"Aku terima nikahnya Qaseh Qaisarah Binti Abdul Khairul dengan mas khawin RM5,000 tunai." Lafaz nikah Ariel terhadap Qaseh.
"Sah?"
"Sah"
"Sah"
"Sah"
"Syukur alhamdulillah"
Serentak dengan itu orang-orang yang berada di atas masjid itu menghela nafas lega lebih-lebih lagi ahli keluarga yang terlibat.
Sedang tok kadi membaca doa itu sempat Ariel memandang ke arah Qaseh. Terlihat wajah Qaseh tiada satu calit senyuman. Sedih barangkali?
Habis sahaja doa dibacakan. Ariel disuruh bangun untuk menyahut cincin dijari manis Qaseh.
Ariel hanya akur. Dia bangun dan menuju ke arah Qaseh. Duduk sahaja berhadapan dengan Qaseh itu perlahan lahan Qaseh mengangkat tangannya. Ariel mula memasukkan cincin itu pada jari manis Qaseh. Kelakuan Ariel turut sama dilakukan oleh Qaseh.
"Pandang sini" arah photographer kepada Ariel dan Qaseh. Perlahan-lahan bibir Qaseh mengukir senyuman. Tapi siapa sangka senyuman itu bukan lah semanis yang kita sangkakan.
꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂
Malam sudah pun tiba. Jam menunjukkan pukul 9:12 malam.
"Qaseh, macam mana? Okay tak hari ni?" tanya Datin Zarina ibu kepada Ariel Asyraf. Ye sekarang ni Qaseh dibawa pulang ke rumah suaminya buat sementara waktu sebelum mereka mencari rumah sendiri.
"Okay je ma. Kenapa? Mama tengok Qaseh tak okay ke?" soal Qaseh kembali.
"Eh tak ada la Qaseh. Mama just tanya je.. mana tahu Qaseh tak okay ke duduk dekat sini" andaian Datin Zarina. Saja mahu mengusik.
"Eh! Mana ada la! Qaseh okay je.. okay sangat sangat" kata Qaseh bersungguh-sungguh
Datin Zarina ketawa geli hati.
"Kalau macam tu pergi la naik atas. Suami Qaseh mesti tengah tunggu kehadiran Qaseh dalam bilik tu" kata Datin Zarina. Sambil menepuk sekilas pada lengan Qaseh.
"Baik la mama. Qaseh naik atas dulu ye" pinta Qaseh sebelum dia bangun dari sofa.
"Ha ye la" respon Datin Zarina sambil tersenyum.
Qaseh membalas senyuman itu terlebih dahulu sebelum dia melangkah meninggalkan Datin Zarina seorang diri diruang tamu.
Kakinya mula melangkah naik menuju ke arah tingkat 2. Sampai sahaja ditingkat 2. Bilik Ariel tempat ditujunya. Pintu yang tertutup itu perlahan lahan dibuka. Terlihat Ariel sedang bermain telefonnya sambil baringkan dirinya di atas katil.
Qaseh menarik nafas mendalam sebelum menghadap suaminya. Sesungguhnya dia tidak biasa dengan situasi sekarang ini setelah sekian lama dia keseorangan diri. Dia mula melangkah berjalan ke arah katil Ariel.
YOU ARE READING
Bukan Cinta Pertama [✔︎]
RomanceKehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsu...