BAB 11

239 20 3
                                    

Setelah selesai aku mandi, aku mengibas-ngibas rambut agar cepat kering. Banyak lagi agenda yang perlu aku lakukan hari ini.

Sejujurnya aku rasa amat seram berada di rumah usang ini. Rumah ini setingkat dan mempunyai 3 bilik. 1 bilik utama dan 2 bilik bersaiz sederhana. Tandas hanya terdapat satu dan terletak di hujung rumah.

Aku kumpulkan baju-baju kotor dan merendamkannya di dalam baldi kecil yang terdapat di dalam tandas. Aku jemur sebentar di atas lantai. Selesai itu, aku menyiapkan diri untuk keluar mencari makanan.

12.38 pm, perut aku sudah berkeroncong akibat menahan lapar. Dari tadi aku berjalan-jalan di pesisir jalan tapi tidak menjumpai sebarang makanan yang mampu mengenyangkan aku. RM 200 berada di dalam dompet aku. Rasanya cukup untuk aku hidup sendiri selama sebulan. Walaupun di dalam dompet aku ini mempunyai kad kredit kepunyaan abah, aku tidak boleh menggunakannya kerana pasti pihak polis boleh menjejaki aku daripada transaksi yang aku lakukan.

RM 20 aku gunakan untuk membeli nombor baharu dan topup sebanyak 10 ringgit. Akhirnya perut aku telah mendetect makanan yang lazat. Iaitu NASI ARAB! Lagi kuat rupanya lagu keroncong yang bermain di perutku sebaik sahaja aku tiba di Restoran Arab.

20 ringgit aku gunakan untuk makan di Restoran Arab itu. Aku makan seperti seminggu tidak makan. Begitu pelahap. Aku minum air putih sahaja memandangkan air di Restoran ini agak mahal. Aku menghabiskan tegukan yang terakhir apabila tiba-tiba tv yang berada di Restoran itu menyiarkan gambar aku dengan kenyataan 'GADIS HILANG MELARIKAN DIRI DARI SIASATAN POLIS. SIAPA YANG ADA TERLIHAT GADIS INI BOLEH BERHUBUNG TERUS KE IBU PEJABAT POLIS ATAU KE 999. '

Hampir tersedak aku dibuatnya. Melihat kenyataan itu aku tahu aku sedang diburu. Tempat yang aku tinggal sekarang ini tidak lagi selamat untuk aku tinggal.

Nasib baik aku sudah membayar dahulu sebelum makan. Aku keluar dari Restoran itu dengan menundukkan kepala seolah-olah sedang batuk.

Kini marathon sekali lagi akan dimulakan! Aku berlari pantas menuju ke rumah usang itu dan mengemaskan segala-galanya. Barang aku tidak banyak oleh itu 3 minit sahaja diperlukan untuk aku bersiap.

3.30 pm. Hari masih cerah. Bahaya untuk aku keluar kerana mudah sahaja orang sekeliling dapat mengecam aku. Aku mengambil kain kecil dari beg 'penyiasat' aku dan menutup bahagian mulut dan hidung aku seperti memakai mask. Hanya menampakkan mata aku sahaja. Sunglasses kepunyaan ibu aku pakai. Ok done.

Aku mengaktifkan iphone aku dan telah menukarkan nombor lama ke nombor baharu. Aku melanggan internet untuk sehari dan membuka waze untuk aku meneruskan perjalanan.

Aku meneruskan perjalanan untuk menuju ke Melaka dahulu. Negeri yang terdekat.

10.40 pm. Aku tiba di Melaka dengan selamatnya. Sekarang, aku perlu berfikir untuk mencari tempat tinggal. Bahaya untuk aku tinggal di hotel-hotel atau homestay di sini kerana pastinya mereka boleh melaporkan aku kepada pihak polis.

10.45 pm. Aku membeli Nasi Ayam di gerai simpang jalan. Aku duduk dan sambil aku makan, aku seperti terlihat bayangan Rahimi. Ahh.. tak mungkin lah.

11.00 pm. Aku berjalan lagi. Kini waze yang aku gunakan tidak lagi berguna kerana tak mungkin waze ini akan menunjukkan tempat tinggal aku.

Aku berjalan tiada arah. Kejap ke kanan. Kejap ke kiri. Kadang aku hanya berjalan terus. Berjalan-jalan seorang diri di kawasan perumahan ini sememangnya membuatkan aku rasa takut.

Aku merasakan seperti ada yang mengekori aku dari belakang. Ibu pernah berpesan kalau rasa macam ada orang ikut, jalan bersimpang-simpang dan cepatkan langkah. Tapi rasanya orang ini pantas mengekori aku kerana walau aku sudah berjalan bersimpang-simpang, dia masih dapat menjejaki aku.

Aku toleh ke belakang. Yes.! Memang ada yang mengekori aku. Serta merta aku melarikan diri dan berlari selaju yang boleh. Aku toleh ke belakang sekali lagi, Alhamdulillah, tiada sesiapa.

Aku terduduk akibat kepenatan yang melampau. Air mineral yang sempat aku beli tadi aku habiskan. Hausnya. Aku haus lagi.

"Hei" seseorang menyapa aku.

Aku cuba menoleh ke belakang dan aku terlihat RAHIMI.

HINGGA KE AKHIRNYAWhere stories live. Discover now