BAB 12

4.8K 239 2
                                    

"Fiza, kau okeyh? Kenapa mata sembab ni." Air mata aku mengalir lagi dan memeluk erat tubuh Sumayyah.

"Ibu dengan abah." Sumayyah mengusap belakang sahabatnya perlahan.

"Kenapa dengan ibu abah hang?" Soal nya.

"Meninggal semalam disebabkan kemalangan." Tangisan aku pecah lagi. Panggilan yang dia dapat semalam dari ketua kampung mampu meremukkan sekeping hati nya.

"Astagfirullahalazim sabar ya Fiza" Diusap belakang sahabatnya agar bertenang.

"Sum, Fiza? Kenapa ni."Tanya Aulia yang kebetulan mahu ke ruang tamu dan ternampak sahabatnya berpelukan.

"Ibu dengan abah Fiza meninggal semalam." Terkejut Aulia dan dipeluk erat tubuh Fiza.

"Aku nak balik harini. Aku nak tengok ibu abah buat kali terakhir." Aulia menekup kedua pipi ku dan menyeka air mata yang mengalir.

"Kau tak boleh balik dengan keadaan macam ni. Bahaya Fiza, apa apa boleh jadi nanti." Aku mengeleng kepala perlahan.

"Aku tak kira, aku nak balik. Aku nak jumpa ibu dengan abah" aku tetap dengan pendirian aku.

"Wait. Kau dah bagitahu boss kau?" Tanya Sumayyah.

"Sekejap lagi aku nak pergi office." Aku mengatur langkah lemah ke bilik. Sayu mata Sumayyah dan Aulia memandang sahabat mereka.

AKU melangkah masuk ke dalam syarikat A'Company dan diatur langkah ke bilik yang tertera CEO.

Pintu diketuk terlebih dahulu dan sebaik mendengar suara garau tu menyuruhnya masuk barulah aku menguak pintu tersebut.

"Baru nak datang? Ingatkan taknak datang." Katanya tanpa mengangkat muka.

"Boss, boleh saya minta cuti empat hari?" Aizat anggkat muka bila suara Fiza agak serak. Terkejut dia melihat mata tu sembab saja.

"Hey what wrong with you? Kenapa mata sembab ni?" Didekati ke arah gadis tu dan menatap mata yang berair.

"Ibu dengan abah baru meninggal semalam sebab accident. Sekejap lagi saya nak bertolak pergi perlis." Tutur ku dan wajah Aizat jelas menunjukkan dia terkejut.

"Balik sorang?" Aku angguk.

"No, kau naik dengan aku. Keadaan kau macam ni bahaya kalau drive." Katanya tegas.

"Laila! Kosongkan jadual aku seminggu. Sekarang kau ikut aku. Kereta kau tinggal sini." Tangan kecil tu digengam dan ditarik agar mengikuti nya.

"Ni kita nak pergi mana?" Tanya ku apabila jalan tu tidak menuju ke arah rumah sewa kami bertiga.

"Aku nak balik ambil barang." Diparkingkan kereta nya dan berlari masuk ke dalam rumah. Laju saja mamat ni bawa kereta tiba tiba sampai di rumah nya.

Setelah Fiza mengambil barangnya, Aizat mula memandu untuk ke perlis. Aku hanya diam memandang kosong ke arah luar tingkap dengan kepala melentokkan si seat.

Mata dipejamkan kerana penat semalaman menangis. Aizat menoleh sekilas ke arah gadis tu yang tidur. Jari jemari kirinya menyelusuri celah celah jari kanan Fiza. Tangan kanan erat memegang stereng kereta.

"I know you are strong girl, milo." Perlahan suara Aizat dan tidak didengari oleh si gadis.

SUAMIKU ENCIK COLD [C]Where stories live. Discover now