daripada tadi umi telefon kamu tak angkat." Puan Khadijah yang risau itu meluakkan rasa marahnya. Habis lega dia selepas mendengar suara anaknya itu.
"Nadeem dekat mana itu, bising sangatlah," sambungnya lagi.
"Dekat hospital, umi," jawab Nadeem.
Terperanjat Puan Khadijah mendengar ucapan tersebut. Perasaan lega baru sahaja dilepaskan sudah panik balik.
"Nadeem cedera ke? Nadeem kenapa?" tanya dia risau akan keadaan anaknya.
"Sebenarnya Nadeem dapat panggilan yang Adel kena culik. Mak cik dia jual dia, umi," cerita Nadeem
"Astaghfirullahalazim. Habis itu dapat jumpa tak?"
"Ya, dia pengsan. Lagi mengejutkan yang beli dia rupanya Syed." Nadeem melepaskan keluhan.
Semakin terperanjat Puan Khadijah dibuatnya.
"Kesiannya kalau bonda dia dapat tahu nanti, habis calar nama keluarga mereka." Puan Khadijah menggeleng kepala.
Nadeem diam sejenak.
"Umi," panggilnya.
"Nadeem setuju nak bertunang dengan Adel." Secara tiba-tiba dia mengucapkan itu.
Puan Khadijah menekup mulutnya selepas mendengar ucapan tersebut. Dia berteriak gembira lalu memanggil suaminya.
"Abang! Nadeem nak tunang, ya Allah," teriaknya dengan kegembiraan sambil memeluk suaminya.
"Nadeem betul ini nak tunang?" tanya Puan Khadijah sekali lagi.
Nadeem mengangguk.
"Ya, Nadeem dah fikir masak-masak. Mungkin ada sebab Allah dekatkan kami berdua. Daripada terus berkenalan dengan cara yang tidak betul, lebih baik kami bertaaruf. Sesi perkenalan yang dipersetujui oleh kedua pihak keluarga, tenang sikit hati ini." Mendengar ujaran daripada Nadeem itu semakin berbunga-bunga hati Puan Khadijah.
Akhirnya, anak itu sedar bahawa cinta itu sudah tumbuh di hatinya.
"Nadeem bersedia untuk menjadi tunang kepada Nur Adellea Arelyne."
YOU ARE READING
Akhir Tak Pasti
Romance[SELESAI] Sebuah memori silam telah menjadi titik perubahan, Nur Adellea Arelyne. Siapa sangka bahawa gadis yang sedang taat dengan Allah dan mematuhi pakaian syariah itu lahir di dalam sebuah keluarga yang hanya meletakkan agama di atas kertas? Di...