Pakaian yang berada di dalam almari di ambil dan dilipat kemas untuk dimasukkan ke dalam bagasi.
"Adik betul ke nak pindah pergi kuala lumpur?" Tanya ibu shuhana. Aku menoleh dan mengukir senyuman manis buat ibu.
"Ye betul bu. Fiza nak pergi cari kerja dekat bandar. Mana tahu bila Fiza dah bekerja Fiza boleh tolong ibu dengan abah." Tutur ku sambil memegang kedua tangan ibu yang berkedut.
"Ibu bukan apa. Ibu risau bila adik berjauhan dengan ibu abah. Lain lah kalau adik tu dah bersuami." Aku tergelak kecil. Kesitu pula ibu ni.
"Ibu, Fiza muda lagi. Baru 20 tahun takkan lah Fiza nak kahwin awal awal. Nanti ada jodoh ada lah tu." Aku kembali mengemas pakaian dalam bagasi.
"Tak apalah. Ibu harap adik boleh jaga diri baik baik dekat sana. Aulia ikut sekali kan?" Aku menganguk mengiyakan.
"Mestilah Aulia ikut sekali. Dia kan sahabat baik adik." Ditarik zip bagasi dan diletakkan di tepi katil.
"Sumayyah?" Aku terdiam seketika sebelum menepuk dahi.
"Allah. Adik lupa nak bagitahu dia." Gelabah aku mencari iphone 7 ku. Hasil dari menabung dari bangku sekolah.
"Assalamualaikum Sum." Salam diberi terlebih dahulu. Mahu kena hempuk dengan ibu tak bagi salam.
"Walaikumusalam ha ada apa call aku pepagi ni."
"Weih sum. Aku nak ajak kau pindah KL ni. Aku lupa nak bagitahu kau semalam." Sumayyah yang berada di rumahnya sudah ternganga.
"Woi pehal hang tak gitau awal awal!" Sudah keluar loghat utara nya. Aku yang mendengar Sumayyah macam nak berangin sudah mengusap belakang tengkuk.
"Hang pergilah kemas barang tu. Sempat lagi ni." Sebaik aku berkata terus talian dimatikan dari pihak sana.
"Adikk tu Aulia mai" Aku bergegas turun ke ruang tamu dan ternampak lah sosok tubuh sahabat baik ku.
"Awal betul hang mai. Aku suruh pukul 9." Aulia hanya tersengih menampakkan gigi putih nya.
"Hang kena faham konsep semangat tu." Tergeleng kepala aku melihat Aulia Natasha yang semangat mahu ke KL.
"Ha adik mana lagi sorang?" Tanya abah dan kami menoleh ke arah nya.
"Belum sampai lagi." Jawab ku dan mencari nombor Sumayyah untuk bertanya sudah siap atau belum.
"Pakcik sihat?" Tanya Aulia ramah. Abah Shariff mengangguk kepala nya.
"Alhamdulillah sihat. Ayah macam mana? Dengar kata ayah demam." Dilabuhkan pungungnya di sofa.
"Alhamdulillah ayah dah lega dah. Biasalah demam sikit sekarang musim panas." Tutur Aulia dengan sopan santun.
"Sekarang ni kena jaga kesihatan baik baik. Kamu nanti pergi KL jaga diri. Jangan nak keluar lewat lewat malam. Abah taknak orang kampung pandang hina." Tegas suara Abah Shariff dan aku dengan Aulia mengangguk faham.
"In shaa Allah abah takkan jadi apa apa. Doakan ja kami bertiga selamat sampai nanti." Aku duduk disebelah Aulia sementara menunggu Sumayyah untuk datang.
YOU ARE READING
SUAMIKU ENCIK COLD [C]
RomantikAIZAT ARYAN : Berwajah yang ketat setiap masa mampu buatkan orang ramai gerun dengannya. Dingin? semestinya!. Pantang ada yang melawan cakap nya pasti ditengking. SHAFIZA NERISSA : Gadis lemah lembut dan murah dengan senyuman. Bertemu pula dengan je...