[HAPPY READING]
Lama dia menatap langit malam sambil telinganya mendengar bunyi hempasan ombak pantai.Hatinya yang tadi gundah-gulana menjadi lebih tenang tatkala berada dekat dengan alam seperti sekarang.
Hari ini merupakan hari terakhir dia berada di resort mendiang ibunya.Semua kerja telah mereka berempat selesaikan.Oaey dan Noey terpaksa gerak lebih awal disebabkan mereka berdua mempunyai kerja yang perlu diselesaikan.Kini yang tinggal hanyalah dia,Nam serta pekerja yang menjaga resort ini.
Sudah sehari dia menyendiri begini dan mujurlah Nam memahami keadaannya.
Nam memberi dirinya ruang dan waktu untuk bersendirian walaupun sesekali wanita itu datang kepadanya untuk memberikan makanan ataupun minuman kepadanya.
Mesej yang masuk pun tidak dihiraukannya.
Dia perlu menenangkan fikirannya yang sudah berkecamuk.Panggilan telefon daripada ayahnya juga turut tidak dijawabnya.Dia tahu jika dia jawab,perang mulut pasti akan berlaku.Lebih baik dia menenangkan diri dahulu sebelum berjumpa dengan ayahnya.Perlahan nafasnya di hembus sambil memejamkan matanya cuba menghayati ketenangan yang dia rasakan ini.Berada di sini membuatkan dia berasa dekat sangat dengan mendiang Yuki dan ibunya.Banyak kenangan mereka sekeluarga di sini.
Di pantai ini mereka tiga beradik selalu berlari bekejaran.Di pantai ini juga Oaey selalu menjadi mangsa usikan Yuki dan dia sehinggakan adiknya itu menangis kerana di usik oleh kakak-kakaknya.Dia tersenyum tatkala kenangan manis itu bertandang ke fikirannya.
"Freen"suara panggilan daripada Nam menghentikan lamunannya.Perlahan Freen mengalihkan pandangannya menatap wajah rakan baiknya itu.
"Boleh aku duduk ngan kau?"lembut suara Nam bertanya sebelum Freen mengangguk tanda memberikan kebenaran untuk Nam duduk disebelahnya.
Lama mereka berdua berdiam diri. Masing-masing memilih untuk mengamati pantai yang berada di hadapan mereka sebelum Nam akhirnya memecahkan kesunyian yang membelenggu di antara mereka berdua.
"Aku tahu kau tengah tak okay sekarang.."
Freen hanya mendiamkan dirinya tidak memberi sebarang reaksi apabila mendengar kata-kata daripada Nam.
"Dan aku kenal sangat yang kau takkan pernah cakap yang kau tak okay Freen.."
Freen masih lagi tidak memberikan sebarang reaksi walaupun sebenarnya dia sedang cuba melawan dirinya untuk tidak terlihat lemah di hadapan Nam.
"Aku tahu kau just buat-buat kuat depan kitaorang especially depan adik kau..Kau tak nak dia tahu kau tengah sedih but walhal benda tu jelas nampak kat mata kau"kata Nam tanpa melihat wajah Freen.
"But remember Freen..Even the strongest soul get exhausted because those souls need protecting too..Aku just nak kau tahu it's okay kau tunjukkan yang kau tak okay Freen,tak de sapa akan ketawakan kau"tambah Nam.
Freen menundukkan wajahnya lalu mengeluh perlahan.Bibirnya di ketap cuba sebaik mungkin untuk tidak larut dalam emosinya.
Dia tidak mahu menangis di hadapan Nam.Dia tidak mahu terlihat lemah di hadapan sesiapa pun.
"It's okay kalau kau tak nak share masalah kau ngan aku or sesapa but please ingat yang kitaorang ni always ada untuk kau..Anytime..
Noey ada,aku ada and adik kau ada"ucap Nam lantas mengusap lembut bahu Freen."Can..Can you hug me?"tanya Freen perlahan.
Nam hanya tersenyum sebelum menarik Freen masuk ke dalam dakapannya.Dia menepuk perlahan belakang badan Freen cuba memberi dukungan untuk Freen.Dia tahu yang mental Freen sangat penat ketika ini walaupun Freen tidak mengucap apa-apa kepadanya.Dia tidak akan memaksa rakannya itu.
YOU ARE READING
DESTINY
RomanceUPDATE:(TIDAK MENENTU) Semuanya hanya dimulai dengan permainan yang dicipta oleh wanita yang bernama Freen Sarocha. Disebabkan dendam lama,dia nekad untuk memulakan permainan yang sudah lama ia rancang.