"daddy nak kahwin"
"Huwaa~ betulke daddy"
"Abang, abang! Daddy nak kahwin~ aaa tak shabarnya"
"Mengadakan kau ni!"
10 tahun mendambakan kasih sayang seorang ibu, dia terlalu teruja mendengar berita gembira tersebut.
Si ibu mempunyai seorang anak le...
KAZUMI Ahmer melepas keluh lelah selepas menghempas badannya pada sofa. Ken Ahmer geleng kepala melihat perangai sang adik.
"Baby, yang kau letih semacam dah kenapa? Bukan kau pun yang bawa kereta" luah ken ahmer tidak puas hati. Bagasi Kazumi Ahmer diletakkan tepi sofa sebelum dia juga turut melabuhkan punggung disofa itu.
"Orang letih la bang. Jetlag la apa lagi" balas Kazumi Ahmer juga turut tidak mahu kalah.
Ken Ahmer mencebik bibir sebelum badan disandar penuh pada sofa. "ye ye je"
Kazumi Ahmer buang keluh selepas dia menukar posisi duduknya kepada berbaring. Kepala dia hala pada Ken Ahmer. "yang abang tak puas hati sangat kenapa? Rasanya zumi tak de buat apa apa yang sakitkan hati abang pun"
"Ada tad-" terhenti kata kata Ken Ahmer tatkala suara Tan Sri Idhlan mula menyapa mereka.
"Apa bising bising ni ken, baby?" lelaki paruh baya itu berjalan perlahan menuruni anak tangga. Laju Kazumi Ahmer bangun dari pembaringan, menuju kearah Tan Sri Idhan bersama mimik muka sedih. Tangan didepa besar.
"daddy~ tengok abang tu, dia buli baby. Baby takde buat apa apa pun tiba tiba je dia membebel. Dah macam opah opah dah" adu Kazumi Ahmer manja. Tan Sri Idhlan menggeleng perlahan. Belakang badan Kazumi Ahmer diusap lembut. Manakala Ken Ahmer sudah membulatkan mata.
"Apa? Opah op-" sekali lagi kata katanya terpotong dengan teguran Tan Sri Idhlan.
"Ken- sudah la tu mengusik baby. Dia kan baru sampai"
"Kan papa kan. Kesian baby baru je sampai dah kena bebel dengan opah jadian pastu tadi kena sidai" Kazumi Ahmer menyambung lagi aduannya kepada Tan Sri Idhlan apabila sang bapa memihak kepadanya. Ken Ahmer menjeling tajam adiknya yang berada dalam pelukan Tan Sri Idhlan. Kazumi Ahmer menjelir lidah sebagai balasan jelingan Ken Ahmer tadi.
Tan Sri Idhlan hanya mampu menggeleng. Perangai masing-masing taknak mengalah. Keras kepala!!
"Baby pun sama, tak baik cakap abang macam tu. Mana tahu tadi abang betul betul ada hal, baby pun kena la faham abang, faham?" serta merta wajahnya mengerut tidak suka. Bibir dikemam bersama kepala diangguk perlahan. Akur!
"macam ni la anak anak daddy. Lepasni, daddy taknak dengar dah gaduh gaduh ni. Boleh?"
Kedua anaknya menggangguk. Tan Sri Idhlan senyum nipis melihat kedua anaknya bertingkah begini.
Seimbas. Dia teringat akan arwah isterinya dahulu menggunakan kata kata yang baru diungkapnya tadi kepada kedua anaknya, Ketika itu, kedua mereka bertengkar mulut.
"Dah, mummy taknak dengar dah anak anak mummy gaduh. Faham?" kedua mereka menggangguk akur.
"mummy nak awak berdua salam, say sorry and hug, now" arahan lembut dari Datin Lily membuatkan kedua mereka akur.
"baby nak sorry dengan abang" Kazumi Ahmer hulur tangan kepada Ken Ahmer namun Ken Ahmer bertindak menarik adiknya kedalam pelukan.
"abang pun nak say sorry dekat baby" Datin Lily tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya. Akhirnya, dia juga turut memeluk kedua anaknya.
"sayang anak anak mummy"
Tan Sri Idhlan yang mahu melangkah kea rah isterinya itu berhenti dan mengambil keputusan untuk berada di sebalik ruangan tersebut untuk mendengar bicara keluarga kecilnya. Apabila melihat Datin Lily Bersama anaknya berpelukan, Tan Sri Idhlan tersenyum manis. Ucapan syukur dipanjatkan kerana dikurniakan isteri seperti Datin Lily.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"BU, Yusuf minta izin nak pergi melaka inshaallah kalau takde apa apa 2 ke 3 hari je. Tadi dapat call dari azhar, katanya company kat sana ada problem dan yusuf yang kena handle" tutur yusuf lembut dan jelas. Puan Ayuna senyum sambil angguk perlahan.
"Pergilah, siapkan apa yang patut dulu. Jangan risaukan ibu, pandailah ibu jaga diri. Sampai sana jangan lupa call ibu" lengan Yusuf diusap lembut. Tahu anak terunanya risau. Memandangkan majlis perkahwinannya sudah dekat.
"Betul ni ibu takpe? Yusuf risaulah" peha Yusuf pula menjadi angsa tepukan lembut Puan Ayuna.
"Iya~ ibu okay. Takpun nanti boleh ibu ajak kekasih kamu tu datang sini teman ibu" Puan Ayuna mengangkat kening berkali kali. Yusuf kerut dahi tidak faham.
"Kekasih? siapa pula ni ibu" penasaran. Puan Ayuna sengih tak bersalah sebelum menyebut laju nama sang gadis.
"Kazumi!!"
Uhuk! Uhuk! Yusuf rasa mahu tercekik saat nama itu meniti di bibir ibunya. Muka terasa panas sebelum dia berura mahu bangun. Namun belum sempat bangun, Puan Ayuna menahan lengannya.
"Ha! Nak pergi mana? duduk, ibu tak habis cakap lagi. Asyik nak mengelat je kerjanya" tegur Puan Ayuna lembut.
"Bu, mana ada Yusuf mengelat, dan- dia bukan kekasih Yusuf la" terangnya lembut. Pasrah.
"hm yelah yelah. Ibu gurau je" akhirnya Puan Ayuna akur. Tahu sangat perangai seketul Yusuf.
"Takpelah bu, Yusuf naik atas dulu, nak kemas baju" Puan Ayuna buat tanda 'ok' dengan tangannya.
YUSUF Al Amin buang nafas lega apabila kereta yang dibawanya sudah keluar dari perkarangan rumah Puan Ayuna. Mana tidaknya, baru sahaja keretanya keluar, kelibat Kazumi Ahmer yang baru turun dari Grab menyapa pemandangannya.
"Ibu ni~ nasib baik dia tak panggil budak tu datang semalam. Kalau tak memang haru biru jadinya". Sesaat Yusuf menggeleng kepala apabila pertemuan yang tak terduga di lapangan beberapa lepas berlayar kembali di kotak fikirannya.
"Assalamualaikum ibu!" Kazumi Ahmer senyum teruja apabila suara wanita yang dianggap sebagai ibu itu menjawab salamnya dari dalam. Apabila pintu utama terbuka luas, Kazumi Ahmer menjerit suka.
"Ibu!! Rindunya baby dekat ibu" tubuh Puan Ayuna dipeluk kemas. Terlepas ketawa Puan Ayuna ketika mendapat pelukan Kazumi Ahmer.
"Ye~Ibu pun rindu awak" belakang badan Kazumi Ahmer ditepuk lembut sebelum kedua pipi bulat itu ditekup dan dicium berkali kali. Kazumi Ahmer ketawa lepas. Bahagia.
"Meh baby besar ibu masuk dalam. Baby dah breakfast ke ni? kalau belum jom kita makan sekali" Kazumi Ahmer tayang sengih bersama kepala menggeleng laju. Puan Ayuna senyum nipis. Rambut panjang sang gadis dibelai manja.
"Belum~Zumi tak sempat breakfast tadi sebab rindu sangat dah dekat ibu sayang ni"
"Ala kesiannya dia~ meh kita makan banyak banyak ya" laju Kazumi Ahmer menggangguk.
"Tadi Zumi sempat tak jumpa anak ibu?" Kazumi Ahmer kerut dahi. Kepala digeleng lambat lambat. Setahunya masa dia sampai tadi, dia tak de nampak siapa siapa. Ke-dia yang tak perasan?
"gwanya de" jawab Kazumi Ahmer selamba dengan makanan penuh dalam mulutnya.
"Ya Allah baby, habiskan dulu makan dalam mulut tu baru bercakap"
"uhuk uhuk"
"Minum air ni dulu" air dihulur kepada Kazumi Ahmer. Belakang badan gadis itu digosong lembut.