LANGKAH Hareez terhenti apabila nampak seorang perempuan sedang bertinggung di tepi keretanya. Tepi pintu sebelah penumpang.
Tak nampak muka sebab perempuan tersebut sedang membelakanginya.
Perlahan dia atur langkah dengan niat mahu menyergah. Dalam kepala dia terfikir, pasti ada niat jahat. Sama ada mahu mencalarkan atau pancitkan tayar.
Tapi tiba-tiba mata ternampak ada dua lelaki seolah sedang mencari sesuatu.
"Betul ke dia?" Salah seorang lelaki bertanya.
"Ya, aku yakin dia. Tapi macam magis pula, sekejap dah hilang." Lelaki yang seorang lagi membalas.
Hareez terus pandang perempuan yang masih tidak berganjak di tepi keretanya. Baru dia faham, gaya begitu juga seperti orang sedang sembunyikan diri.
Dan apabila dua lelaki tersebut hampir melintasi keretanya, Hareez tak mampu berfikir panjang. Pantas dia melangkah dan berdiri di depan perempuan tersebut.
Ada kejutan pada wajah yang mendongak ke arahnya.
Hareez berikan isyarat agar sedikit berundur untuk dia membuka pintu kereta.
Muka blur, perempuan tersebut bangkit dan apabila nampak dua lelaki tadi, dia terus membongkok.
Waktu itu Hareez yakin memang tekaannya betul. Perempuan di depannya ini sedang bersembunyi atau lari dari dua lelaki tersebut.
Bertindak pantas, Hareez bukakan pintu keretanya.
"Masuk." Perlahan saja suara memberi arahan.
Tak membantah, perempuan tersebut terus masuk dan badannya terus menunduk.
Pantas Hareez melangkah ke pintu sebelah pemandu. Enjin dihidupkan dan dia hanya menunggu lelaki tersebut menjauh dari keretanya.
"Cik..."
"Syyhh..." Si perempuan terus letakkan telunjuk di bibir dan badan makin menunduk.
Mata Hareez beralih-alih antara dua lelaki yang gayanya macam samseng itu dan juga perempuan di dalam keretanya.
Tak tergamak pula nak menghalau keluar. Makanya, dia menunggu saja.
Tapi tiba-tiba perempuan tersebut memberi isyarat tangan agar dia menggerakkan kereta.
Mula tu, Hareez teragak-agak tapi bila nampak lelaki tersebut bagai menuju ke keretanya semula, terus dia gerakkan kereta.
Takut juga kalau betul-betul samseng, keretanya menjadi mangsa. Walau dia tak tahu apa punca dan siapa mereka, hati bagai terpanggil untuk membantu perempuan tersebut.
Keluar saja kereta dari bangunan kompleks membeli belah tersebut, Hareez tarik nafas lega. Bila menoleh ke kiri, nampak orang sebelah sudah menegak badan tetapi masih pandangannya berpaling ke belakang, seperti mencari bayang orang yang mengejarnya tadi.
"Encik boleh stop kereta kat depan sana. Saya nak turun situ."
Pantas saja Hareez menoleh sekali lagi apabila mendengar arahan dari orang sebelah.
"Awak ingat kereta saya ni Grab Car ke?"
"Eh?" Si perempuan berpusing badan.
"Saya tahulah kereta awak ni kereta mahal. Tak bodoh saya nak anggap Grab car." Matanya dijulingkan ke atas.
YOU ARE READING
YANG DIA PILIH (New Version)
RomanceKisah kesinambungan Hati Kala Cinta. Kisah Hareez yang cintanya tak kesampaian dengan Lya. Adakah dia akan bertemu cinta yang baru?