BAB 8

5.1K 212 0
                                    

"Boss ni green tea." Mug ku hulurkan kepada nya dan dia menyambut. Aku mengatur langkah hendak keluar.

"Ada aku suruh kau keluar?" Aku menoleh ke arah nya.

"Bukan selalunya lepas hantar air saya boleh keluar?" Aizat meletakkan mug di atas meja.

"Tapi ada aku suruh keluar?" Aku mengeleng kepala perlahan.

"Telinga tu ada untuk dengar arahan." Dia bangun dari duduknya dan disandarkan badan di depan meja. Tangan naik bersilang di dada.

"Ingatkan tak ada mata ja rupanya tak ada telinga juga." Sinis kata kata darinya.

"Boss ni kenapa? Nak sakitkan hati saya pula." Bengang aku dengan mamat ni. Aizat angkat bahu.

"Hati kau sakit sekalipun tu bukan masalah aku. That your problem." Aku menjulingkan mata tanda menyampah.

"Dan kalau baju boss kotor pun that your problem." Bidas ku taknak kalah. Aizat mengetap bibir menahan marah.

"Dah berani kau sekarang?" Senyuman sinis terukir di bibir nya.

"Kenapa saya perlu takut? Boss ja pun." Aizat angguk faham.

"Kalau aku buang kau macam mana kau nak cari makan?"Katanya. Aku mengemam bibir dan dihela nafas perlahan.

"Okeyh fine." Kenapa aku tak ada peluang untuk menang? Kalau tak disebabkan dia boss aku dah lama aku tonyoh dengan selut bendang.

Aizat melangkah mendekati dan mengelilingi ku secara bulatan.

"Kenapa cepat sangat mengalah? Takut aku pecat kau?" Bisiknya dan dapat ku rasai deruan nafas hangat nya. Cepat cepat aku menjauhkan diri.

"Yelah kalau boss buang saya macam mana saya nak cari makan kan?" Aku menyindir dia semula. Aizat hanya ukir senyuman sinis.

"Bila saya boleh keluar? Nyampah pula tengok boss senyum gitu." Aizat melangkah ke tepi dan dibuat isyarat kepala untuk aku keluar.

Aku pandang dia dan mengatur langkah untuk keluar. Lengan sasa Aizat mengepung gadis tu di dinding. Terkejut aku dengan tindakan nya.

"Boss nak buat apa ni?" Aku sudah takut kalau dia nak buat sesuatu yang buruk pada ku.

"Tak payah negative mind sangat. Listen here. Aku tak suka orang lawan cakap aku jadi kalau aku suruh kau buat sesuatu benda, kau tak payah nak pertikaikan faham?!" Aku angguk faham dan meneguk air liur kerana gerun dengan pandangan mata kelabu tersebut.

"Keluar" Dia menarik tangannya semula dan aku segera membuka pintu dengan cepat. Jantung sudah seperti baru lepas lari marathon. Laju sahaja berdegup kencang sejujurnya dia tidak pernah berposisi dekat seperti tadi.

SUAMIKU ENCIK COLD [C]Where stories live. Discover now